Followers

Friday, January 14, 2011

DONAT (DOUGHNUT)

Bahan-bahan:
  • 340 gm tepung roti (high protein)
  • 160 gm tepung kek (low protein)
  • 80 gm gula halus
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 15 gm susu tepung (oleh gunakan susu yang dibeli di kedai bahan kek atau susu tepung anak di rumah)
  • 10 gm yis segera
  • 100 gm telur (pecahkan telur dan timbang - jika berlebih, keluarkan sedikit telur putih)
  • 200 ml air sejuk
  • 60 gm lelemak sayuran (shortening)
  • mentega untuk gris
  • minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Jika anda mempunyai pengadun yang boleh mengadun roti, adun semua bahan kecuali shortening menggunakan pemukul 'hook' selama 3 minit. Jika anda menggunakan tangan, tempoh mengadun mungkin bertambah. Anda perlu mengadun sehingga semua bahan bergaul rata.
  2. Tambahkan lelemak sayuran dan adun lagi selama 10 minit. Jika anda mengadun menggunakan tangan, terus menguli sehingga adunan membentuk doh.
  3. Kemudian, biarkan doh berehat selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup.
  4. Keluarkan doh dan bentukkannya mengikut suka. (bentuk donat, bulat atau pintal)
  5. Selepas dibentuk, susun adunan di atas bekas yang telah digris dengan mentega. Biarkan kembang selama 30 minit - 1 jam.
  6. Setelah kembang, goreng dengan api yang perlahan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...