Followers

Wednesday, January 25, 2017

SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID - sebaik-baik wanita penghuni syurga




Siti Khadijah binti Khuwailid merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW, wanita pertama yang mempercayai risalah Rasulullah, dan wanita pertama yang melahirkan putera-puteri Rasulullah. Dia merelakan harta benda yang dimilikinya untuk kepentingan jihad di jalan Allah. Dialah juga orang pertama yang mendapat khabar gembira bahawa dirinya adalah ahli surga.
.
Nama lengkapnya adalah Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Khadijah al-Kubra, anak perempuan dari Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Za'idah, berasal dari kabilah Bani Asad dari suku Quraisy. Khadijah lahir di Mekah pada 556 Masihi.
.
Ketika bernikah dengan Rasulullah, usia Khadijah ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Rasulullah dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa ketika itu.
.
Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Rasulullah itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata:
“Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”
.
Perkahwinan Khadijah dengan Rasulullah dikurniai dengan dua orang putera dan empat orang puteri; Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, dan Fatimah (Fatimah az-Zahra). Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abi Talib, manakala Ruqaiyah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Setelah Ruqaiyah meninggal dunia, Ummu Kalthum pula diperisterikan oleh Uthman. Manakala Qasim dan Abdullah meninggal dunia semasa masih kecil.
.
Khadijah mendampingi Nabi Muhammad SAW dengan setia selama dua puluh empat tahun. Khadijah terus menemani Rasulullah, baik saat sedih mahupun bahagia. Dalam masa pernikahannya, selama 5 tahun Nabi Muhammad SAW sering kali bertafakur atau merenung dan bermunajat (mendekatkan diri kepada Allah) di Gua Hira. Rasulullah pergi ke Gua Hira dengan membawa bekal. Saat bekalnya telah habis, Rasulullah akan kembali ke rumahnya. Sekalipun demikian, Khadijah tidak pernah mengeluh dan tetap melayani Rasulullah dengan baik dan penuh kasih sayang.
.
Setelah mendapatkan wahyu pertama dari Allah, Nabi Muhammad SAW pulang dalam keadaan badan menggigil ketakutan. Khadijah pun berusaha menenangkannya. “Selimuti aku!…., Selimuti aku!…, “ seru Rasulullah kepada Khadijah. Demi melihat keadaan yang seperti itu, tidaklah membuat Khadijah menjadi panik. Kemudian diselimuti dan ditenangkan perasaan suaminya. Rasullullah pun segera menceritakan pada isterinya, kini tanpa disedarinya, tahulah dia bahawa suaminya adalah utusan Allah subhanahu wa ta’ala.
.
Dengan tenang dan lemah lembut, Khadijah berkata : ”Wahai putera pakcikku, Demi Allah, dia tidak akan menghinakanmu selama-lamanya. Kerana sesungguhnya engkau termasuk orang yang selalu menyambung tali persaudaraan, berkata benar, setia memikul beban, menghormati dan suka menolong orang lain”. Tutur kata manis dari isterinya menjadikan Rasulullah lebih percaya diri dan tenang.
.
Khadijah adalah orang pertama yang memeluk agama Islam. Selama Rasulullah berdakwah, Khadijah selalu memberikan sokongan. Tidak hanya sokongan moral, tetapi juga sokongan yang berupa harta benda. Selama mendampingi Nabi Muhammad SAW, Khadijah menjadi satu-satunya isteri Rasulullah hinggalah dia meninggal dunia. Kesetiaan Khadijah dibalas oleh Rasulullah dengan memberi cinta yang tiada terkira.
.
Nabi Muhammad SAW juga pernah mengatakan bahawa Khadijah adalah wanita yang terbaik. Rasulullah bersabda,
“Dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam kebimbangan. Dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku. Dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku. Dia telah melahirkan beberapa putera-puteri yang tidak aku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”.
.
Khadijah berada pada kedudukan yang lebih utama dibandingkan para sahabat yang memeluk agama Islam pada awalnya. Penyebabnya adalah sikap Khadijah yang pertama kali beriman dengan ajaran Nabi Muhammad SAW lebih agung dari pada sikap para sahabat yang mendukung dakwah Rasulullah sesudah itu. Setelah itu, Khadijah selalu menenangkan dan menghibur Rasulullah saat bersedih, membantunya dalam berdakwah, merasakan penderitaan saat jihad, dan menolong Rasulullah dengan harta dan jiwanya. Untuk itu, Allah SWT menjadikan Khadijah sebagai penghuni syurga.
.
Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya. Khadijah sakit kuat akibat beberapa tahun menderita kelaparan dan kehausan kerana pemulauan itu. Pada usia enam puluh lima tahun Khadijah telah meninggal dunia. Khadijah dikuburkan di dataran tinggi Mekah, yang dikenal dengan sebutan al-Hajun. Rasulullah sendiri yang mengurus jenazah isterinya dan kalimat terakhir yang beliau ucapkan ketika melepas pemergian Siti Khadijah Binti Khuwailid adalah:
“Sebaik-baik wanita penghuni surga adalah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.
.
#SirahRasulullah
#IsteriPertamaNabiMuhammadSAW
#LumiereBeauty
#RealBeautyShine

Friday, January 20, 2017

SAYA MEMANG TAK BIASA BERMEKAP...tapi sekarang, saya dah jatuh cinta dengan Soft Look

Image may contain: 2 people, text

Best betul rasanya bila saya dapat cover kulit kusam dengan sapuan nipis foundation.
.
Saya bukannya nak putih melepak, saya cuma nak rasa confident je dan nampak elok bila berdepan orang ramai.
.
Alhamdulillah..dengan Soft Look Mousse Foundation, kulit wajah saya nampak lebih bersih dan berseri. Dah takde dah nampak kulit berkilat dan yang paling penting, walaupun saya cuma ratakan dengan jari jer..tapi tak bercapuk capuk pun.
.
Saya memang dah jatuh cinta dengan L'Skin Sofft Look Mousse Foundation ni..
.
Anna, 18 - Melaka

Thursday, January 19, 2017

SEMUANYA TENTANG L'SKIN SOFT LOOK MOUSSE FOUNDATION...Foundation bentuk mousse daripada L'Skin Beauty Series




TAHU TAK SOFT LOOK NI ADA 3 BAHAN YANG BEST?
==========================================
Jom kenalpasti kelebihan yang terdapat dalam kandungan Soft Look Mousse Foundation ni..
.
.
KHASIAT MINYAK ARGAN
----------------------------------
🍭Anti-penuaan
🍭Menyelesaikan masalah kulit berjerawat
🍭Menghilangkan masalah parut
🍭Melindungi kulit daripada kedutan akibat penuaan pra-matang
🍭Mengurangkan kedutan dibawah mata
🍭Bertindak sebagai pelembap terbaik untuk kulit. Ia menyegar dan melembut kulit
🍭Kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar
.
.
KHASIAT SUSU
--------------------
🍭Mencerahkan dan menghaluskan kulit
🍭Sebagai anti-ageing atau anti penuaan
🍭Menyingkirkan semua sel kulit mati
🍭Mengecilkan pori-pori
.
.
KHASIAT ALOEVERA
---------------------------
🍭Mempercepat proses penyembuhan luka
🍭Merawat kulit
🍭Melembabkan kulit lebih lama
🍭Mencerahkan warna kulit yang kusam
🍭Mengatasi kulit kering akibat dehidrasi dan kekurangan vitamin
🍭Menghaluskan permukaan kulit yang bersisik
🍭Membuat kulit jadi kenyal
🍭Memenuhi keperluan vitamin harian kulit
.
.
TAHU TAK KELEBIHAN MOUSSE FOUNDATION?
=======================================
Tau kan mousse? Buat sis yang suka masak mesti tau ni. Mousse itu seperti busa krim dan ringan. Bila kita tekan pon, mousse ni tak padat. Hasil sapuan foundation bentuk mousse pada kulit pula akan kelihatan sangat natural.
.
Oleh sebab itulah, L'Skin Soft Look Mousse Foundation ni ada satu tone kaler je sis. Ianya sesuai untuk semua tone kulit dan juga semua jenis kulit. Sis akan nampak natural beauty jer bila pakai Soft Look.
.
.
JADI..APA LAGI YANG BESTNYA L'SKIN SOFT LOOK MOUSSE FOUNDATION NI?
===================================================
.
.
💆MENCERAHKAN WAJAH
Foundation yg mencerahkan wajah pada penggunaan pertama. Calit calit ratakan..terus jee sis akan nampak flawless & glowing.
.
💆PELINDUNGAN UV
Soft Look Mousse Foundation mengandungi SPF50 yg membantu melindungi kulit daripada sinar uv yang berbahaya.
.
💆TEKSTUR YANG RINGAN
Foundation jenis mousse ni senang diblend, tidak berminyak & melekit. Ia mempunyai tekstur yang ringan & mudah meresap ke dalam kulit. Jadi sis tak perlu risau muka bercapuk atau timbul masalah foundation tak rata.
.
💆CALIT2 JEE DAH CANTIK
Senang jee nk guna, 1 minit pon da boleh siap. Hanya calit & ratakan ke seluruh wajah. Sis tak perlu berbedak sakan pon da cantek.
.
💆KALIS AIR
Mekap akan tahan lebih lama walaupun berpeluh (mempunyai formula anti-peluh)
.
💆BERDANDAN SAMBIL MERAWAT
Mengecutkan jerawat dan merawat parut jerawat serta anti-penuaan.
.
.
Sis belum tentu suka dengan Soft Look kalau sekadar tengok2 kat sini je.. Dan sis belum tentu tak jatuh chenta kalau dah cuba Soft Look nanti..💁
.
.
Assalamualaikum sis..
Salam Jumaat..
.
.
#LumiereBeauty
#RealBeautyShine
#SoftLook
#MousseFoundation

Tuesday, January 17, 2017

TIPS MEMILIH BEG TANGAN... ada 3 faktor yang perlu diambil kira



Assalamualaikum..

Hari ni saya nak syer tips untuk memilih beg tangan. Sis Boleh aplikasikan semasa nak pilih beg tangan sama ada membeli di pasaraya ataupun secara online. Semoga tips ini dapat membantu sis dalam membuat pilihan yang tepat.


Tip 1: Majlis

- Sis kena pastikan adakah sis membeli bag tangan untuk kegunaan ke pejabat, untuk ke suatu majlis, atau untuk kegunaan setiap hari.

- Kebiasaannya gaya ke pejabat adalah daripada sesuatu yang berbentuk lebih simple, praktikal, solid dan berkulit lebih keras. Warnanya pula terdiri daripada warna-warna seperti hitam, coklat ataupun kelabu. Gaya beg ini juga sesuai untuk ke seminar ataupun kursus.






Beg tangan yang sesuai untuk digayakan ke pejabat



- Bagi yang bertujuan untuk ke majlis-majlis perkahwinan, hari raya, kenduri mahupun majlis harijadi, pilihan handbag haruslah jenis yang elegan, bergaya dan berkulit lebih lembut. Sis boleh memilih samada beg bertali panjang ataupun pendek mengikut keselesaan sis. Ataupun pilih sahaja beg yang mempunyai 2 jenis tali supaya sis boleh mengubah gaya mengikut majlis dan pakaian. Warnanya pula boleh mengikut tema baju yang ingin dipakai ataupun blocking colour yang sesuai.




Beg tangan yang sesuai digayakan untuk majlis tidak rasmi



- Untuk keluar di waktu malam pula, sesuatu yang kecil, bergaya atau mewah dengan taburan labuci dan bling bling adalah lebih sesuai, namun bergantung juga kepada pakaian yang sis pakai. Sis boleh memilih clutch ataupun beg yang bertali samada panjang ataupun pendek. Sis boleh memilih warna yang pelbagai, tetapi pilihla yang pekat dan lebih gelap. Kalau sis mahukan beg bewarna kuning misalnya, pilihlah kuning yang pekat dan gelap, bukannya yang terang dan striking.




Beg tangan yang sesuai digayakan waktu malam




Tip 2: Warna

- Hitam, coklat dan kelabu adalah beberapa warna sejagat untuk beg tangan yang paling mudah disuai padankan dengan pakaian.

- Walau bagaimanapun, jika sis mahu menyerlahkan lagi penampilan, tambahkan percikan warna untuk beg sis dan ia mampu membuatkan sis kelihatan lebih meriah.

- Jika sis seorang yang berani dan mempunyai pilihan beg tangan yang pelbagai, boleh pilih warna warna seperti merah, biru ataupun kuning. Apa yang penting, sis menyuai pilihan beg tangan yang lain yang boleh disuai padankan dengan pakaian yang sis akan pakai.



Tip 3: Bentuk Badan

- Bentuk badan seseorang turut menjadi peranan bagi menentukan bentuk beg yang bersesuaian. Bentuk beg tangan sis perlu berlawanan dengan bentuk badan. Contohnya, bagi sis yang tinggi lampai, sis perlu memilih beg yang berbentuk bulat. Begitu juga seseorang yang berbadan bulat, adalah lebih sesuai memilih beg berbentuk tinggi.

- Sekiranya sis adalah seorang gadis yang mempunyai ketinggian enam kaki, saiz beg harus lah bersaiz kecil agar tidak menampakkan perbezaan yang ketara.

- Bagi sis yang mempunyai bentuk badan curvy, pilihan beg tangan yang sesuai adalah yang berbentuk solid.

- Apa yang paling penting adalah, jangan pilih beg tangan yang oversize atau melebihi badan sis. Kecuali jika sis ingin memilih beg untuk membeli belah.


Ada juga di kalangan kita yang mempunyai 1 atau 2 beg tangan sahaja tetapi digunakan untuk semua majlis tidak kira siang atau malam. Sebenarnya terpulang pada keselesaan dan kemampuang masing-masing. Tetapi jika sis hanya mempunyai 1 beg tangan untuk kegunaan setiap hari, pilihlah yang paling sesuai digayakan pada bila-bila masa tidak kira ke mana sahaja. Pilih warna yang senang nak match dengan pakaian dan rekaan serta saiz sederhana.


#Tips
#LindaRahim
#LinMalyn
#Pilih
#BegTangan
#Sesuai

Thursday, January 12, 2017

TIPS MENGATASI JERAWAT PADA KULIT KERING DAN SENSITIF



Langkah paling utama untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik adalah dengan makan makanan yang berkhasiat dan mengamalkan detoks seperti air lemon dan teh hijau. Langkah seterusnya adalah dengan penjagaan dan perawatan kulit wajah dari luar iaitu denggan menggunakan set skin care yang sesuai.
.
Antara langkah seterusnya yang boleh diamalkan adalah:
1. Guna skin care yang sesuai
Silalah guna skin care yang khas untuk kulit sensitif sahaja. Pastikan ianya dapat mengatasi masalah jerawat sis disamping tidak pula menambah kekeringan pada kulit wajah.
.
Set Mira L'Skin Beauty Series adalah set penjagaan dan perawatan wajah untuk kulit sensitif yang terbaik bagi mengatasi kekeringan dan masalah yang timbul akibat kulit sensitif. Daripada pencuci muka, sehinggalah krim siang, krim malam dan krim rawatannya adalah yang dirumus khas untuk pemilik kulit sensitif.
.
.
2. Elakkan memakai produk whitening
Sis yang BERKULIT SENSITIF, awak jangan amek produk whitening taw! Sis kena rawat dahulu jerawat awak. Whitening tu tak bagus untuk muka yang berjerawat. Malah ia akan memburukkan lagi keadaan.
.
Sis mungkin terkeliru antara Whitening dan BRIGHTENING. Produk L'Skin mempunyai Intensive Brightening Night Cream. Ianya bukan bertujuan untuk memutihkan kulit ye sis. Ianya bekerja di waktu malam untuk memudarkan parut, jeragat, bintik hitam dan segala macam cela di kulit wajah.
.
Night Cream ini juga akan mencerahkan wajah, bermaksud menjadikan kulit kusam lebih berseri dan glowing jika dipakai secara berterusan. Semakin lama dipakai, kulit wajah sis akan nampak lebih cerah dan bebas cela daripada sebelumnya.
.
.
3. Lap muka guna tuala muka
Jangan sesekali menggunakan tuala lap badan untuk lap muka. Sis perlu khaskan satu tuala yang lembut untuk lap muka sahaja dan pastikan tuala itu bersih ataupun kerap dibasuh.
.
.
4. Jangan scrub muka
Tolonglah jangan gunakan scrub muka! Walaupun scrub itu sesuai untuk kulit kering, dapat melembapkan kulit dan sebagainya, tetapi scrub muka memang tidak sesuai untuk kulit yang berjerawat. Scrub akan menyebabkan jerawat lebih mudah merebak dan luka jerawat pula akan menjadi lebih parah.
.
.
5. Jangan sentuh muka menggunakan jari
Ini bermaksud, jika sis bukan dalam keadaan untuk mencuci muka, elakkan secara sengaja menyentuh jerawat atau parut jerawat di wajah sis. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria yang mungkin terdapat pada jari jemari sis dipindahkan pula pada jerawat dan akan memburukkan lagi keadaan jerawat itu.
.
Parut jerawat pada kulit kering dan sensitif pula kebiasaannya akan terasa gatal dan berkuping. Elakkan sama sekali untuk menyentuh atau mengopeknya. Sapukan L'Skin Bird's Nest Treatment Cream pada parut tersebut. Ia akan melembapkan kuping dan menjadikannya mudah tertanggal dengan sendiri.
.
.
6. Picit jerawat dengan ilmu
Ramai antara kita yang gemar memicit jerawat dan ramai juga yang beranggapan memicit jerawat adalah cara yang salah untuk merawat jerawat pada kulit wajah. Sebenarnya, sis boleh memicit jerawat, tetapi perlu dengan cara yang betul.
.
Picit jerawat tu dari keluar nanah, darah, sampailah sehingga keluar air putih jernih. Selagi tak keluar air tu, maknanya masih tak bersih lagi. Bila tak picit habis, kemungkinan besar jerawat itu akan tumbuh semula sebab ada lagi kotoran dibawah lapisan kulit muka.
.
Selepas dah picit sehingga keluar air jernih, sis perlu cuci bersih muka, lap kering dan sapukan pula L'Skin Acne Cream pada jerawat sahaja. Jangan sesekali melapisinya dengan krim lain ataupun mekap tebal. Seeloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
.
.
7. Pakai sunblock dan moisturiser
Pada waktu siang, sis wajib memakai sunblock dan moisturiser. Paling senang kalau sis guna L'Skin Multi Corrector Day Cream, sebab krim siang ini melembapkan kulit disamping mempunyai SPF50 yang sangat diperlukan untuk kita yang duduk di bumi Malaysia yang bercuaca panas kering di siang hari ni.
.
Dengan melindungi kulit dari terdedah terus kepada cahaya matahari, sis dapat mengelakkan masalah jeragat yang biasanya dialami oleh pemilik kulit jenis kering.
.
Ingat ye sis..pakai pelembap yang melembaplan kulit wajah, bukannya meminyakkan kulit wajah. L'Skin Multi Corrector Day Cream melembapkan kulit wajah dan mampu memadam garis-garis halus taw! Suka tak?
.
.
8. Minum air masak
Kalau baca tips tentang kesihatan dan kecantikan, mana-mana pun akan suruh kita amalkan minum air masak sekurang kurangnnya 8 gelas sehari bermula dari bangun tidur sehinggalah sebelum tidur.
.
Dengan minum air masak secukupnya, badan sis akan mudah untuk proses toksin. Semuanya akan dikeluarkan melalui peluh, air kencing dan tinja. Ini akan memudahkan lagi kerja-kerja untuk mencantik dan menyihatkan kulit sis.
.
.
9. Jus tomato
Tips ni sangat berguna bagi sis yang rajin mahupun malas sebab senang je nak buatnya. Sis hanya perlu blend tomato, susu pekat dan air masak secukupnya dan perlu diminum terus selepas diblend. Murah, mudah dan berkesan sis..
.
.
Apa yang penting, sis ikut step by step apa yang Beauty Advisor kami ajar. Insha Allah..sis akan dapat atasi masalah kulit yang sis hadapi, sama ada kering mengelupas, kering dan berjeragat ataupun kering tetapi berjerawat.
.
Selamat mencuba sis..
.
.
#Tips
#LumiereBeauty
#RealBeautyShine

Tuesday, January 10, 2017

GAGAL DALAM HIDUP? CINTAI DIRI ANDA, BANGKITLAH DAN TERUS MARA KEHADAPAN



Pernahkah Anda merasa gagal dalam hidup anda? Ada kalanya kerana situasi tertentu, kita pasti merasa gagal. Tetapi itu bukanlah alasan untuk anda membenci diri sendiri. Mencintai diri sendiri dapat membantu anda mengatasi kegagalan dan membangkitkan kembali kepercayaan diri anda, seterusnya menikmati kehidupan yang lebih baik.
.
.
Ada banyak alasan mengapa seseorang itu tidak mencintai diri sendiri, seperti mempunyaI fizikal yang tidak menarik, kekurangan kasih sayang keluarga, lemah dalam pelajaran dan sebagainya. Namun begitu, walau apa pun alasan anda, rahsia sebenarnya untuk mencintai diri sendiri adalah mengetahui bagaimana caranya dan setelah itu mempraktikkannya.
.
.
1. Hormati Diri Anda Sendiri
Sebelum anda memahami bagaimana untuk mencintai diri sendiri, anda harus terlebih dahulu menghormati diri sendiri. Semua manusia mempunyai kekurangan dan kelebihann masing-masing.
Apa yang perlu anda lakukan adalah berhenti menyesali kekurangan diri dan fokus kepada kelebihan yang anda ada. Tingkatkan dan tonjolkan kelebihan itu.
.
.
2. Mulai Mencintai Diri Sendiri
Cinta dan kebahagiaan berasal dari dalam diri anda sendiri. Berikan diri anda penghargaan setelah mencapai sesuatu yang anda ingin capai. Contohnya, setelah berjaya setelah berjaya menyelesaikan suatu tugasan yang telah ditentukann, belanja diri sendiri makan di restoran yang menyediakan makanan kegemaran anda.
Kita seringkali memberi ucapan penghargaan, hadiah ataupun pelukan kepada orang lain, tetapi sering terupa untuk melakukan hal yang sama terhadap diri sendiri. Berubahlah dan mula lakukannya sekarang.
.
.
3. Lakukan Perubahan
Mencintai diri sendiri lebih dari sekadar kata-kata motivasi sahaja. Jika selama ini anda sering melakukan sesuatu sekerat jalan dan mudah berputus asa, maka untuk kali ini buatlah sesuatu tanpa jemu dan sehingga menampakkan perubahan. Anda mungkin boleh meningkatkan ilmu atau berusaha dengan lebih gigih untuk mencapainya.
Manusia kebiasaannya akan lebih termotivasi setelah mendapat hasil yang diinginkan ataupun setelah melihat walau ada sedikit pun perubahan yang berlaku. Setelah nampak perubahan, anda akan termotivasi untuk melakukan aksi yang lebih gila untuk mencapai matlamat yang anda inginkan atau mendapat pencapaian yang lebih baik.
.
.
4. Percaya Pada Diri Sendiri
Mulakan dengan berhenti menyesali kekurangan dan fokus kepada kelebihan. Berikan ganjaran setiap kali anda mencapai matlamat atau selesai melakukan tugas anda. Lakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga nampak perubahan. Semua ini hanya boleh dicapai jika anda yakin dan percaya kepada diri sendiri.
.
.
#Motivasi
#Cintai
#DiriSendiri
#LumiereBeauty
#RealBeautyShine

Sunday, January 8, 2017

TIPS ATASI GEJALA KULIT SENSITIF





1. Gunakan pembersih wajah yang dikhususkan untuk kulit sensitif ataupun gunakan tuala yang lembut.
.
.
2. Hindari daripada menggunakan penyegar wajah yang mengandung alkohol kerana sangat merbahaya terhadap kulit sensitif. Alkohol akan mengeringkan kulit dan ini akan menjadikan kulit lebih mudah rosak.
.
.
3. Ketika berada di luar pada waktu siang, pakai sun block yang mengandung Vitamin E agar kulit kekal lembap dan dapat mencegah iritasi pada kulit wajah akibat terdedah kepada sinar matahari.
.
.
4. Ketika membersihkan wajah, jangan gunakan air terlalu sejuk atau air suam kerana suhu ekstrem dapat mengiritasi kulit secara cepat. Gunakan air bersuhu normal.
.
.
5. Amalkan diet yang tepat merupakan peranan penting dalam perawatan kulit sensitif. Makanlah buah-buahan dan sayuran yang membantu dalam menjaga kesihatan kulit.
.
.
6. Banyak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C. Ini berguna sebagai antioksidan dan menambah gizi pada kulit sensitif.
.
.
7.Pengunaan Set Mira L'Skin Beauty Series dapat membantu masalah kulit sensitif anda. Moisturising Daily Cleanser adalah pencuci wajah yang dirumus khas untuk anda yang mempunyai kulit normal, kering dan sensitif. Ia membersih dengan mendalam tanpa mengeringkan kulit wajah.
.
.
8. Kulit sensitif ini amat berkait dengan kelembapan kulit. Apabila kulit tak cukup lembab ,maka paras kesensitifan kulit anda akan meningkat. Multi Corrector Day Cream mampu memberi kelembapan kepada kulit wajah dan merawat masalah akibat terdedah kepada cahaya matahari tanpa menghakis kulit.
.
.
9. Kulit sensitif juga berlaku akibat dari lapisan kulit yang menipis, maka anda perlukan set penjagaan atau perawatan wajah yang mempunyai produk yang mampu membina semula sel untuk melindungi kulit anda. Bird's Nest Treatment Cream dan Intensive Brightening Night Cream melegakan dan menyembuhkan anda daripada gejala akibat kulit sensitif.
.
.
10. Bagi anda yang mempunyai kulit jenis sensitif, anda harus menjaga kulit anda dengan mengamalkan Set Mira L'Skin kerana set ini terdiri daripada rangkaian produk yang mampu melembap dan mengekalkan kelembapan kulit serta merawat masalah yang timbul akibat kulit sensitif

Saturday, January 7, 2017

CIRI KHAS KULIT SENSITIF...kenalpasti kulit anda supaya mudah untuk menjaganya




CIRI KHAS KULIT SENSITIF
=======================
Kulit manusia terdiri daripada pelbagai jenis dann dapat diklasifikasikan melalui ciri-ciri yang terdapat pada kulit tersebut. Jika ingin menggunakan perawat atau bahan penjagaan kulit, anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti jenis kulit anda.
.
.
Merawat jenis kulit yang sensitif memang susah. Jika tersalah merawat, kulit mungkin menjadi makin kering, berjerawat, atau timbul masalah baru. Oleh itu, anda perlu hindari hal tersebut dengan mengenali ciri khasnya dan melakukan perawatan yang tepat.
.
.
 Kulit sensitif sering dipengaruhi oleh faktor genetik. Lapisan kulit yang paling sensitif terhadap perubahan sekeliling, perawatan kulit, dan produk kosmetik adalah lapisan pelindung kulit (stratum korneum) iaitu lapisan paling luar kulit.
 .
.
Ciri-ciri yang sering terlihat pada kulit sensitif adalah kulit mudah kering dan mudah terjadi iritasi kerana sistem perlindungan kulit kurang baik terhadap faktor sekeliling dan pencemaran. Supaya lebih jelas, amati kulit wajah anda baik-baik. Jika mengalami kondisi seperti berikut ini, mungkin kulit anda termasuk jenis yang sensitif.
.
.
1) Kulit sensitif mudah bereaksi dengan faktor sekeliling, seperti sinar matahari, pencemaran, cuaca sejuk, dan bahan-bahan kimia yang terdapat pada kosmetik atau kelengkapan mandi.
.
2) Kulit sensitif dapat dirasakan dengan iritasi, rasa menyengat, gatal-gatal, rasa seperti terbakar, dan terlalu tegang.
.
3) Perhatikan keadaan kulit anda di siang hari. Jika kulit terlihat bersisik dan sangat kering, kemungkinan besar kulit Anda termasuk jenis kulit sensitif.
.
4) Biasanya, noda yang ada pada kulit seperti bekas luka, bintik-bintik hitam atau bekas jerawat sukar dihilangkan.
.
5) Kulit nampak sangat nipis sehingga garis-garis halus pembuluh darah dapat dilihat dengan jelas.
.
6) Setelah membersihkan wajah dengan sabun pembersih wajah dan mengeringkannya dengan tuala, wajah nampak memerah selama beberapa saat. Ini terjadi kerana kulit sensitif sangat peka terhadap tekanan walaupun kecil.
.
7) Sering terkena alergi seperti gatal, bintik-bintik hitam dan jerawat.
.
8) Jika selepas anda makan makanan pedas, minuman berkafein atau beralkohol, kulit anda menjadi kemerahan dan terasa panas, kulit anda juga tergolong dalam jenis sensitif.
.
.
Semoga panduan ini memberi manfaat buat kita semua.

SKIN CARE KHAS UNTUK WANITA BER "KULIT SENSITIF"




Sis ada masalah berikut:

- Rasa pedih2 bila guna skin care?

- Kulit kemerahan?

- Kulit rasa gatal2?
- Kulit nipis sampai nampak urat darah?
- Kulit mengelupas?




 Set Mira L'Skin merawat jeragat



Set Mira L'Skin merawat kulit kering



Kalau ada, sis terus baca tau..Lin nak kongsi satu produk yang baru yang Lumiere nak keluarkan..produk ni kami da buat R&D selama setahun..khas untuk atasi masalah kulit SENSITIF macam sis ada..
.
Lin nk bagi 1 set L'skin PERCUMA kepada sis. Nak bagi sis cuba dan Lin akan guide step by step sampai sis BERJAYA!!
.
Okay, Lin nak citer ckit kenapa sis perlu cuba produk ni.
.
1) L'SKIN MOUSTURISING DAILY CLEANSER
- Ia dilengkapi dengan kandungan protein, vitamin, lemak sihat dan mineral mineral penting untuk kulit CANTIK & SIHAT serta diperkaya dengan minyak Almond.
.
- Minyak almond adalah cara yang baik untuk melindungi kulit anda dari kerosakan akibat sinar matahari serta membantu meremajakannya.
.
- Kandungan vitamin B dan E dalam minyak almond pula berfungsi sebagai pelembab yang bagus bagi kulit dan mampu mengatasi kulit gatal, kering, garis halus, parut & jeragat.
.
- Dengan penggunaan berterusan, kulit anda akan menjadi lembap & lebih halus serta awet muda.
.

.
2) L'SKIN MULTI CORRECTOR DAY CREAM
- Mengandungi SPF50 yang mampu melindungi kulit dari sinaran UV
.
- Ia juga mengandungi antioksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas.
.

.
3) L'SKIN INTENSIVE BRIGHTENING NIGHT CREAM
- Krim malam ni kaya dengan Grape Seed Extract yang mampu mencerakan kulit serta memudarkan parut.
.
- Ia mampu mngurangkan radang kulit dan kedutan di wajah..
.
- Waaa~~ boleh anjalkan kulit la..
.

.
4) L'SKIN BIRD'S NEST TREATMENT CREAM
- Nama pon bird's nest kan mestilah bahan utama dia ekstrak sarang burung juga serbuk mutiara.
.
- Ia mampu mngecutkan jerawat dan memudarkan parut bertanda serta menstabilkan pH kulit, juga mampu merawat kulit mengelupas
.



=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
MACAM MANA YE NAK DAPATKAN SET NI? SIS NAK CUBALAH
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


Senang jer sis.. sis WA jer Lin di
> +6.017 271 2219
> +6.017 271 2219
> +6.017 271 2219
.
.
Atau dtg jer ke kedai kami di Sharleen Shoppe di Taman Desa Molek.. alamat penuh kat bawah tau..
No.8, Lorong 1,
Jalan Desa Molek 11,
Taman Desa Molek, 75460 Melaka.
Tel : 06-2679867
WA : 017-2712219







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...