Followers

Thursday, March 31, 2011

BOJAH AYAM - LAUK UNTUK WANITA BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Salam sejahtera semua... terima kasih kerana memilih blog saya sebagai tempat untuk mencari resepi dan informasi. Saya sedaya upaya mempelbagaikan koleksi resepi saya untuk dikongsi bersama anda semua... Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
Kali ini saya ingin memberi respi bojah ayam yang amat sesuai untuk wanita di dalam tempoh berpantang. Resepi bojah yang sama boleh digunakan untuk ikan bilis, ikan dan daging. Lauk ini juga sesuai untuk dimasak sebagai hidangan harian dan sangat bagus untuk kesihatan.

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • Sedikit kunyit serbuk untuk menggoreng ayam
  • 1 sudu besar lada hitam - Bagi wanita yang menyusukan bayi dengan susu badan, jumlah ini boleh dikurangkan. Bagi yang memasak untuk lauk harian pula, jika ingin lebih pedas, jumlah ini boleh ditambah.
  • 8 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 2 inci halia - juga boleh dilebihkan
  • 1 inci kunyit
  • 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Gaul ayam bersama kunyit serbuk dan sedikit garam, kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan kecuali asam keping dengan pengisar kering.
  3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan asamkaping, garam dan gula. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, campurkan ayam dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.
Selamat menjamu selera...

4 comments:

Maya Mayana said...

oo boleh try utk next pantang... :) thanks

ieda said...

gud menu .. suke :)

miyra said...

Wah nampak best ni kena cuba..tak pernah dgr lg nama lauk ni,,first time,,anyway thanks ye,,,jemput jenguk blog newbie sy ye
http://laromeserumkurus.blogspot.com

Unknown said...

Tengah cari resepi berpantang utk bulan 12 ni. Hehe. Ada hati nak makan yg sedap2 time pantang. :P

http://ibuzidane.blogspot.com/2014/10/performance-drink-solusi-dehidrasi.html?m=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...