Followers

Thursday, March 31, 2011

BOJAH AYAM - LAUK UNTUK WANITA BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Salam sejahtera semua... terima kasih kerana memilih blog saya sebagai tempat untuk mencari resepi dan informasi. Saya sedaya upaya mempelbagaikan koleksi resepi saya untuk dikongsi bersama anda semua... Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
Kali ini saya ingin memberi respi bojah ayam yang amat sesuai untuk wanita di dalam tempoh berpantang. Resepi bojah yang sama boleh digunakan untuk ikan bilis, ikan dan daging. Lauk ini juga sesuai untuk dimasak sebagai hidangan harian dan sangat bagus untuk kesihatan.

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • Sedikit kunyit serbuk untuk menggoreng ayam
  • 1 sudu besar lada hitam - Bagi wanita yang menyusukan bayi dengan susu badan, jumlah ini boleh dikurangkan. Bagi yang memasak untuk lauk harian pula, jika ingin lebih pedas, jumlah ini boleh ditambah.
  • 8 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 2 inci halia - juga boleh dilebihkan
  • 1 inci kunyit
  • 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Gaul ayam bersama kunyit serbuk dan sedikit garam, kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan kecuali asam keping dengan pengisar kering.
  3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan asamkaping, garam dan gula. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, campurkan ayam dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.
Selamat menjamu selera...

ALMOND BEAUTY COOKIES

Salam sejahtera... hari ini saya nak menambah lagi resepi biskut raya di blog saya ini. Senang lah anda membuat pilihan dan merancang biskut apa yang hendak dibuat untuk raya nanti. Hmmm...nampak best kan? Memang best pun... rasanya rangup dan yang paling best bila mengunyah almond tu... Oklah... Selamat mencuba ye...

Bahan-bahan:
  • (A) 200 gm mentega
  • 50 gm lelemak sayuran
  • 150 gm gula kastor
  • (B) 40 gm putih telur
  • (C) ( diayak bersama )
  • 270 gm tepung gandum
  • 70 gm tepung berserbuk penaik
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh perangup biskut
  • 10 gm serbuk koko
Bahan hiasan:
  • Coklat masakan putih - dicairkan dengan cara double boil setelah semua biskut masak
  • Badam cincang - dipanggang seketika
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul bahan-bahan (A) sehingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan pula putih telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, tambahkan bahan-bahan (C) dan gaul dengan tangan sehingga menjadi doh.
  4. Masukkan doh ke dalam piping bag yang diletak nozel no 4FT. Tekankan di atas dulang pembakar kira-kira 1 inci 1/2.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah selcius selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan.
  6. Setelah sejuk, celup setengah biskut ke dalam coklat masakan putih. Taburkan badam cincang dan susun biskut di atas kertas minyak.
  7. Biarkan coklat keras sebelum disimpan.

Wednesday, March 30, 2011

SAYA DAPAT AWARD LAGI....

Create your own banner at mybannermaker.com!

Terima kasih kepada Norgadis. Saya amat menghargainya...
Selalu- selalulah berkunjung ke teratak saya ni ye...

IKLAN IKLAN - AWET MUDA GOLD PUTERI ALYA

Awet Muda Gold
Glutathione + Astaxanthin + Mutiara
SS : RM 140.00
SS : RM 150.00

Salam semua... semoga anda semua sihat sejahtera... Hari ini saya hendak bercerita sedikit tentang Produk Awet Muda Gold Puteri Alya keluaran Q Raz Herbal Marketing. Tentu ramai yang berpendapat sudah terlalu banyak produk di pasaran, termasuklah produk untuk meremajakan diri atau awet muda. Ini menjadikan anda sukar untuk memilih dengan tepat yang mana produk yang betul-betul berfungsi seperti diiklankan, begitu juga memilih produk yang berbaloi dengan nilai RM yang anda belanjakan.
Saya sudah semestinya mengesyorkan anda mengamalkan Awet Muda Gold Puteri Alya. Terutamanya kerana produk ini menggabungkan 24 ramuan termasuk air yang ditapis menjadikannya mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Bagi anda yang sangat sibuk dan tidak sempat untuk mengamalkan 2, 3 atau lebih produk untuk kesihatan diri, anda hanya perlu mengamalkan Awet Muda Gold sahaja. Ia merangkumi bahan-bahan untuk penjagaan kulit, wajah, payudara, punggung, kuku, alat sulit, tenaga batin, masalah dalaman, angin dan toksin. Bayangkan dengan berbelanja cuma RM 140.00 sebulan, anda mendapat faedah yang begitu banyak ditawarkan oleh hanya satu produk sahaja... Saya sendiri begitu menyukainya dan berdasarkan pengalaman mencuba pelbagai jenis produk kesihatan yang lain... Awet Muda Gold Puteri Alya ini adalah yang terbaik....
Anda boleh layari sendiri laman web rasmi Puteri Alya dan dapatkan maklumat lanjut tentang produk ini dan beberapa lagi produk keluaran Puteri Alya. Di situ juga anda boleh dapatkan senarai pengedar berdaftar yang terdekat dengan anda... Semoga perkongsian maklumat ini memberi banyak manfaat kepada kita semua... Sekian wasallam dan selamat mancuba...

KAK LINA, IBU GORGEOUS BERANAK ENAM

Kak Lina dengan anak sulung, Byla

Saya bukanlah peminat setia kak Lina, kak Lina pun bukanlah selebriti yang punya album lagu atau filem mencecah box office... bukan juga pengacara tv atau deejay radio yang menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian... Tapi suka bila tengok kak Lina layan anak-anak, suka tengok kak Lina berjaya dalam bisnes, suka tengok kak Lina bersiap ala kadar tapi sedap mata memandang, suka macam-macam bila masuk bab kak Lina ni...
Iya... anak kak Lina ada 6 orang, yang sulung dah 20 tahun, yang bongsu pula baru 3 tahun... Tapi pipi kak Lina tak kendur, kulit kak Lina tak kering, susuk tubuh yang sedang-sedang, tenaga kak Lina menjaga anak-anak dan berbisnes tak pernah habis minyak... Memang banyak petua yang kak Lina amalkan... memang tak ramai yang orang luar tahu...
Kak Lina tak pernah menolak makan nasi (tapi tak gemuk gemuk pun), kak Lina juga tak takut mandi manda di Tanjung Bidara (tapi kulit kak Lina tak teruk terbakar), kak Lina memasak di dapur (tapi tangan kak Lina tak kasar, kuku kak Lina pun sihat dan berkilat), kak Lina juga tak kisah bersengkang mata... Tapi suka bila tengok kak Lina tak nampak stress dan selalu tersenyum... itu antara petua awet muda kak Lina... macam yang saya katakan, banyak petua yang kak Lina amalkan... kak Lina pun tak pernah menyentuh minuman berais... boleh ke orang macam saya nak ikut??... macam susah sikit la.... kak Lina pakai tudung koleksi Ariani sahaja sebab potongan awning Ariani menjadikan potongan muka kita pun nampak elok je... boleh ke orang macam saya nak ikut??... beli sehelai 2 boleh la... lepas tu tak kan nak ulang tayang tudung yang sama je...
Tetapi ada sesuatu yang istimewa kak Lina amalkan... mudah untuk diikuti, harga yang berpatutan dan insyaAllah berkesan kepada semua. Kak Lina amalkan makan Awet Muda Gold Puteri Alya.... Patutlah walaupun umur dah 40-an dan beranak 6, tapi kak Lina tetap gorgeous dan sentiasa bertenaga...

Tuesday, March 22, 2011

OAT MEAL CHIPS COOKIES

Bahan-bahan:
  • (a) 220 gm mentega
  • 130 gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh vanilla essen
  • (b) 1 biji kuning telur
  • (c) 250 gm tepung gandum
  • 10 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • (d) oat
Cara:
  1. Ayak tepung bersama koko dan baking soda. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul bahan (a) sehingga kembang dan ringan.
  3. Tambahkan kuning telur dan pukul lagi.
  4. Masukkan pula bahan (c) dan gaul rata sehingga adunan membentuk doh.
  5. Ambil 1 susu teh doh, bentukkan bulat dan tekan. Kemudian salutkan dengan oat dan susun di atas dulang pembakar.
  6. Bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 15 - 20 minit.
Selamat mencuba...



PAJERI NANAS BEREMPAH

Bahan (a):
  • 1 biji nanas - dihiris dan direbus sebentar
  • Minyak masak
Bahan (b):
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 sm halia
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang kulit kayu manis
Bahan (c)
  • 150 gm rempah kari daging (pilihan saya rempah kari Adabi) - dibancuh dengan air panas
  • 50 gm kerisik
  • 50 gm gula merah
Bahan (d):
  • 50 gm udang kering - ditumbuk lumat
  • 50 ml santan
  • 100 ml air
  • Garam secukup rasa
Cara:
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian tumis semua bahan (b) sehingga naik bau.
  2. Masukkan pula bahan (c) dan kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan bahan (d) dan kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan nanas yang telah direbus tadi. Kacau rata dan tunggu hingga kuah mendidih dan menjadi pekat.
Selamat menjamu selera...

Monday, March 21, 2011

KEK KEJU DINGIN OREO


Salam buat Scha.. Kek keju dingin ini permintaan kawan baru saya Scha.
Sebelum ini saya ada post kek keju dingin bluberry, dan ini saya tambah satu lagi resepi kek yang tak perlu dibakar...cuma sejukkan sahaja. Diharap anda dan Scha dapat menyediakannya...Selamat mencuba...

Bahan-bahan lapisan tapak:
  • 120 gram biskut oreo - diasingkan inti dan dihancurkan (tidak perlu terlalu halus)
  • 60 gm mentega cair
Cara:
  1. Campurkan biskut oreo hancur dengan mentega cair. Gaul rata.
  2. Buatkan lapisan tapak di dalam acuan bulat 9" loose base. Sejukkan di dalam peti sejuk chill sementara anda membuat kek.
acuan bulat 9" loose base

Bahan-bahan kek:
  • (a) 2 biji kuning telur
  • 120 gm gula ising
  • 160 gm susu kotak
  • (b) 2 1/2 sudu besar gelatin dilarutkan dalam 6 sudu besar air didih
  • (c) 250 gm krim keju
  • 1250 gm double krim (dipukul sedikit)
  • (d) 1/2 sudu besar jus lemon
  • (e) 2 keping biskut oreo - hancurkan
  • Inti biskut oreo yang diasingkan tadi
Cara:
  1. Pukul krim keju sehingga licin. Kemudian tambahkan bahan (a), (b), (d) dan double krim yang telah dipukul sedikit.
  2. Tambahkan oreo hancur dan inti, kemudian gaul rata semua bahan.
  3. Tuangkan di atas lapisan tapak biskut oreo yang telah disejukkan tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk chill selama 3 - 4 jam.
Selamat menjamu selera...


AISKRIM COKLAT

Salam sejahtera...harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...Ini aikrim yang saya buat semalam...best kan...dapat buat aiskrim sendiri. Tentu anda pun mahu mencubanya. Saya sediakan resepi aiskrim coklat di bawah ini, tetapi jika anda inginkan perasa lain, seperti kopi, strawberi atau oren, boleh gantikan serbuk kok dengan kopi segera, pes strawberi atau oren sunquik (jus yang dalam botol kaca tu). Cubalah...semoga berjaya...

Bahan-bahan:
  • 4 kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 500 ml susu (gunakan susu kotak - pilihan saya susu dutch lady)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250 gm krim putar (whiping cream)
Cara:
  1. Masak kesemua bahan kecuali krim putar dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam.
  2. Pukul krim putar sehingga pekat (terbentuk garis-garis melengkung pada krim).
  3. Campurkan krim putar bersama bahan 1. Gaul rata (gunakan senduk sahaja, tidak perlu putar).
  4. Simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Setelah itu, keluarkan dan pukul (dengan mixer) sehingga aiskrim menjadi dua kali ganda banyaknya.
  5. Masukkan aiskrim ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku sehingga mengeras dan boleh dihidang.
  6. Sebagai tambahan, anda boleh campurkan coklat cip, coco crunch atau coklat kit kat pada aiskrim anda...
Selamat menjamu selera...

MY 3rd AWARD

Terima kasih...saya dapat Award ni dari kawan baru saya Miliyunir. Anda pun lawat-lawatlah dia...Banyak info yang boleh dapat kat sana...

SWEET STRAWBERRY COOKIES



Salam sejahtera semua..Strawberry cookies ni sebenarnya saya buat semasa cuti sekolah tempoh hari. Ini adalah untuk hantaran perkahwinan Narul dan Ide dari Seri Kembangan. Saya buat tiga jenis, strawberry, carrot dan apple. Semua menggunakan resepi yang sama tetapi filling dan bentuk yang berbeza... Anda juga boleh menggunakan resepi yang sama ini dan mereka sendiri bentuk yang anda suka. Pasti kuih raya anda akan nampak lebih meriah dan lain dari yang lain...Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega
  • 35 gm tepung jagung
  • 100 gm gula ising
  • 250 gm tepung gandum
  • 100 gm serbuk badam
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh strawberry pes
  • 1 sudu teh pewarna rose pink
Filling:
  • Jem strawberry (boleh didapati di kedai menjual bahan kek - bukannya jem yang biasa dimakan dengan roti tau....) -bentukkan bulat-bulat kecil supaya mudah untuk diisi ke dalam doh.
Hiasan:
  • Badam batang
  • Pewarna hijau epal
  • Bijan
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega, kuning telur dan gula ising sehingga bergaul rata. Tidak perlu pukul terlalu lama.
  2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul menggunakan tangan sehingga adunan menjadi doh.
  3. Asingkan sedikit doh (kira-kira sebesar penumbuk) untuk diwarnakan hijau. Doh yang banyak dicampurkan pes strawberry dan juga pewarna rose pink. Anda juga boleh mengasingkan sedikit doh tanpa warna untuk diwarnakan kemudian jika tidak cukup.
  4. Ukur adunan bewarna rose pink dengan pengukur 1/2 sudu besar. Masukkan jem strawberry dan bentukkan strawberry. Susun di dalam dulang pembakar.
  5. Setelah selesai, gentel panjang-panjang doh bewarna hijau dan bentukkan seperti daun pada strawberry.
  6. Akhir sekali cucukkan badam batang untuk membentuk tangkai dan letakkan bijan pada atas strawberry.
  7. Bakar pada suhu 160 darjah selcius selama 20 - 25 minit.
Di bawah ini ada gambar Sweet Carrot dan Green Apple yang saya buat. Anda boleh mencuba bentuk ini juga...



SWEET CARROT

Bahan lain:
  • 1 sudu teh carrot pes
  • 1 sudu teh pewarna oren
Filling:
  • Saya menggunakan inti kacang merah yang di pek.
Hiasan:
  • Badam batang - diwarnakan dengan warna hijau epal dan dijemur sehingga pewarna kering sebelum digunakan.


GREEN APPLE:

Bahan lain:
  • 1 sudu teh apple pes
  • 1 sudu teh pewarna hijau apple
Filling:
  • Jem apple - boleh didapati di kedai menjual bahan kek
Cara membuat daun:
  1. Pekatkan warna hijaunya.
  2. Bentukkan daun dengan menggunakan penerap bentuk daun untuk fondant.



Akhirnya...inilah dia biskut hantaran yang ditempah oleh pasangan Narul dan Ide pada majlis perkahwinan mereka. Kepada mereka...Semoga berbahagian hingga ke akhir hayat.


Biskut Hantaran 3 jenis - Sweet strawberry, Green apple, Sweet carrot.
Harga: RM 50.00


Saturday, March 19, 2011

BIHUN KARI

Salam sejahtera semua...Hari ini saya masak bihun kari dan ingin berkongsi resepi di sini. Anak-anak saya memang suka kalau saya masak selain daripada nasi putih. Makan bihun kari ni untuk makan tengah hari dan makan malam pun ok...Tak perlu nak masak yang lain-lain lagi...Jadi boleh la saya buat biskut raya pula...Dapatkan resepi biskut raya saya di beberapa entri blog ni ya....

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun
  • 30 gram bawang goreng (saya buat sendiri)
  • 1 biji tauhu - digoreng
  • 20 gram daun bawang dan daun sup
  • Sayur sawi - dicelur
  • 50 gram taugeh - dicelur
  • 2 biji lada hidup merah - dihiris
  • 2 biji telur rebus
Bahan kuah:
  • 200 gram udang
  • 200 gram kerang - rebus dan keluarkan isinya
  • 200 gram sotong
  • 2 biji tauhu kosong
  • 1 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan air panas dan 1/2 sudu teh asam jawa tanpa biji
  • 1 biji kelapa - diperah santannya
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 2.5 sm halia
  • 2 sm lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari dan lada kisar. Kacau rata sehingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan udang, kerang, sotong, tauhu dan santan. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan biarkan kuah mendidih.
  5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan-bahan lain.

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH BARS

Untuk resepi ini, bahan lain yang perlu anda ada adalah dulang pembakar 16x12x12 inci yang mempunyai pemotong petak-petak bersaiz sama (boleh dapatkan di kedai menjual bahanh kek dan biskut) dan aluminium foil.

Bahan-bahan biskut:

  • 300 gram coklat masakan (cairkan dengan cara double boile)
  • 230 gram mentega
  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 100 gram gula perang
  • 4 sudu besar badam kisar (kisar badam hacur)
Bahan-bahan topping:
  • 350 gram mentega
  • 230 gram gula kastor
  • 4 sudu besar golden syrup
  • 350 gram susu pekat manis
  • 300 gram kacang hazel - dipanggang
  • 450 gram coklat masakkan (dicairkan dengan cara double boile)
Bahan hiasan:
  • Snow powder
Cara:
  1. Cairkan coklat masakkan. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk yang sesuai, gaul rata mentega, tepung dan serbuk penaik. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Kemudian, tambahkan badam kisar dan coklat masakkan cair. Gaul rata sehingga adunan membentuk doh.
  4. Alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan gris dengan mentega. Kemudian, ratakan doh diatasnya.
  5. Cucuk doh dengan garfu dan bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 20 - 25 minit. Biarkan biskut sejuk di dalam loyang.
  6. Untuk topping (butterscotcha), satukan mentega, gula, syrup dan susu pekat di dalam mangkuk yang sesuai dan panaskan sehingga mentega dan gula cair dan kekuningan. Kemudian, masukkan kacang hazel. Gaul rata.
  7. Tuang di atas lapisan biskut yang telah sejuk dan biarkan topping keras.
  8. Cairkan coklat dan sapu rata ke atas lapisan butterscotch. Biarkan coklat keras sebelum dipotong 4 segi.
  9. Akhir sekali, ayak snow powder di permukaan atas untuk hiasan.
Selamat mencuba....

MAMA CARIES

Bahan-bahan:
  • 300 gram mentega
  • 400 gram tepung gandum
  • 100 gram gula ising
  • 120 gram susu tepung penuh krim
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan topping:
  • 1 1/2 biji putih telur
  • 150 gram gula ising (diayak dahulu)
  • 15 gram tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • coklat emulco
Cara membuat topping (sediakan topping dahulu sebelum membuat adunan biskut):
  1. Campurkan semua bahan kecuali coklat emulco dan gaul rata menggunakan garfu.
Cara membuat biskut:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga bergaul rata.
  2. Kemudian, tambahkan tepung dan susu tepung kemudian gaul rata menggunakan tangan sahaja.
  3. Canai adunan dan terap dengan penerap yang sesuai. Aturkan di dalam dulang.
  4. Gunakan 'piping bag' untuk meletakkan topping di atas adunan biskut yang telah diterap. Dengan menggunakan jari telunjuk, ratakan topping.
  5. Gunakan pencungkil gigi untuk membuat corak daripada coklat emulco di atas topping.
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 15 minit.
Selamat mencuba...

BLOGWALKING MUDAH DAN PANTAS

Blogwalking
Salam sejahtera semua....semasa blogwalking, saya jumpa beberapa blog yang ada widget ni...rasa best pula sebab memang memudahkan blogwalking. Akhirnya saya jumpa dengan tuan punya widget ni (jumpa blog)... pertama kali sampai situ... Saya tak berapa faham dengan arahan yang diberikan walaupun nampak sangat simple... tapi apa salahnye mencuba...Kalau anda berminat, anda pun boleh berkunjung ke link ini...

Thursday, March 17, 2011

INFO INFO - ANEKA TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

Ada pelbagai jenis tepung yang terdapat di pasaran sekarang. Bagi mereka yang biasa membuat kuih, pasti anda tidak mempunyai banyak masalah ketika memilih tepung yang sesuai. Sebenarnya, saya selalu mencuba resepi-resepi baru samaada saya menciptanya sendiri, belajar dari rakan, saudara mara, melalui buku resepi, majalah, menghadiri kelas, malahan melalui blog-blog masakan. Selain daripada sukatan dan cara, saya akan pastikan saya menggunakan bahan yang tepat seperti di dalam resepi.
Seperti yang saya katakan pada awalnya, terdapat pelbagai jenis tepung yang biasa digunakan dalam masakan. Tepung ini, walaupun rupanya hampir sama tetapi sudah tentu mempunyai peranan yang berbeza bagi meningkatkan mutu dan rasa masakan anda. Di sini, saya ada menyediakan beberapa info berkaitan tepung yang biasa kita jumpa di dalam resepi beserta kegunaannya. Di harap ia dapat menjadi panduan yang berguna untuk kita semua...

1. TEPUNG SERBAGUNA
Tepung serbaguna adalah tepung yang paling biasa kita jumpa di dalam resepi masakan. Secara lazimnya, kita boleh menggunakan tepung gandum biasa sebagai ganti kerana mudah didapati di pasaran.

2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI (HIGH PROTEIN)
Tepung ini juga biasanya dikenali sebagai tepung roti kerana digunakan untuk membuat roti. Tepung berprotein tinggi mempunyai daya menganjal yang agak tinggi, oleh itu ia menjadi lebih sempurna apabila diadun dengan yis dalam pembuatan roti.

3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung ini biasanya digunakan dalam pembuatan pau. Saya juga pernah menggunakannya untuk membuat kuih bahulu dan mendapat hasil bahulu yang lembut dan gebu.

4. TEPUNG GANDUM
Ini adalah tepung yang paling mudah didapati di pasaran dan paling selalu ditemui di dalam resepi. Fungsinya adalah sama seperti tepung serbaguna.

5. TEPUNG CREAMER
Creamer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang biasa dicampur dengan teh atau nescafe. Untuk resepi yang menggunakan susu, anda boleh juga menggantikannya dengan bancuhan creamer.

6. TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik (baking powder) di dalamnya. Anda boleh menggantikan tepung ini dengan tepung gandum atau tepung serbaguna. Ayakkan 250gm tepung bersama 1 sudu makan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Hasilnya, sama seperti tepung naik sendiri.

7. TEPUNG ROS
Tepung ros biasa digunakan di dalam resepi biskut. Tepung ini mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Ada juga terdapat resepi yang memerlukan anda menggunakan tepung jagung bersama tepung ros. Anda hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan dan hasilnya adalah lebih baik daripada tepung gandum biasa.

8. TEPUNG HONG KONG
Tepung ini juga biasa dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan seringkali juga digunakan untuk membuat pau. Tepung jenis ini tidak tahan lama kerana senang berkutu atau berkulat. Jika anda sukar untuk mendapatkan tepung Hong Kong ini, boleh menggantikannya dengan tepung pau (antaranya jenama Blue Key) yang lebih mudah di dapati di pasaran.

9. TEPUNG PULUT
Tepung pulut dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. Tepung ini mengandungi 100 peratus beras merah asli. Maksud beras merah adalah beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkan pengambilannya.

10. TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejanis yang mengandungi kandungan gula di dalamnya dan sesuai digunakan untuk membuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan sebagi pilihan anda boleh menggantikannya dengan tepung serbaguna, tepung kastard atau tepung jagung. Anda hanya perlu mengikut ukuran seperti terdapat pada resepi.

11. TEPUNG GANDUM TULEN
Tepung ini mempunyai serat gandum yang tidak hancur, oleh itu ia tidak boleh diayak. Tepung gandum tulen tidak sesuai untuk membuat roti atau kek kerana hasilnya agak berat.

12. TEPUNG HOEN KWEE
Bagi sesetengah masyarakat, tepung ini biasa digunakan dalam resepi kuih muih mereka. Di pasaran, tepung ini biasa dijual dalam pelbagai bungkusan dan warna. Warna bungkusan biasanya mewakili warna tepung itu sendiri. Anda hanya perlu memilih warna yang tepat untuk resepi kuih anda.

13. TEPUNG KASTARD
Tepung kastard mempunyai bau yang wangi dan biasa digunakan untuk membuat kastard dan kek keju. Tepung ini akan menjadikan tekstur kek lebih rapat dan gebu. Anda boleh menggantikan tepung kastard dengan tepung gandum, ataupun menggantikan resepi tepung gandum dengan tepung kastard jika suka.

14. TEPUNG UBI
Tepung ubi ataupun tepung ubi kayu adalah juga tepung kanji. Tepung ini biasanya digunakan sedikit sahaja di dalam resepi untuk meliatkan adunan. Ada juga sesetengah resepi menggantikannya dengan tepung sagu.

15. TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung digunakan untuk memekatkan adunan. Biasanya tepung ini juga digunakan untuk memekatkan kuah mi atau sos.

CASHEWNUTS ICE-CREAM COOKIES

Salam semua... mulai hari ini saya akan perbanyakkan entri resepi biskut raya. Sebab saya memang menjual biskut raya, dan kebiasaannya waktu-waktu begini saya memang sedang sibuk mencari dan mencuba resepi-resepi baru untuk menambah kepada koleksi biskut raya saya. Tahun ini pula seawal bulan 5 saya perlu menyediakan biskut raya untuk dihantar ke beberapa jabatan kerajaan. Dan ini merupakan tahun pertama saya berkongsi resepi biskut raya di blog...Selamat mencuba kepada anda semua...

Bahan-bahan:

Bahan (A)
  • 120 gm mentega
  • 120 gm gula aising
  • 1/8 sudu teh pewarna kuning telur
Bahan (B) - diayak bersama
  • 320 gm tepung gandum
  • 40 gm tepung jagung
  • 40 gm tepung kentang
  • 20 gm tepung kastard
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 50 gm gajus - panggang dan kisar
Bahan (C)
  • Kuning telur - untuk disapu di atas biskut sebelum dibakar
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega, gula aising dan pewarna kuning telur sehingga kembang.
  2. Masukkan pula bahan-bahan (B) dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
  3. Rehatkan doh selama 15 minit dan canai (gelek dengan penggelek). Kemudian terap doh menggunakan penerap berbentuk aiskrim.
  4. Susun di dalam dulang pembakar. Kemudian sapukan kuning telur di atas permukaan dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 15 - 20 minit. Sejukkan biskut.
Bahan hiasan:
  • Coklat masakan
  • Starflakes
  • Colourful rice
  • Atau sebarang sugar deco...
  • Kertas surih / kertas minyak
Cara:
  1. Masak coklat masakan secara double boile.
  2. Celupkan bahagian atas biskut (bahagian aiskrim) dengan coklat. Letakkan di atas kertas.
  3. Taburkan hiasan mengikut suka...

Monday, March 14, 2011

KEK PISANG

Bahan-bahan:
  • 200 gram pisang (pisang emas atau berangan)
  • 150 gram gula halus
  • 4 biji telur (gunakan telur saiz B)
  • 10 gram emulsifier kek (ovallet)
  • 250 gram tepung kek
  • 1 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 125 ml susu (boleh gunakan susu kotak atau bancuhan susu tepung)
  • 100ml minyak masak
Cara:
  1. Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, lenyekkan pisang. Kemudian campurkan gula dan telur, dan pukul sehingga bergaul rata.
  3. Tambahkan pula emulsifier kek dan pukul lagi sehingga 5 - 6 minit sehingga kembang.
  4. Masukkan adunan tepung secara berselang seli dengan susu dan pukul perlahan sehingga adunan sebati.
  5. Akhir sekali tambahkan minyak dan pukul sehingga adunan bergaul rata.
  6. Tuang adunan di dalam 2 acuan panjang 9"x4"x3", atau acuan 4 segi yang sesuai dan telah digris dengan mentega.
  7. Bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga kek masak.
Selamat mencuba...

TAT TELUR (EGG TARTS)


Bahan-bahan pastri:
  • 250 gram tepung gandum
  • 60 gram gula ising
  • 125 gram mentega
  • 1 telur kuning (yolk)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar air
Cara:
  1. Ayak tepung 3 kali dan campurkan bersama gula ising di dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul adunan sehingga membentuk 'crumbs'.
  3. Tambahkan kuning telur, esen vanilla dan air. Gaul rata sehingga adunan membentuk doh.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan sejukkan selama 20 minit di dalam peti sejuk.
  5. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk, bentukkan pastri. Caranya tekan doh ke dalam mould tat (jangan terlalu nipis, dan jangan pula terlalu tebal). Potong lebihan doh yang terkeluar dari mould dengan menggunakan pisau kecil.
  6. Setelah itu, cucuk dasar doh dengan pencungkil gigi sebanyak 2 lubang.
  7. Setelah habis adunan, bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit. Jika pastri telah benar-benar masak, pastri akan mudah keluar daripada doh apabila mould diterbalikkan. Ketepikan pastri dan dibiar sejuk.
Bahan-bahan inti telur/kastard:
  • 250ml air
  • 125 gram gula
  • 5 biji telur
  • 100 gram susu sejat (pilihan saya susu Ideal)
Cara:
  1. Campurkan air dengan gula dan masak sehingga semua gula hancur. Kemudian biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, campurkan bersama telur dan susu. Gaul rata dan tapiskan bahan kasar yang tidak larut serta buihnya.
  3. Tuang inti kastard ke dalam kulit tat (pastri) yang telah disejukkan.
  4. bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit.
Selamat mencuba...


TAT KEJU BLUEBERRY (BLUEBERRY CHEESE TART)

Salam semua... Untuk resepi tat ini, saya sediakan resepi pastri yang sesuai digunakan untuk tat keju, tat telur, tat badam blueberry, tat kacang hazel, tat buah-buahan dan tat coklat. Bahan lain yang perlu anda sediakan adalah mould tat. Ada pelbagai corak tepi mould tat dan saiz yang boleh dibeli di kedai menjual bahan kek. Setelah mendapatkan mould yang anda suka, bolehlah mencuba resepi ini...

Bahan-bahan pastri:
  • 250 gram tepung gandum
  • 60 gram gula ising
  • 125 gram mentega
  • 1 telur kuning (yolk)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar air
Cara:
  1. Ayak tepung 3 kali dan campurkan bersama gula ising di dalam mangkuk adunan. Gaul rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul adunan sehingga membentuk 'crumbs'.
  3. Tambahkan kuning telur, esen vanilla dan air. Gaul rata sehingga adunan membentuk doh.
  4. Tutup bekas dengan plastik dan sejukkan selama 20 minit di dalam peti sejuk.
  5. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk, bentukkan pastri. Caranya tekan doh ke dalam mould tat (jangan terlalu nipis, dan jangan pula terlalu tebal). Potong lebihan doh yang terkeluar dari mould dengan menggunakan pisau kecil.
  6. Setelah itu, cucuk dasar doh dengan pencungkil gigi sebanyak 2 lubang.
  7. Setelah habis adunan, bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit. Jika pastri telah benar-benar masak, pastri akan mudah keluar daripada doh apabila mould diterbalikkan. Ketepikan pastri dan dibiar sejuk.
Bahan-bahan inti:
  • 250 gram krim keju
  • 20 gram mentega
  • 60 gram gula halus
  • 1 biji telur
  • Jem blueberry
Cara:
  1. Pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian tambah telur dan pukul sehingga sebati.
  2. Tuang adunan ke dalam pastri yang telah dimasak (separuh). Kemudian letak sedikit jem blueberry. Tuang lagi adunan di atas jem sehingga penuh pastri.
  3. Setelah selesai, letak sedikit jem blueberry di atas tat dan bentukkan corak dengan pencungkil gigi.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.
Selamat menjamu selera...

Sunday, March 13, 2011

ROTI MANIS (BAN MANIS/ SWEET BUN)


Salam semua... Anda pernah mencuba buat roti sendiri di rumah? Hari ini saya ingin berkongsi resepi roti yang biasa saya sediakan untuk keluarga saya. Sebenarnya ada 2 resepi yang biasa saya gunakan... 1 resepi yang saya gunakan untuk roti dimakan di rumah, dan 1 lagi resepi yang mempunyai cara penyediaan agak rumit dan saya hanya gunakan untuk membuat kelas roti dan untuk tempahan sahaja. Ini cara yang mudah dan selain dari membuat ban kosong, anda boleh juga gunakan resepi yang sama untuk buat ban berinti seperti sardin, sambal bilis, mini piza, keju dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan:
  • 500 gram tepung roti
  • 1 biji telur (dipecahkan dan ditimbang 65 gram, tetapi jika berat telur tidak sampai 65gm anda boleh menambah air masak sehingga mencapai berat tersebut)
  • 75 gram gula halus
  • 10 gram soft pro (pembaik roti) - jika anda membeli bahan di Melaka, ada kedai yang menjualnya dengan nama magic.
  • 5 gram garam
  • 210 ml air
  • 10 gram yis (saya gunakan jenama mauripan)
  • 45 gram susu pekat manis
  • 60gm lelemak sayuran (shortening)
Cara:
  1. Jika anda tidak mempunyai mesin pengadun roti, anda boleh menggunakan tangan untuk mengadun. Mula-mula campurkan semua bahan di dalam mangkuk pengadun kecuali lelemak sayuran. Adun dengan pemukul 'hook' selama 3 minit. Jika mengadun menggunakan tangan, adun sehingga semua bahan bergaul rata dan membentuk doh.
  2. Tambahkan lelemak sayuran dan adun lagi selama 10 minit atau sehingga adunan berbentuk elastik dan tidak mudah putus bila diregangkan.
  3. Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan rehatkan adunan selama 10 minit.
  4. Kemudian bahagikan adunan 60gm setiap satu dan bentukkan bulat bulat sehingga adunan habis.
  5. Akhir sekali bentukkan adunan mengikut suka dan letakkan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega. Doh hendaklah diletakkan jarak jarak diantara satu sama lain kerana ia akan mengembang. Biarkan doh selama 2 jam. (jangan dikacau atau dialihkan doh semasa proses kerana doh yang telah kembang akan jatuh dan kemik)
  6. Jika anda ingin meletakkan inti, selepas proses 4, lempengkan (gelek) doh 60gm tersebut kemudian letakkan inti diatasnya dan balut semula doh menjadi bentuk bulat. Pastikan bahagian bawah doh benar-benar rapat supaya inti tidak terkeluar. Lakukan pula proses 5.
  7. Jika anda menggunakan oven yang kecil, anda memerlukan loyang yang banyak untuk membakar kerana semua doh akan mengembang serentak. Oleh itu anda perlu menyusun doh (proses 5) sehingga semua doh habis dan tidak boleh mengalihkannya selepas proses itu.
  8. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit.
Selamat mencuba...

KEK OREO KUKUS

Salam semua... Kek oreo kukus ni saya cuba-cuba buat sebab dah selalu sangat buat kek coklat. Perbezaan ketara yang saya mula-mula nampak ialah warnanya...kalau kek coklat warnanya coklat, tapi bila saya gunakan biskut oreo, warnanya lebih hitam. Tapi jangan bimbang, sebab rasanya tetap sedap...Oleh kerana ini percubaan pertama saya, jadi saya cuma guna adunan 2 biji telur je. Kalau anda nak buat kek yang lebih besar, boleh lah gandakan adunan. Tetapi kukusnya juga harus besar ya...

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 125 ml susu dipanaskan sebentar ( boleh gunakan susu kotak ataupun bancuhan susu tepung)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak
Cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo kisar dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikt sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
  3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas. Kukus selama 45 minit.
Bahan toping:
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 60 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar air masak
Cara:
  1. Campur semua bahan didalam mangkuk yang sesuai dan masak secara double boiler.
  2. Setelah kek sejuk, bolehlah curahkan toping dan hias mengikut suka.
Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...