Followers

Thursday, March 31, 2011

ALMOND BEAUTY COOKIES

Salam sejahtera... hari ini saya nak menambah lagi resepi biskut raya di blog saya ini. Senang lah anda membuat pilihan dan merancang biskut apa yang hendak dibuat untuk raya nanti. Hmmm...nampak best kan? Memang best pun... rasanya rangup dan yang paling best bila mengunyah almond tu... Oklah... Selamat mencuba ye...

Bahan-bahan:
  • (A) 200 gm mentega
  • 50 gm lelemak sayuran
  • 150 gm gula kastor
  • (B) 40 gm putih telur
  • (C) ( diayak bersama )
  • 270 gm tepung gandum
  • 70 gm tepung berserbuk penaik
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh perangup biskut
  • 10 gm serbuk koko
Bahan hiasan:
  • Coklat masakan putih - dicairkan dengan cara double boil setelah semua biskut masak
  • Badam cincang - dipanggang seketika
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul bahan-bahan (A) sehingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan pula putih telur dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, tambahkan bahan-bahan (C) dan gaul dengan tangan sehingga menjadi doh.
  4. Masukkan doh ke dalam piping bag yang diletak nozel no 4FT. Tekankan di atas dulang pembakar kira-kira 1 inci 1/2.
  5. Bakar pada suhu 170 darjah selcius selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan.
  6. Setelah sejuk, celup setengah biskut ke dalam coklat masakan putih. Taburkan badam cincang dan susun biskut di atas kertas minyak.
  7. Biarkan coklat keras sebelum disimpan.

2 comments:

FaTin.FiRDaUs said...

xsaba rasanye nak raya.. :)

nadilah said...

ermmm sedapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...