Followers

Tuesday, May 3, 2011

SEAFOOD RANGUP

Selamat sejahtera semua... Diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu. Sebenarnya dah lebih seminggu saya masak ni, tetapi menghadapi masalah nak letak 'title'...hihi... Biasalah kalau dah masak campak-campak tu...tapi sedap tau... Ok je kan nama resepi ni seafood rangup? Boleh la anda cuba untuk hidangan lunch atau makan malam nanti... Selamat menjamu selera...

Bahan-bahan:
  • 100 gm udang besar - dibuang kepala dan sedikit kulit sahaja
  • 100 gm sotong - dipotong bulat tetapi besar besar...anggaran seekor sotong dipotong 2 @ 3 sahaja
  • 50 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur - dipukul sehingga kembang
  • Serbuk roti
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul rata tepung gandum, serbuk paprika dan garam.
  2. Salutkan udang dan sotong dengan telur. Kemudian salutkan pula dengan adunan tepung.
  3. Celupkan udang dan sotong sekali lagi dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti.
  4. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga bewarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.
P/S: Anda juga boleh menambah sedikit maggie cukup rasa semasa menggaul tepung. Rasanya akan lebih sedap...

12 comments:

Mak Jemah said...

sodap!sodap!...klu menu saya plak, saya suka boh serbuk cheese...hehehehe..

Linda Rahim said...

Hmmm...boleh try tu...

safurara said...

sy tak leh mkn seafood.alergik. =(

Linda Rahim said...

rara buleh gantikan ngan ayam...tp kena kecilkan api sbb ayam lambat masak..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

lapooo terosss pepagik nikh tgk ceta sefood lakkk aduiiii

syuxer said...

sedapnya...glurpp..goreng2 ni saya suka benor kak..hehhe..lebih2 lagi sotong/udang yang digoreng..:)

kakngah said...

antar afeveret anak2 ni..
biasa guna tepung readymix tu jek..
len kali boleh try resepi ni pulak la...

Unknown said...

hmm, I like it :)

Izyan Masri said...

NAMPAK SEDAP LAIN MCM.KENA TRY TERUS ESOK ! :D

Mizz Coki said...

*LIKE* sotong celup tepung garing2 cicah sos cili LIFE. Tapi tak boleh makan sebab skrg on antibiotik, kaki kiri kena allergies. Huhu *sedih

wildorchid said...

saya nak tumpang tanya...kalau udang tu digantikan dengan seefood yg lain boleh ker?mmmm...contohnyer kerang rangup...atau..siput sedut rangup...boleh ker ? terima kasih

wildorchid said...

ehhh.satu lagi...kepah boleh ker? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...