Followers

Wednesday, December 8, 2010

RENDANG AYAM TANPA MINYAK


Apa khabar semua. Lama betul saya bercuti...maklumlah, cuti sekolah. Melayan anak-anak, sampai tak sempat nak menulis resepi baru. Hari ini saya akan cuba menulis sebanyak mungkin sebab banyak juga resepi yang saya dah kumpul.
Saya mulakan dengan resepi rendang ayam. Rendang ni saya masak tanpa minyak. Saja cuba-cuba...dan saya nak berkongsi dengan anda semua.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji kelapa - dikisar dan diambil santan pekat
  • 3 biji bawang besar (saiz sederhana) - kisar
  • 5 biji bawang putih - kisar
  • 3 batang serai - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 40 biji lada kering dikisar berasingan
  • 3 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit - hiris
  • 4 helai daun limau purut - hiris
  • garam
Cara:
  1. Di dalam kuali, kecutkan ayam. Caranya adalah dengan memasak ayam tanpa minyak di dalam kuali sehingga air yang dikeluarkan ayam tinggal sedikit sahaja. Keluarkan ayam dan letak di dalam mangkuk.
  2. Anda akan nampak ada air yang berminyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biar mendidih serta naik bau. Kemudian barulah dimasukkan lada kisar pula. Gaul rata dan biarkan sehingga bahan-bahan tersebut menjadi agak kering (kacau sekali sekala)
  3. Tambahkan santan dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ayam, asam keping dan garam. Gaul lagi dan tunggu sehingga kuah menjadi kering (kacau sekali sekali dan gunakan api sederhana).
  4. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan sedia dihidang.
Selamat menjamu selera.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...