Followers

Friday, February 19, 2016

NUTELLA OREO MOIST CAKE



Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan gula halus
250gm mentega
6 biji telur (gred A)
300gm kaya

Bahan B:
137gm biskut oreo dihancurkan (dihancurkan dengan inti sekali)
1 botol 200gm Nutella

Bahan C:
1 cawan tepung kek
1 cawan Horlicks
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
- ayak kesemua bahan bersama dan ketepikan

Cara:

1) Pukul mentega dengan gula hingga gebu.
2) Kemudian, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
3) Masukkan pula adunan tepung yang telah diayak (bahan C), putar perlahan hingga sebati.
4) Masukkan kaya dan putar sekejap hingga rata.
5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
6) Campurkan satu bahagian adunan dengan biskut Oreo yang telah dihancurkan.
7) Campurkan Nutellah pada satu lagi bahagian adunan.
8) Satu lagi adunan kek dibiarkan kosong (asal).
9) Tuangkan adunan Oreo ke dalam loyang 9" yang telah digris dan dilapik kertas minyak. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C (boleh tambah masa bakar jika kek masih belum masak).
10) Tuang adunan asal di atas kek adunan Oreo yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C.
11) Tuang pula adunan Nutella ke atas kek adunan asal yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C atau sehingga kek masak.

P/S: Kek ini juga boleh dikukus

Selamat mencuba..


Sunday, February 14, 2016

KEK COKLAT CLOUD 9 CLASSSIC


Bahan A
300gm tepung gandung
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
3 biji telur A saiz
400gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250ml susu cair
250ml minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
250ml air panas

Bahan E
6 paket Cloud 9 Classic dipotong dadu


Cara:

1) Satukan semua bahan A, ayak dan ketepikan.
2) Satukan semua bahan B di dalam mangkuk pembancuh. Pukul sehingga putih
3) Masukkan minyak, susu cair dan susu pekat manis. Pukul sehingga sebati.
4) Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
5) Tambahkan air panas dan gaul rata.
6) Tambahkan pula Cloud 9 Classic yang telah dipotong dadu. Gaul rata.
7) Tuang adunan ke dalam loyang bulat atau 4 segi ukuran 9 inci yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak.
8) Bakar adunan di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga kek masak.
9) Sejukkan kek di atas redai.


Topping
200gm coklat masakan dipotong dadu
100ml susu cair
1 sudu besar butter
6 paket Cloud 9 Classic dipotong dadu

Cara:

1) Panaskan susu cair secara double boiler.
2) Masukkan coklat masakan dan butter. Gaul sehingga semua coklat cair.
3) Padamkan api dan sejukkan sebentar.
4) Tuang topping di atas kek dan hias dengan coklat Cloud 9 Classic.

Selamat mencuba...Yummy



Friday, February 12, 2016

BAKAL USAHAWAN BERJAYA...SILA BERI PERHATIAN!!



Lin & Lin Marketing sedang mencari mereka yang berminat untuk menyertai Team Lumiere Beauty sebagai Agen, Stokis dan Stokis Negeri untuk mengedarkan produk kecantikan Lumiere Beauty. Hanya mereka yang benar-benar serius dan commited sahaja layak untuk menyertai Team. Kalau korang takat hangat-hangat taik ayam ataupun jenis tak suka kerja rajin-rajin tu..xpelah kalau x nak join pun.

Sebenarnya modal yang diperlukan rendah je berbanding dengan keuntungan yang bakal korang dapat. Tapi bukan hanya dengan goyang kaki jer.. Walaupun nanti nama n no phone korang akan diiklankan di web lumierebeauty.com.my, page Lumiere Beauty, IG lumiere_beauty_hq, majalah NAFAZ Media, banner, bunting dan di mana-mana mereka beriklan..tak bermakna korang boleh wat lek wat pis je nunggu orang call order barang. As a Team..Agen dan Stokis kena turut sama mempromosikan produk supaya lebih dikenali dan menjadi trending!

Untungnya Team Lumiere Beauty kerana admin rajin beriklan dan mempunyai beribu-ribu followers di media sosial. If u r in the Team..u too will be hot n fame. wink wink! So apa tunggu lagik? Come on gais..Malaysia, Singapura n Brunei..we r looking for next USAHAWAN BERJAYA. Join Team Lumiere Beauty..bimbingan dan tunjuk ajar diberikan secara berterusan di WhatsApp Group dan PM.

Anda serius? WhatsApp Lin Malyn di 017 271 2219

Gud Luck!



Saturday, February 6, 2016

VIRUS ZIKA





Virus Zika adalah virus yang proses penularannya melalui medium nyamuk Aedes aegypti. Masih satu famili dengan virus lain seperti virus penyebab penyakit demam berdarah, penyakit kuning dan chikungunya.

Virus ini jarang muncul di kawasan Asia tenggara. Ianya pertama kali diidentifikasi pada tahu 1947 di Negara Uganda dan didapati dari demam yang muncul pada kera asli endemik Uganda. Kemudian virus ini menjangkit manusia dan pernah menyerang sejumlah populasi manusia di kawasan Afrika secara meluas pada tahun 1954.

Kes pertama dari penyakit yang disebabkan oleh Virus Zika di luar Afrika terjadi di Yap Island, sebuah pulau di kawasan Pasifik Mikronesian pada tahun 2007. Semenjak itu, kes Virus Zika telah beberapa kali muncul dalam frekuensi yang tidak kuat di kawasan Pasifik.



Tanda-tanda Gejala infeksi Virus Zika:
  • Demam yang tidak terlalu tinggi, maksimum pada 38 darjah celsius dan cenderung untuk naik dan turun.
  • Muncul beberapa ruam pada kulit yang berbentuk makulapapular atau ruam melebar dengan benjolan tipis yang timbul. Kadang kala, ruam meluas dan membentuk seperti ruam merah tua kecoklatan yang mendatar dan menonjol.
  • Rasa sakit pada sendi dan otot, kadang kala disertai lebam dan bengkak pada sendi dan otot.
  • Berlaku infeksi mata menyerupai konjungtivitis dengan mata kemerahan. Kadang kala warna merahnya sangat kuat menandakan adanya ruam pada kelopak mata.


Efek Virus Zika terhadap wanita hamil:





Ibu hamil yang positif mempunyai Virus Zika berkemungkinan boleh menularkan Virus tersebut kepada janin dalam kandugannya. Virus Zika akan menyerang jaringan otot dan sistem saraf termasuk sistem saraf pusat di otak dan janin. Virus ini boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom mikrosefalus iaitu keadaaan dimana kondisi otak dan jaringan di dalamnya tidak sempurna sebagaimana pada bayi normal dan berbentuk kecil.

Wednesday, February 3, 2016

6 BEAUTY FOODS IN LUMIERE MIRACLE ESSENCE







Miracle Essence adalah produk pertama Lin & Lin Marketing di bawah jenama Lumiere Beauty. Ianya mengandungi 6 beauty foods untuk kulit sihat dan cerah berseri...sebab itu kami namakannya MIRACLE. Miracle Essence adalah satu-satunya essence perawat kulit wajah yang menggabungkan Apple Stemcell, Alp Rose Stemcell, Orange Stem Cell, Salmon Collagen, Vitamin C dan Vitamin E di dalam satu botol! 


Manfaat Apple Stemcell pada kulit wajah

- menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
- memperbaiki epidermis, iaitu lapisan kulit luar
- membentuk pigmen kulit


Manfaat Alp Rose Stemcell pada kulit wajah

- melembapkan kulit
- menggalakkan kulit adaptasi perubahan iklim
- menggalakkan semula pertumbuhan kulit baru
- meremajakan kulit


Manfaat Orange Stemcell pada kulit wajah
- kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A yang meningkatkan kesihatan kulit
- Vitamin A dapat meresap ke dalam kulit dan mampu menyamarkan serta memperbaiki kerutan dan garis-garis halus pada kulit
- membantu mengatasi penyakit kulit seperti bisul dan jerawat


Manfaat Salmon Collagen pada kulit wajah
- menjadikan kulit lebih anjal dan lembut
- mengurangkan tanda-tanda penuaan, kedutan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus
- terbukti untuk membaiki sel-sel kulit yang rosak dan kedutan


Manfaat Vitamin C pada kulit wajah
- meransang pembentukan kolagen kulit
- sebagai water holder (menyimpan air) dan membuat kulit tidak kering serta terasa lembap
- merawat luka
melindungi kulit dari radikal bebas yang berasal dari debu, asap dan sinar matahari
- mengurangi kerutan dan mengurangi 'panda eye'
- mencerahkan warna kulit sehingga wajah tampak lebih putid dan bercahaya


Manfaat Vitamin E pada kulit wajah
- melembapkan kulit
- melindungi kulit daripada pencemaran seperti asap rokok atau sinar matahari
- membantu kulit kembali pulih daripada parut


Pernah jumpa essence yang lebih BEST dari Miracel Essence? Tinggalkan komen anda...

tqvm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...