Followers

Monday, June 6, 2011

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG

Nak join?...klik kat gambar ni yea...



Caranya mudah saja.. Setiap blog yang ingin join ni , perlu ada satu BLOG LIST yang baru ( bagi pengguna blogspot , sila add widget > blog list ) ...atau boleh je guna bloglist yang lama .. terpulang ..

Kemudian ,sila pilih blog dari SENARAI BLOG yang akan dinaikkan nanti .. Dan tinggalkan komen di blog mereka dengan mengatakan bahawa SAYA BERMINAT MENUKAR LINK BERSAMA ANDA ...

Jika ada respon nanti dari blogger tersebut , maka masukkanlah link blog tersebut ke dalam blog list di blog anda .. Mudah kan ? Kira tukar suka sama suka laa..

Selamat berjaya...

Sunday, June 5, 2011

DARI KOTAK MENJADI RUMAH




Selamat sejahtera semua...harap anda semua sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak menyentuh sedikit tentang kehidupan seorang saudara merangkap jiran mak saya di kampung. Mereka adalah pasangan suami isteri Sin dan Siah.

Saya rasa saya perlu berkongsi kisah mereka kerana setiap kali balik kampung, saya pasti akan lalu di hadapan rumah mereka...dan sejak akhir-akhir ini, setiap kali lalu di situ saya pasti dapat lihat perubahan demi perubahan yang berlaku pada kediaman mereka...

Pasangan ini mempunyai 3 orang anak lelaki yang masih bersekolah rendah dengan seorang dari mereka mempunyai masalah kesihatan. Sin bekerja sebagai pembantu di kebun sayur, manakala Siah pula suri rumah sepenuh masa yang turut menjaga ibu Sin yang uzur. Mereka telah menetap di sini selama lebih kurang 10 tahun.

Walaupun Sin buta huruf, tetapi bab mengira duit...dia memang cekap. Begitu juga dengan mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Selain daripada bekerja di kebun sayur, Sin juga mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung. Apa sahaja kerja yang disuruh oleh orang kampung, akan dilakukannya dengan mengambil upah yang sangat berpatutan. Antaranya, Sin menjadi orang tetap yang akan mengelap kipas dan dinding di rumah wan saya setiap tahun sebelum tiba hari raya...

Selain dari itu, Sin dan Siah sama-sama mengumpul tin, botol, kotak, kertas surat khabar atau apa-apa sahaja barangan yang boleh dikitar semula dari rumah penduduk kampung. Kebiasaannya, penduduk kampung tidak mengenakan bayaran, kerana kalau tak diambil mereka pun, barangan tersebut akan dibakar atau ditanam sahaja... Biasalah di kampung, tak ada lori sampah yang datang mengambil sampah...semuanya dilupus sendiri.


Barangan kitar semula diasingkan mengikut kategori dan dibungkus sebelum dijual...



Hasil jualan barangan kitar semula inilah yang digunakan oleh Sin untuk membina rumah mereka. Dari sebuah rumah berbentuk empat segi yang mempunyai hanya 2 bilik, kini rumah mereka semakin membesar... Semuanya memang hasil dari jualan barangan terpakai yang baru diusahakan mereka semenjak 2 tahun lalu...

Menariknya...kerana selalu membantu orang membina rumah, Sin belajar dan hasilnya...rumahnya yang sedang dalam pembinaan sekarang ini adalah 100% dari air tangannya sendiri. Dia membeli barang pembinaan sedikit demi sedikit dan menyambung rumahnya juga sedikit demi sedikit...



Bahagian rumah yang masih dalam pembinaan...



Menurut Siah...kalau dulu, Sin akan berbasikal menghantar barangan kitar semula ini ke pusat kitar semula...tetapi sekarang ada lori yang akan datang dan mengambil barangan tersebut kerana jumlahnya yang semakin meningkat... Mungkin selepas siap menyudahkan rumah mereka, Sin pun boleh beli van atau lori sendiri bagi memudahkannya untuk mengumpul dan menghantar barangan kitar semula... Siapa tahu kan? Berkat kesungguhan Sin dan Siah, tuah terus menyebelahi mereka.

Tanpa berpelajaran tinggi, Sin dan Siah mampu mengharungi kehidupan di sebuah kampung dengan cara mereka sendiri. Apa yang penting adalah usaha dan kesungguhan...Allah menyediakan banyak rezeki di muka bumi ini...terpulang kepada masing-masing untuk mencarinya atau hanya berserah dan bergantung kepada nasib semata-mata...

Kepada Sin dan Siah...mungkin mereka tidak akan terbaca pun coretan saya ini...tetapi saya mendoakan semoga mereka tidak mudah putus asa dan terus meningkatkan ekonomi keluarga mereka... Dan semoga kita semua mendapat manfaat yang berguna dari secebis kisah mereka ini...

Wednesday, June 1, 2011

SHE IS AMAZING...

Selamat sejahtera semua... Harap anda semua sihat dan ceria selalu... Kalau rasa tak sihat atau ada yang tak kena dengan badan tu, rajin-rajin la membuat lawatan ke klinik. Kadang kita rasa macam sakit biasa, main belasah makan panadol jer...tup tup rupanya sakit yang luar biasa... Hah! Sape nak jawab?

Saya ada ceritera fasal sakit sakit ni. Biasa la kalau orang sakit kan? Tapi yang luar biasanya kalau balik balik sakit, balik balik g checkup, balik balik masuk hospital, balik balik operation... Ada terjadi...tapi jarang nak jumpa...sampai doktor pun geleng kepala surrender...

Nama beliau Puan Rai dan berusia 51 tahun. Seeing is believing...kisah benar ini tak pernah lagi keluar di rancangan 'Bersamamu'...tapi kini anda bersama LindaRahim mencungkil pengalaman Puan Rai yang layak saya katakan amazing... Saya sangat mengenalinya kerana beliau makcik saya dan saya berada hampir di setiap situasi yang beliau lalui.

Puan Rai mempunyai masalah dinding rahim tebal ataupun dipanggil 'rahim batu' oleh orang kampung saya. Simptom yang biasa dialami oleh beliau adalah senggugut seminggu sebelum kedatangan haid, semasa dan seminggu selepas haid. Ini menjadikan beliau hanya berada dalam kondisi sihat cuma seminggu di dalam sebulan. Masalah ini telah bermula sejak dari zaman remaja lagi.

Keadaan ini menyebabkan apabila mengandung, Puan Rai tidak akan merasa contraction seperti mana yang akan dialami oleh ibu yang tiba masa untuk melahirkan anak. Oleh itu, setiap kali mengandung, doktor memberinya elective operation. Beliau boleh memilih tarikh untuk dilakukan caesarean section bagi melahirkan bayinya. Yelah...kalau dah tak rasa contraction, macamana nak tahu dah tiba masa nak bersalin kan?

Puan Rai melahirkan anak melalui pembedahan sebanyak 4 kali. Anak pertama beliau dilahirkan tidak cukup bulan dan meninggal dunia, kerana mengalami 'placenta rupture' pada minggu ke-28 kehamilan. Simptom yang dialami beliau adalah sakit ulu hati dan kesukaran untuk bernafas. Bagi menyelamatkan nyawa ibu, baby perlu dikeluarkan segera.

Anak ke-2 dilahirkan pada minggu ke-40, anak ke-3 pula pada minggu ke-37 dan anak yang ke-4 pada minggu ke-36. Anak yang ke-3 dan ke-4 perlu dilahirkan awal kerana doktor khuatir uterus stitch akan terkoyak jika kehamilan diteruskan sehingga cukup 40 minggu.

Selepas kelahiran 4 orang cahaya mata, Puan Rai diduga dengan pelbagai masalah kesihatan lain. Masalah rahim tebal atau dikenalpasti sebagai edenomyosis dan senggugut melampau yang dialaminya sejak bertahun dulu perlu diambil tindakan. Doktor mengambil keputusan untuk membuang uterus Puan Rai kerana keadaannya yang tebal dan membengkak.

Tetapi semasa checkup uterus dilakukan, Puan Rai didapati juga mempunyai ovarian cyst di bahagian kanan ovari. Maka pada tahun 1998, beliau menjalani 2 pembedahan, iaitu untuk membuang uterus dan ovari sebelah kanan. Saya dimaklumkan, beliau tidak perlu mengambil hormon replacement kerana masih mempunyai ovari kiri yang sihat.

Beberapa bulan selepas pembedahan, checkup susulan dilakukan. Apa yang memeranjatkan, semasa membuat ultrasound, doktor menemui pula gall bladder stone atau batu di dalam hempedu. Ada 9 biji semuanya dan setiap satu sebesar tahi kambing. Beliau perlu melalui mini laparoscopic cholecystectomy pula, dimana 4 lubang sepanjang 5mm ditebuk bagi memasukkan alat untuk mengeluarkan batu tersebut.

Kali ini, bersama dengan membuang batu dalam hempedu, Puan Rai juga dibedah sekali untuk membuang apendiks. Menurutnya, memang selalu beliau terasa sakit di bahagian kanan perut tetapi tidak diendahkan sangat. Rupanya, masalah batu dalam hempedu itu juga ada kaitan dengan masalah apendiks... Oleh itu, pembedahan dilakukan serentak pada hari yang sama!

Pada tahun 2005 pula, Puan Rai membuat checkup kerana sering merasa kebas pada kedua-dua belah kakinya dan pada bahagian pinggang. Kali ini, beliau disahkan mengalami slip disc. Disc diantara soft bone dan hard bone yang terkeluar dari landasan, terkena pada bahagian saraf dan mengakibatkan rasa kebas tersebut. Oleh itu, beliau dibedah untuk mengikis bahagian disc yang terkeluar itu.

Sepatutnya, masalah selesai tetapi kita hanya mampu merancang...tuhan yang menetukan segalanya. Pada tahun yang sama, beberapa bulan selepas pembedahan membuang slip disc, Puan Rai ditimpa kemalangan. Kereta yang dinaikinya dilanggar sehingga tercampak ke dalam longkang. Belum sempat sembuh...luka lama berdarah kembali.

Kali ini, Puan Rai perlu dibedah untuk memasukkan 6 batang skru titanium pada bahagian tulang belakangnya. Doktor memang menggeleng kepala tak henti..."Tolong lah take a good care of urself...I don't want to see u anymore..."

Sempat tak anda kira berapa kali Puan Rai terpakasa undergo operation? Kita kira bersama yea... 4 kali untuk C section, 1 kali untuk remove uterus , 1 kali untuk ovarian cyst, 1 kali mini laparoscopic cholecystectomy, 1 kali untuk apendiks, 1 kali untuk membuang slip disc, dan 1 kali untuk memasukkan skru titanium. Huhuhu...10 kali beb...

Kalau diselak bajunya...macam arca, sana ditoreh...sini ditoreh. Melintang, menegak...yang panjang ada yang pendek pun ado... 3 pesanan Doktor pada beliau, jangan jatuh, jangan ruku' dan jangan angkat barang melebihi 3kg. Pesan saya pula kepada anda, jangan ambil mudah pada masalah kesihatan. Anda sendiri yang kenal badan anda...jika berlaku sebarang perubahan...jumpalah doktor.





THANKS A MILLION


I'm back...
Terima kasih buat kawan2 yang sudi singgah, tinggalkan jejak di shout dan komen...
Walau seminggu saya tak update belog...
kerana kesibukan tahap gaban yang teramat power.
Saya sangat hargai kamu...
Seboleh mungkin saya akan membalas jejak anda...


Monday, May 23, 2011

SWEET n PRETTY 1st GIVEAWAY

GA lagi...
Kali ini saya dijemput yea...

GA ni dari Sweet n Pretty Kiosk...
Cantik-cantik tudung, abaya, dress, handbag dan aksesori kat sini...

Kalau anda berminat nak join GA ni, sila la klik kat banner...
Hadiahnya best taw!



Photobucket


Good Luck kepada saya dan kepada anda yang mencuba...

FIRST GIVEAWAY IBU BALQIS

Yuhoo semua...
Semangat betul saya sertai GA...
Dah banyak dah yang saya join...
Mula-mula dulu bila di tag, ada yang saya tak join pun...
sebab rasa macam banyak kerja nak kena buat...hihi...
Maklumlah, dulu masih baru belajar berbelog ni...
nak wat link pun tak pandai lagi...
Tapi sekarang bila dah pandai...
orang tak tag pun saya terhegeh-hegeh nak join...ngee...

Kalau ada sesiapa yang berminat,
silalah sama-sama meriahkan GA ni...
Klik je kat banner tu...
Good luck...



Saya tag:

Sunday, May 22, 2011

KENAPA PASANG LAGU HANTU???



Selamat sejahtera...semoga anda sihat dan ceria selalu. Selamat bekerja kepada mereka yang bekerjaya dan selamat menjalankan rutin harian kepada suri rumah semua... Ala ala malas gitew kot nak mulakan hari Senin...ngee...

Pagi week days saya rasa best sangat sebab tak yah share PC ngan anaks...hihi... Sebelum sebelum ni saya tak kesah pun...tapi bila dah berlaku peristiwa ala ala segan fasal share2 ni, saya kena lebih berhati-hati lah lepas ni.

Kalau weekend, anak-anak saya memang selalu buat latihan di Zoom A dan Score A. Sesambil tu...kalau dah siap 3 kertas latihan, saya akan bagi mereka masa rest. Biasanya mereka akan ke Gazo atau main games online yg berlambak-lambak kat tenet ni.

Saya ni cuma melukut di tepi gantang..."Bukak belog Ummy jap...dah siap, panggil ek"... Biasanya dah siap ada lah belog saya kat situ...saya cuma tengok kejap-kejap dan balas kunjungan ke 1 2 belog yang sempat.

Sekali tu...ada cuma 1 link baru kat shout yg lom saya terjah... Saya pun klik la...sempat la baca entri terbaru beliau yang memang pun pendek. Tapi sebenarnya masuk masuk je ke belog tu, saya dah tergelak dah...terus dapat idea apa nak ngusik tuan belog. Memang kesukaan saya nyakat tuan belog yang saya kira pangkat adik adik nih.

Habis baca entri, saya tinggalkan komen... "Eiii...kak nak balik la...takot dok sini lame lame sebab ada lagu hantu..."... Pas tu macam biasalah, tinggalkankan gak ucap selamat pagi kat shout dia.

Kejap tu dia dah datang balik n balas... "Mana ada lagu hantu kat belog saya kak?...saya tak pasang pon widget lagu"... Hikhikhik...patot pun bila dah tutup belog budak tu saya tertanya sendiri... "Nape lagu hantu ni ada lagi?"... Ghupo ghupo e, lagu hantu tu dari game yang anak saya main tuh! Len macam betul bunyik e.

Huk alahai...saya pun g lah balik belog budak tu dan bagi penerangan serba sedikit. Pas ni...len kali kalau nak numpang-numpang time masa anak guna PC tu...kenalah hati-hati... Air yang tenang jangan disangka tak de boye...ngeee...


Saturday, May 21, 2011

NASI GORENG BUTTER



Selamat sejahtera semua... Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak berkongsi resepi nasi goreng butter...nasi goreng yang mempunyai sejarahnya sendiri...

Beberapa tahun yang lalu...hihi...se saya sedang tunggu keputusan SPM...saya menjaga Makcik di dalam pantang. Makcik saya ni tinggal di Alor Setar. Oleh kerana saya ni sangat terro memasak pada ketika itu...hihi..., maka makcik ajar la saya masak nasi goreng butter ni.

Hampir tiap-tiap hari mesti saya masak ni...sampaikan saya pernah g beli lada sulah 1 plastik (bukan sebesar plastik shoping Jusco yea). Sib bek sepupu dan pakcik tak kesah...hihi... Tapi sekarang ni, nasi goreng butter dah jadi favourite anak bujang saya. Sesekali mesti dia minta saya buatkan...tapi kitorang panggil 'nasik goreng telo' je...Kalau orang bujang, sesuaiilah sangat masak nasi goreng butter ni. Selamat menjamu selera...


Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras - masak jadi nasi dulu
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • lada sulah secukup rasa
Cara:
  1. Gaulkan garam pada nasi.
  2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Biar sehingga mentega cair, kemudian pecahkan telur dan kacau dengan senduk supaya telur bergentel-gentel.
  3. Campurkan nasi dan lada sulah, kemudian gaul rata. (lada sulah diletak bergantung kepada anda...jika mahu pedas, letakkan lebih)
  4. Angkat dan hidang sewaktu panas.






SAYA SERTAI BLOGLIST HARIS KAITO

Yuhoo...
Pagi ni saya BW dulu sementara nak habiskan masa tunggu anak2 balik taekwondo.
Nyinggah la ke blog M.C ...
Jumpa la banner kat bawah ni...
Maka rasa la macam nak join...
Anda yang ada rasa yang sama, leh la jengah belog tu yea...
klik je kat banner tu...



Saya tag:

Good Luck...

Friday, May 20, 2011

SIAPA LETAK GUNTING KAT SINI NIH???



Selamat tengah hari semua... Semoga anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu... Kalau yang bekerja, mungkin dah sampai rumah kot... Kalau yang x kerja tu mungkin g shoping atau lepak lepak je kan? Kalau tak keluar cuti hujung minggu macam ni, biasanya saya dikerjakan anak-anak kat rumah...ngee...

Tapi dalam dok sibuk-sibuk tu, terjadi satu peritiwa ala ala malu pagi tadi... Saya pepagi hari memang macam 'rimau'...sambil masak ke, lipat baju semalam ke, nyapu ke, mulut pun sama tot tet tot tet tot tet...hihi...

"Ni sape punya buku ni?...amek cepat sebelum Ummy sapu sekali"... "Ni asal dah minum, cawan x reti nak basuh?...kat sini ek letaknye cawan?"... "Reben sape atas meja makan ni?...kang masuk dalam nasik nanti"... tot tet tot tet tot tettttt...

Skali tetiba dengar Kakak jerit dari dalam bilik..."Gunting letak kat sini ek?...kang nak pakai, sebok cari sana sini"... Dengar pulak Adik nyampuk "Haa haa...Kakak marah Ummy, berdosaa..."... "Mana ada Kakak marah Ummy..."... "Habis, gunting tu Ummy yang letak kat situ...tadi Ummy yang pakai..."... Silent...

Hikhikhik.... Saya g la pelan pelan, amek gunting tu letak dalam laci dapur balik...ngee...

KUIH KOCI



Selamat sejahtera semua... Ingat pagi ni nak letak resepi nasi lemak kukus yang saya buat semalam...tapi entah anak yang mana satu lah dah terdeletekan gambar nasik tu. Nasinye pun dah habis...kot tak, leh gak amek gambar lain...

Tapi takpe lah... Jom tengok resepi kuih koci... Sarapan apa sedara? Saya sarapan kuih koci...hihi...layann...


Bahan-bahan inti:
  • 1 biji kelapa parut yang tidak terlalu tua (putih sahaja)
  • 1 ketul gula melaka - dihiris
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan disiat dan disimpulakan
Cara:
  1. Di dalam periuk, satukan gula melaka, gula pasir dan air. Masak di atas api sederhana sehingga semua gula hancur.
  2. Angkat air gula dan tapiskan pula ke dalam kuali.
  3. Masukkan kelapa parut dan daun pandan ke dalam air gula. Gaul rata.
  4. Nyalakan api sederhana dan masak sehingga inti menjadi kering. Angkat dan sejukkan.


Bahan-bahan doh:
  • 250 gm tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam.
  2. Kemudian, tuang air sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga menjadi doh. Doh yang baik mesti tidak melekat pada mangkuk (anda boleh tambah lagi sedikit air jika tidak cukup).
  3. Bentukkan doh bulat bulat sehingga semua doh habis. Ketepikan.


Bahan-bahan lain:
  • Daun pisang - dipotong empat segi ( 5 x 5 inci)...bahagian bucu dipotong melengkung dan dilap
  • Sedikit minyak
  • 1 cawan pati santan dicampur dengan secubit garam

Cara membuat kuih koci:
  1. Ambil sehelai daun pisang dan sapukan dengan minyak pada permukaannya.
  2. Ambil sebiji doh bulat dan leperkan di atas daun pisang.
  3. Gunakan sudu besar untuk meletak inti di tengah-tengah doh leper. Kemudian, tutup doh (bentuk bulat semula).
  4. Tuangkan 1 sudu besar pati santan ke atas doh dan bungkus doh tersebut.
  5. Lakukan sehingga semua doh habis.
  6. Panaskan kukus dan susun kuih. Kukus selama 15 - 20 minit.
Selamat mencuba...




Thursday, May 19, 2011

KISAH BONTOT AYAM



Yuhoo...Selamat pagi semua... Lambat sikit saya update pagi ni sebab ngukus nasi lemak. Nanti kemudian saya kongsikan resepi dengan anda yea...

Pepagi ni saya nak mulakan dengan alkisah benar yang berlaku 12 tahun lalu...dekat dekattt dah masa saya nak melangkah ke alam perkahwinan... Hihi...tak la malu sangat nak cerita ni sabab anda pun tak kenal saya kan? ngee...

Time masa ni saya jadi guru ganti kat sebuah skul rendah di Shah Alam. Maka saya pun menumpang lepak la di rumah Mak sedara kat sana...saya panggil dia busu. Busu ni memang otai la dalam bab masak memasak, baking membanking nih.

Nak dijadikan cerita, masa tu busu dalam proses menunggu bibik baru... So menjadikan cerita ni jadi...saya amat la dialu alukan untuk menumpang lepak di rumahnya... Saya pun ngajar sesi petang...so pepagi tu, leh la wat keje rumah itu ini apa yang patut.

Kalau bab ngemas, memang la saya tip top...from the bottom the the top... Tapi bila bab memasak...menanges sape sape yang dapat terai masakan saya... Ate kalau saya masak jer...hujan ribut petir halilintar segala semua keluar... Ada yang dapat bayangkan tak? Hikhik...janganlah bayangkan yang dasyat sangat...

Satu hari tu...saya terasa nak masak ayam. Tak ingat pulak saya masak apa...tapi bukan kari la kot...bukan jugak rendang atau ayam bersos lemon...hmmmm yummie... Pas defrost ayam tu...saya pun nyucikanlah dirinya... Pas nyuci...saya pun masak la. Rasa-rasanya saya wat ayam goreng sambal kot...sebab tu je lah standard saya masa tu...hihi...

Apabila malam, semua isi rumah dah balik dari kerja dan skul... So kitorang pun makan la ramai-ramai. Tak kesah la fasal rasa masakan saya, sebab semua orang lapar betol masa tu...jadi saya bajet semua akan rasa best je lah...ngee

Tiba-tiba... Pak Busu bersuara, ala ala gini la katanya..."Ni apa ni Jie?"... Busu saya ambik dari tangan Pak Busu dan balas balik..."Macam taik ayam jerr..." Ya ampun Pak Busu...macam nak tercabut tali perut kitorang gelak...siap nanges nanges skali... Haa kan saya dah cakap...kalau dulu sape-sape terai masakan saya mesti nanges punya... Ini salah satu contoh yea...

Hukhukhuk... "Apo ni Linda...kau tak potong dulu ko bontot ayam tu?"..."Orang potong la dulu...beghosehkan (bersihkan)"..."Ni macam mano nak masak kat umah mak mentuo ni nanti"...bla bla bla... Dan nak tahu tuan tuan dan puan puan...adik adik dan abang abang... Bertahun-tahun tiap kalik jumpa reramai berkumpul...mesti ada kuar citer 'Dak Linda masak bontot ayam dengan taik taik e sekali'...

Warggghhh...sekarang satu Malaya sudah tahu cerite... Jangan bagitahu sesape ek... hihihi... Selamat Blogwalking...




PANCAKE SUSU



Selamat petang semua... Petang ni saya wat pancake aka lempeng susu... Kalau kat kampung, mak saya suka wat lempeng untuk sarapan pagi. Macam-macam lempeng ada...lempeng kelapa, pisang, susu, jagung...dan biasanya mak saya wat sekali cicahnye...cicah air gula, cicah sambal telur... Yang saya buat ni...anak-anak makan gitu je...tak pun cicah honey pun sodap... Leh la cuba nanti yea...

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula
  • 200 ml susu segar
Cara:
  1. Satukan tepung, telur, mentega, gula dan susu di dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul menggunakan egg whisk sehingga adunan bergaul rata.
  3. Panaskan kuali atau periuk leper. (saya suka gunakan kuali je sebab pancake akan terbentuk dengan cun)
  4. Tuangkan sedikit minyak. Kemudian, sendukkan sesenduk adunan. (gunakan api kecil)
  5. Balikkan pancake dan tunggu sehingga masak sebelum diangkat. Lakukan sehingga adunan habis.
Selamat mencuba...

Wednesday, May 18, 2011

BELASUNGKAWA

Al-Fatihah buat sahabat blogger Telordibasuh (Abdul Hakim)
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Takziah buat seluruh ahli keluarga beliau...

SAYA ADA DEGREE...TAPI KENAPA SAYA TAK BEKERJAYA?



Ada 5 sebab utama dalam list saya:

Masa belajar, saya gila wat direct selling...dah biasa pegang duit...bila g interview keje, gaji yang ditawarkan ala ala je...banyak lagik yang saya dapat hasil MLM...

Saya plan nak sambung belajar...lulus...tapi rombongan Cik Kiah datang cepat sangat...

Bila dah siap tangga rumah...mula pulak menyusun rakyat jelata...rasa cepat sangat masa berlalu...pejam celik pejam celik, ke dapur ke bilik ke dapur ke bilik...sedar-sedar saya dah terbiasa dengan rutin ni...malas dah nak fikir fasal cari kerja atau sambung belajar...

Bila berkawan kawan...lahai...ramai pun yang macam saya...akhirnya, wat la bisnes kecik-kecik apa yang patut...supaya ada sebab nak hang out dengan kawan-kawan...tak la boring dok rumah...tutup bukak dapur gas, tutup bukak TV, tutup bukak komputer...mengemas rumah sampai dah naik haus tyles tu kena mop...

Sebab yang terakhir ni la yang membulatkan hati saya..."Bang nak tu"...check mate..."Bang nak ni"...check mate...maka naik lemak ler...apa nak fikirkan lagik...

Gambar kat atas tu? hihi...tu gambar teh susu panas sarapan saya pagi ni...Selamat Hari Khamis...

Tuesday, May 17, 2011

MAKAN-MAKAN @ RADIX FRIED CHICKEN, MYDIN MELAKA



Kalau cuti mesti makan-makan...Kalau nak makan-makan mesti tunggu cuti...hihi... Kali ni saya ke Radix Fried Chicken pulak. RFC gitu...bukan KFC yea. Saya g RFC di Mydin Melaka...wahhh ramai giler orang kat Mydin ni bila time masa cuti... Patut pun tengok rancangan Astana Kak Nita tu, rumah tuan punya Mydin sangat sangat Astana nyer... Hebat weh...bilik untuk home teather dia je kelengkapan dan setnya dah cecah RM100k... Dapat sebuah rumah teres setingkat tuh...

Memang mak saya dah plan nak ajak kami g makan RFC, jadi terus je kami naik tingkat atas Mydin tu. Mak n dik beradik lain dah pernah makan kat sini...sedap katanya...so saya ngikut je lah.



Ini set yang saya pesan...

Biar saya exspresskan rasanya...

Ayamnya rasa kental, ada macam isi ayam kampung gitu...
Coleslaw dia memang rasa makan sayur fresh, memang terasa sayurnya...
Mashed potato pun rasa makan kentang sebenar...
Maksudnya...kalau ikut kata lidah saya...
Ini baru sayur n kentang...
Faham?...hihi...nak lagi faham kena rasa sendirik laa...


Sedikit info mengenai ayam halal RFC:
Bermula dari penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kepada cara penyediaan makanan.



Wedges pun rasa kentang sebenar...
Sebenarnya saya buat perbandingan dengan satu lagi jenama makanan segera...
faham sendirik laa...ngee



Ini airnya...
Soft drink RFC perasa strawberi...
Kurang gas, tapi...
mak saya bising minum air kaler-kaler ni...hihi..



Sos pun sos RFC...



Menu lain yang terdapat di Radix Fried Chicken:
Sila klik untuk tumbesaran...





Macam-macam ada kan?
Cuba la try...

Monday, May 16, 2011

KEK BATIK OREO



Selamat sejahtera semua... Sarapan apa pagi ni? Saya tinggal berdua je dengan anak sulung hari ni. 2 orang anak dara saya dah diculik Zanaishi... Yelah, hari ni kan cuti...petang semalam lagi dah diambilnya anak saya tu bawak g jalan-jalan, langsung balik kampung. Malam nanti lah kot balik sini semula. Suami pulak kerja...

Bila dah tinggal berdua je ni, nak buat sarapan pun malas je rasanya... Makan je la apa-apa yang ada dalam peti ais tu. Ada lagi la kek batik yang saya buat hujung minggu lepas. Baru perasan tak letak lagi resepi ni dalam belog.

Resepi ni pernah kuar dalam majalah Rasa bulan Mac 2007...lahai dulu-dulu memang saya rajin kuar masuk majalah n paper ni sebab masa tu saya memang ambil tempahan dan buat kelas masak memasak, kukus mengukus, bakar membakar kat rumah... Dah tua tua ni dah malas lah pulak... Bukan malas nak mengajar...tapi malas nak mengemas pas habis mengajar...hihi...

Ok lah pada sesiapa yang nak mencuba, leh la amek resepi ni. Sama je kalau letak koko atau milo pun...saje je saya letak serbuk oreo tu...biar warnanya hitam...ngee...

Bahan-bahan:
  • 125 gm mentega
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan serbuk oreo
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 300 gm biskut marie - dipatah 2 bahagian (saya guna perasa original)
Cara:
  1. Di dalam periuk yang sesuai, satukan mentega, telur, serbuk oreo dan susu. Kacau rata, kemudian hidupkan api.
  2. Terus mengacau sehingga adunan menjadi pekat dan tutup api.
  3. Susun selapis biskut marie di dalam loyang, kemudian tuang adunan oreo tadi. susun lagi selapis biskut dan tuang lagi adunan. Lakukan sehingga biskut dan adunan habis.
  4. Sejukkan dan boleh dihidang setelah kek keras.
P/S: Jika anda mahu biskutnya lembut, masukkan biskut di dalam adunan oreo. Kacau rata kemudian baru dituang ke dalam loyang.

Selamat mencuba...

KUPANG TUMIS


Selamat malam semua... Ni lauk dinner resepi mak saya. Saya tak makan pun kupang ni...tapi anak-anak dan suami suka la. Senang je nak masak...yang susahnye nak membasuh cik kupang ni. Sakan berpeluh lah nak menyental kasi bersih...hihi...asyik cerita fasal sental je hari ni. Jomlah tengok resepi campak campak sedap ni...

Bahan-bahan:
  • 2 kilo kupang - dibersihkan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 1 biji bawang merah - dihiris
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara:
  1. Tumis bawang putih dan merah. (gunakan sedikit je minyak) Kemudian masukkan pula serai dan kacau-kacau seketika.
  2. Akhir sekali masukkan kupang dan tutup kuali dengan penutup yang sesuai. (tak perlu letak garam atau air, sebab air dan rasa masin akan keluar sendiri dari kupang tu)
  3. Bila kupang tu dah terbuka buka kulitnya...tutup api. Sedia dihidang...
Betul tak senang? Selamat menjamu selera...

Sunday, May 15, 2011

TIP TIP - BUKU LALI KAKI BERDAKI



Selamat sejahtera semua... Harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu... Hari ini saya nak mulakan dengan tips bagi mereka yang mempunyai masalah daki di buku lali kaki.

Maaflah kalau gambar tu tak cukup berdaki buku lalinya sebab puas dah menggugel tapi tak jumpa gambar yang memuaskan hati. Saya tahu, tak semua orang menghadapi masalah ni...mungkin juga ada yang tak pernah jumpa pun dengan orang yang punya buku lali berdaki ni... Hihi...biasalah, kita selalu pandang kat muka jer... Hidung mancung lah, tahi lalat kat dagu lah, lesung pipit kiri kanan lah...tak pun tengok betis gebu je... Tak tengok pulak buku lali...

Saya sendiri tak tahu sama ada masalah buku lali berdaki ni menjadi masalah kepada tuan punya badan atau tidak. Mungkin tuan punya badan tu tak kesah langsung, asalkan mukanya comel lote...sudah... Mungkin juga ambik kesah, menyampah tengok buku lali tu berkerak kerak...tapi sangat sangattt tak tahu nak buat apa dah...ngee...

Sebenarnya senang jer kawan kawan...tak susah mana pun nak merawat atau mengelakkan buku lali berdaki ni (mencegah lebih mudah dari mengubati taw). Caranya...macam mana anda belai muka anda yang putih gebu pakai Safi Balqis atau halus mulus pakai Mary Kay tu...macam tu lah anda kena belai kaki anda.

Bila pagi pagi nak g keje, g kuliah, g pasar tu...kemain lagi cuci muka pakai toner day cream bagai kan? Haaa...buatlah yang sama kat kaki tu sekali. Tak kesah le pakai produk apa pun... Janji bila basuh muka, nyental lah sekali kaki memasing...lebih lebihkan kat bahagian buku lali yang bermasalah tu. Buat dua kali sehari...siap basuh, taruk toner, pas tu tepek la day cream ke, apa krim ke... Haaa tengok la kat facial cotton masa anda sapu toner kat buku lali wajib ada kat kaki tu...mesti keluar daki maki semuaaa... Kalau dah hari-hari buat, tak ke sama cantik muka ngan kaki tuuu???

Ni berdasarkan pengalaman seseorang yang saya kenal taw! Jadi memang dah terbukti berkesan... Tapi kalau anda rajin terlebih, boleh je beli produk khas untuk rawatan kaki... Melambak je jual kat Watson ke, Guardian ke, Giant ke. Cuma dah memang jadi tebiat selalunye nak cari krim untuk mukaaa manjang...yea tak? hihi... Selamat menyental...

Friday, May 13, 2011

SWEETIE CHEESE CAKE MR CURLY DAH SAMPAI MELAKA.....

Warghhhh... Hebat Mr Curly bisnes...
Sweeti chesse cake dah sampai kat kampung saya di Melaka...
Pas ni hope berkembang kembang lagi la ke serata pelosok negara yea...ngee...


Eh Eh Eh...tutup muka pulak...




Mr Curly pesan...
"Potong kecik kecik taw...baru sedap makan"

Mak saya cakap...
"Kalau potong bosa bosa copek habes"...hihi...






Jap je tu...






Haa...kan dah cakap...



Wan cakap sodap...datuk pun cakap sodappp...mak cakap tak cukup sebijik nih.....ayah tak leh makan banyak banyak taw! Cheese tu...dik beradik tak banyak cakap...belasah jer...hikhik... Len kali leh ode lagi ek Mr Curly... Anda yang rasa rasa nak rasa, g la jengah jengah Mr Curly... Penghantaran sekitar KL feree taw! Kalau dok jauh cam saya ni byk la bayaran bayaran sampingannya...ngee...


Thursday, May 12, 2011

DADIH


Selamat petang semua... Petang tadi sempat saya buatkan dadih untuk anak-anak. Lama dah sebenarnya tak buat dadih ni sebab mim alif lam sim...hihi... Senang je nak buat sebenarnya... Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 1 liter air
  • 1 liter susu cair @ susu segar pun boleh
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar serbuk agar-agar
  • Secubit garam
  • Perisa (jagung, strawberi, coklat, sirap - nanti akan jadi dadih bandung @ milo @ apa-apa pun boleh)
Cara:
  1. Masak air dan gula di dalam periuk sehingga air mendidih dan gula hancur.
  2. Masukkan susu, serbuk agar-agar dan garam. Teruskan memasak sambil kacau semua bahan sehingga bergaul rata.
  3. Tutup api dan tambah perisa. Jika anda ingin membuat pelbagai perisa, asingkan adunan ke dalam mangkuk berbeza dan campur perisa.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas-bekas kecil yang sesuai. Biarkan sejuk sedikit sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Wednesday, May 11, 2011

1st GiveAway by Wan Myzura Collections


Yuhooo... Selamat sejahtera semua...
Hari ni, pagi-pagi lagi saya dah join GA...
Saya di tag oleh ibu
Macam best je nak join sebab hadiahnya pun best...
Kalau ada sesiapa yang nak join, leh la klik kat banner tu...


Saya tag:


Hope korang join la GA ni yea...
Selamat berjaya...

Tuesday, May 10, 2011

SENANG KE KAHWIN MASA BELAJAR NI?.....


Selamat sejahtera semua... Harap anda semua sihat dan ceria selalu... Nak cerita apa lagi yea?...hihi... Banyak ceritera saya ni sebenarnya...cuma sempat x sempat, malas x malas nak update je...

Ni nak cerita fasal hobi sepupu sepapat saya lately ni...ada yg terasa ke? Hihi...Kak Long dah minta izin kan? Nun kat atas tu...my sweet kezen Anis dan anakanda Damia.

Alkisahnya... Saya kahwin 4 bulan selepas konvokesyen...maknanya saya dah habis belajar dan dah memanjat tangga pentas untuk mengambil Degree... Selama 8 tahun, me the only sibling, kezen dan 2nd kezen yg dah kahwin (sebelah mak yea).

Apa jadi selepas tu? Berderet deret dik beradik, kezen dan 2nd kezen yang kahwin...kejap-kejap nak kena tempah baju kurung baru...hihi... Kalau masa zaman saya dulu, mesti nak kena habiskan belajar, baru leh kahwin. Tapi la ni...dah jadi hobi memasing...tak habis belajar pun dah nak kahwin...ngee... Tapi senang ke kahwin masa belajar ni?

Berkisar fasal Anis dulu yea. Saya hadir sama semasa majlis merisik di rumah wan... Susah taw kedua dua pihak nak memberi restu...maklumlah Anis dan suami masih belajar lagi...medical student lak tu. Semua orang rasa tanggungjawab yang bakal digalas nanti terlalu berat. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan mereka, akhirnya impian ke jenjang pelamin tercapai juga.

Apa yang mereka lakukan untuk menggoda hati kedua-dua pihak yea? Hihi...ni ada beberapa tips untuk anda yang mempunyai cita-cita yang sama...
  1. Buktikan kepada keluarga masing-masing bahawa pilihan yang dibuat adalah tepat.
  2. Tunjukkan bahawa cinta anda teguh...sanggup menghadapi apa juga dugaan dan rintangan terutama dari segi pengorbanan masa dan wang ringgit.
  3. Saling memberi sokongan supaya masing-masing tidak mudah berputus asa...stick kepada keputusan yang telah dibuat dan berusaha ke arah itu.
  4. Dan yang paling perlu diberi perhatian adalah keputusan peperiksaan yang cemerlang... Bagi Anis dan suami, kedua-duanya menunjukkan prestasi akademik yang membanggakan bagi meyakinkan bahawa hubungan mereka tidak mengganggu pembelajaran mereka.
Alhamdulillah...sekarang suaminya sudah bergelar doktor dan Anis pula di akhir tahun pengajian... Mereka dikurniakan anak yang comel dan sangat rajin bercakap...mungkin sebab masa dalam perut maknya, hari-hari dia dengar lecture...ngee...

Haaa...jangan ingat tu je syaratnyer... Jangan pulak lupa dugaan selepas berkahwin...
  1. My sweet kezen F, kena tinggal berjauhan dari twin sebab masih belajar dan tempat tinggalnya sekarang tidak sesuai untuk twin yang masih kecil...
  2. My 2nd kezen M, kena tolak wheel chair isterinya sebab nak ambil exam sewaktu dalam pantang...
  3. My sweet kezen D, kena drive sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby sulung sebab nak attend kelas tutorial...
  4. B pula mengambil keputusan berhenti kerja kerana perlu mengikut sweet kezen N menyambung pelajaran ke New Zealand...
  5. Selain daripada itu... Perlu tolak perasaan cemburu kerana pasangan masing-masing punya rakan kuliah atau study group yang mungkin berlainan jantina. Masing-masing perlu menjaga peri laku dalam pergaulan.
  6. Dan akhirnya... Kenalah faham-faham kedudukan kewangan masing-masing. Belajarlah berjimat cermat dan berbelanja mengikut keperluan.
Masih ada yang nak berkahwin masa belajar? hihi... Tepuk dada tanyalah kemampuan...






KUIH ABUK-ABUK SAGU



Selamat sejahtera semua...sarapan apa pagi ni? Hari ni saya nak berkongsi resepi kuih abuk-abuk. Masa mak mentua saya buat kuih ni, habis sepinggan saya makan, sebab memang dah lama tak jumpa abuk-abuk ni. Kat orang jual sarapan pagi pagi depan rumah saya ni pun tak de jual.

Sebab masih tak puas lagi makan kuih ni, tu lah saya buat sendiri. Sedap makan pagi-pagi hari sambil minum teh susu panas...hihi... Boleh la anda cuba nanti yea... Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 250 gm sagu
  • 220 gm kelapa parut - diambil yang putih sahaja
  • 1/2 sudu teh garam
  • 180 gm gula melaka - dihiris
  • Daun pisang - dipotong saiz 16cm x 28sm dan dibentukkan kon (sematkan dengan pencungkil gigi yg dipotong 3)
Cara:
  1. Basuh sagu dan letakkan di dalam tapis.
  2. Gaul bersama kelapa parut dan garam. Kemudian tambahkan sagu dan gaul rata.
  3. Ambil kon, masukkan 1 sudu besar sagu dan tekan hingga ke dasar kon.
  4. Letakkan sedikit gula melaka. Kemudian, tambahkan lagi sagu sebanyak 2 sudu besar.
  5. Tutup bahagian bawah kon dengan kemas dan susun di dalam pengukus. Lakukan langkah 3 & 4 sehingga semua adunan sagu habis.
  6. Kukus sehingga masak selama 10 - 15 minit.
P/S: Jika tidak menggunakan daun kelapa, anda juga boleh gunakan loyang untuk mengukus. Letakkan selapis adunan sagu di dasar loyang, kemudian gula melaka dan tutup dengan adunan sagu lagi. Kukus sehingga masak...

Monday, May 9, 2011

PELAMIN PILIHAN 2011

Selamat pagi semuaa... Semoga anda semua sihat dan ceria selalu...
Ada yang akan melangsungkan perkahwinan cuti sekolah nanti?
Hikss... Mungkin saya terlambat, tapi tak pe lah...
hari ni saya nak kongsikan beberapa pelamin pilihan tahun2011...
Terdapat pelbagai warna dan cara hiasan,
mungkin dapat menjadi panduan dan rujukan untuk anda
yang bakal mendirikan rumah tangga nanti...
Selamat cuci mata...



Ini contoh pelamin dalam dewan





Yang bawah ni pelamin disediakan oleh:

Qu'Ratu Bridal & Spa
No 39-1,
Jln KPAA 2,
Kompleks Perniagaan Al-Azim,
Melaka.
Tel: 06-2816232

Selain pelamin,
Qu'Ratu juga menyediakan perkhidmatan
Pakej Perkahwinan dan Pertunangan seperti:
Set baju persalinan lelaki dan wanita,
Make-up artist,
Spa dan
Tempahan kad kahwin...


Untuk keterangan lanjut, boleh klik di (sini)

















Cantik tuu...
Tentu ada yang menarik di hati kan?
Majlis perkahwinan tak berseri kalau tak ada pelamin, yea tak?
Kalau di kampung saya,
bila g rumah orang kahwin...
mesti nak tengok pelamin dengan bilik pengantin.
Lagipun mesti nak simpan gambar yang cantik cantik
kat atas pelamin sebagai kenangan yang kekal abadi...
betul tak?
Hihi... Kepada yang bakal berkahwin...
Selamat menempuh alam rumah tangga...
Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat...





MAKAN-MAKAN @ BEDAH SOUP CORNER, ALOR GAJAH



Selamat sejahtera semua... Mesti ramai yang sedang tunggu bas, teksi, pakwe, mak atau ayah datang amek kat tempat keje, kolej atau taman asuhan...tak pun sedang tekan minyak, tak sesabar nak sampai rumah... Untuk anda semua semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing... Yang dok rumah macam saya, selamat buat apa sahaja yang anda nak buat...hihi...

Anda biasa makan kat luar ke? Saya biasanya g kalau suami ajak jer...tak tentulah kat mana-mana pun...tapi biasanya anak-anak yang ajak makan kat mana mana yang diorang suka... Ni ada satu tempat hampir wajib kami terjah kalau balik ke kampung di Alor Gajah. Mak saya cukup berbulu kalau kitorang sampai je kampung, mak suruh makan...saya jawab..."jap lagi la mak, dah kenyang makan mee Bedah"...hihi...

Tempat makan ni dah lama giler tu...dari zaman saya sekolah dulu dah ada... Dah bertukar-tukar dah owner dia...rasanya warisan turun temurun... Sangat femes dengan nama 'Mee Bedah' atau 'Mee janda'. Kiranya kalau sampai kat pekan Alor Gajah, sebut je nama tu, mesti tua muda, kecik besar semua tahu... Cuba layan jap kitorang nye last visit kat sini...


Suis old skul...



Kipas pun old skul...



Sempoi je menu tulis tangan pas tu lekat kat dinding...


Macam-macam menu yang berasaskan mee, bihun dan nasi ada kat sini...tapi satu je...no kerang, no udang, no sotong ataupun yang sekampung dengannya...cuma ada dagingggg jer...hihi...


Saya makan bihun tomyam sayur campur sebab memang tak makan daging...
Nampak biasa je kan?
Tapi pedas kaw kaw...



Pernah tak jumpa kacang panjang dalam tomyam?



Abang ode bihun goreng sayur free...
ada daging dan tahu jer...



Kakak ode bihun sup



Adik dan suami saya makan mee sup...
Adik lah yang ajak makan kat sini...
"Ummy, jom ajak ayah makan kat kedai
yang ada banyak-banyak mee tu,
Adik suka lah makan mee sup dia sedap..."
hmmm...kan saya dah cakap...
anak-anak yang tentukan tempat kat mana nak makan.



Haaa...ini lah penyedapnya...


Ok lah... Manalah tahukan, tetiba anda tersampai kat Alor Gajah...jengah-jengah lah gerai ni... Mesti best punyerrr... Selamat jalan-jalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...