Followers

Monday, April 18, 2011

NASI AYAM


Selamat petang kawan-kawan... Dah petang ni saya nak berkongsi resepi nasi ayam yang saya masak untuk makan tengah hari tadi... Resepi ini asalnya dari Makcik saya yang saya dapat 10 tahun dulu. Sampai sekarang, walaupun telah mencuba resepi lain, saya tetap sukakan resepi ini... Selamat mencuba.


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - dicuci bersih
Cara:
  1. Letakkan ayam di dalam periuk. Masukkan pula air melebihi sedikit paras ayam dan didihkan sebentar ayam tersebut.
  2. Asingkan ayam dari air dan toskan.


Bahan-bahan nasi:
  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air didihan ayam
  • 4 sudu besar (rata) marjerin @ mentega
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 4 sudu teh garam
Cara:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Di dalam kuali, panaskan magerin sehingga cair dan masukkan bawang besar serta halia. Goreng sebentar sehingga naik bau wangi. Tutup api.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk, campurkan air didihan ayam dan margerin dengan bawang dan halia. Tambahkan garam dan masak nasi seperti biasa.


Bahan-bahan perap ayam:
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/4 cawan kicap masin
  • 3 sudu besar madu
  • 1/2 sudu teh garam
Cara:
  1. Tuangkan semua bahan ke atas ayam.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tadi dan perapkan selama 30 minit.
  3. Goreng ayam menggunakan api perlahan.
  4. Tambahkan sedikit air pada lebihan bahan perap dan didihkan atas api. Kemudian tuang ke atas ayam yang telah digoreng.

Bahan-bahan kuah sos:
  • 6 biji lada hidup warna merah
  • 1 biji tomato
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Kisar semua bahan. Kemudian didihkan. Boleh tambah air dan sos lagi jika mahu lebih banyak kuah.

Bahan-bahan sup:
  • Lebihan air didih ayam tadi ditambah garam dan halia hiris. Masukkan kaki ayam dan leher jika suka.

Sayur ulam:
  • 1 batang timun
  • 4 biji tomato
  • salad
Cara:
  1. Bersihkan sayur dan hiris.

8 comments:

Belog Sambal Belacan said...

sedapnyer nasi ayam..

singgah la ek http://akutetapaku85.blogspot.com/

Ayangnaz said...

my feveret tu...

MaErA kZz said...

nyum2 . . hehe :)

Wanzi said...

nyummii.... sedapnya nasinya.... lama dah tak buat sendiri....

Pia said...

"anak2 akk nya feveret ni..tp lama tak buat sebab mak depa ni malas beno nak renyah2 kat dapo...leh tolong buatkan..hehheh.."

Unknown said...

sedap nih..mesti mau cuba

Linda Rahim said...

piasara: leh wat mase hr tertentu la...mcm masa birthday ke...anak pekse cemerlang ke...atau masa ada tetamu nk datang...

wildorchid said...

waaa...best nyer...bleh pos tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...