Followers

Sunday, November 7, 2010

KUIH APAM BUNGA

Salam Suhaila dan rakan-rakan. Ini kali pertama saya ingin berkongsi resepi kuih untuk anda mencuba. Agak mudah untuk menyediakannya, tetapi selain dari bahan mentah, anda perlu mendapatkan 2 bahan lain iaitu acuan dan cawan kertas (cup). Anda boleh membuat apam bunga kecil mahupun besar menggunakan resepi yang sama, cuma perlu menyediakan acuan dan cup mengikut pilihan anda.

Ini dia acuan yang saya gunakan. Acuan ini bersaiz kecil. Anda boleh mendapatkannya di kedai yang menjual bahan membuat kek dengan harga RM2.00/12pcs. Sekarang kita lihat pula bahan-bahan lain yang diperlukan, seterusnya cara membuat.

Bahan-bahan:
  • Tepung gandum - 370gm

  • Gula - 500gm

  • Telur - 3 biji

  • Ovallete - 1 sudu besar

  • Aiskrim soda - 250ml (pilihan saya FnN kerana lebih bergas)

  • Pewarna - ikut suka (pilihan saya pink dan oren)

Cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk pembancuh, kecuali aiskrim soda dan pewarna.

  2. Putar sehingga rata (jangan bimbang jika adunan agak pekat).

  3. Tambahkan aiskrimsoda dan putar lagi sehingga sebati (anda akan dapat lihat lapisan atas adunan tersebut berbuih-buih).

  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Titikkan pewarna pilihan anda dan gaul sedikit (tidak perlu digaul rata supaya kelihatan corak warna yang bertona).

  5. Letakkan cup ke dalam acuan dan sudukan adunan ke dalamnya. Letak sehingga penuh cup.

  6. Akhir sekali, kukus selama 12 minit (untuk apam bersaiz kecil- masa mengukus menjadi lebih panjang bg apam yang bersaiz lbh besar). Ulang langkah 5 dan 6 sehingga selesai.

Selamat mencuba....
















5 comments:

wildorchid said...

salam 1 malaysia....
tq bgi resepi ..so weekend ni blh la try coz nampak cam colourful & menarik ...
'mengikut kata org tua2 , x elok mkan makanan yg banyak pewarna.... sejauh manakah kebenaran itu ...? blh sy minta pandangan puan LINDA'RAHIM ..?
mungkinkah puan mempunyai pengalaman yg sama ..

Linda Rahim said...

Emak saya (pn. staffnurse Raimah) pun cakap perkara yang sama. Sebab itu saya kurangkan penggunaan pewarna. Cuma titikkan sedikit sahaja pewarna...Saya juga menggunakan 2 warna shj iaitu pink dan oren...Jika memilih utk tidak meletakkan pewarna jg tidak mengapa..Kuih apam akan bewarna putih namun rasanya tetap sama..Terima kasih di atas perhatian anda..Selamat mencuba..

Zanaishi said...

hmmmm.....sy mcm knl dgn en.wildorhid ni......

wildorchid said...

hurm ...kpada rozanna bt abd rahim , kenal ke ?

Zanaishi said...

kepada en.wildorchid:haah lah..xsilap sy incik nie badan gemok2 kan.tinggal kt cheras ye?ha mmg xsalah lagila nie..hehehehe...eh2 incik ade facebook x?boleh kte kenal dgn lebih rapat lg?dah kahwin ke nie??heheheh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...