Followers

Sunday, April 10, 2011

JOM BLOGWALKING SAMBIL MAKAN CEKODOK...


Salam sejahtera dan selamat pagi semua... Sarapan apa ye hari ni? Kalau yang bekerja mungkin sarapan di kedai aje agaknya. Macam saya ni, buat apa sahaja yang terasa nak makan, yang berat boleh yang ringan pun ok. Macam hari ni rasa nak sarapan yang ringkas-ringkas je sebab nak cepat blogwalking...hihi... Mesti ramai yang pandai buat cekodok ni...tapi yang saya buat ni ada letak daun kunyit, kiranya lain sikit la... Kata anak saya, "kenapa ada rasa macam rendang ummy?..." hihi...

Bahan-bahan:
  • 300gm tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar udang kering - ditumbuk lumat
  • 2 sudu besar ikan bilis - dikerat-kerat dengan gunting atau pisau (supaya lebih terasa)
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1/2 helai daun kunyit - dihiris halus (boleh juga kalau nak letak lebih)
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk dan panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Sudukan adunan sesudu besar dan masukkan ke dalam minyak panas.
  3. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidang.
Selamat menjamu selera....


6 comments:

Luvelia said...

Sedapnya, da lama x mkn cekodok~~huhu

Unknown said...

huhuhu.. sedapnye cekodok dpt makan plak diiringi hujan renyai2 diluar rumah.. huhuhu.. rindukan suasana itu..

akufakhrul said...

adeh..laponya...

Unknown said...

best.. kemarin baru makan jemput2..

Kak Long said...

wuwuwuu.. dah lama sgt dah xmkn cekodok.. hurmm

Unknown said...

apa bezanya jemput-jemput dan cekodok yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...