Followers

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

KISAH BONTOT AYAM



Yuhoo...Selamat pagi semua... Lambat sikit saya update pagi ni sebab ngukus nasi lemak. Nanti kemudian saya kongsikan resepi dengan anda yea...

Pepagi ni saya nak mulakan dengan alkisah benar yang berlaku 12 tahun lalu...dekat dekattt dah masa saya nak melangkah ke alam perkahwinan... Hihi...tak la malu sangat nak cerita ni sabab anda pun tak kenal saya kan? ngee...

Time masa ni saya jadi guru ganti kat sebuah skul rendah di Shah Alam. Maka saya pun menumpang lepak la di rumah Mak sedara kat sana...saya panggil dia busu. Busu ni memang otai la dalam bab masak memasak, baking membanking nih.

Nak dijadikan cerita, masa tu busu dalam proses menunggu bibik baru... So menjadikan cerita ni jadi...saya amat la dialu alukan untuk menumpang lepak di rumahnya... Saya pun ngajar sesi petang...so pepagi tu, leh la wat keje rumah itu ini apa yang patut.

Kalau bab ngemas, memang la saya tip top...from the bottom the the top... Tapi bila bab memasak...menanges sape sape yang dapat terai masakan saya... Ate kalau saya masak jer...hujan ribut petir halilintar segala semua keluar... Ada yang dapat bayangkan tak? Hikhik...janganlah bayangkan yang dasyat sangat...

Satu hari tu...saya terasa nak masak ayam. Tak ingat pulak saya masak apa...tapi bukan kari la kot...bukan jugak rendang atau ayam bersos lemon...hmmmm yummie... Pas defrost ayam tu...saya pun nyucikanlah dirinya... Pas nyuci...saya pun masak la. Rasa-rasanya saya wat ayam goreng sambal kot...sebab tu je lah standard saya masa tu...hihi...

Apabila malam, semua isi rumah dah balik dari kerja dan skul... So kitorang pun makan la ramai-ramai. Tak kesah la fasal rasa masakan saya, sebab semua orang lapar betol masa tu...jadi saya bajet semua akan rasa best je lah...ngee

Tiba-tiba... Pak Busu bersuara, ala ala gini la katanya..."Ni apa ni Jie?"... Busu saya ambik dari tangan Pak Busu dan balas balik..."Macam taik ayam jerr..." Ya ampun Pak Busu...macam nak tercabut tali perut kitorang gelak...siap nanges nanges skali... Haa kan saya dah cakap...kalau dulu sape-sape terai masakan saya mesti nanges punya... Ini salah satu contoh yea...

Hukhukhuk... "Apo ni Linda...kau tak potong dulu ko bontot ayam tu?"..."Orang potong la dulu...beghosehkan (bersihkan)"..."Ni macam mano nak masak kat umah mak mentuo ni nanti"...bla bla bla... Dan nak tahu tuan tuan dan puan puan...adik adik dan abang abang... Bertahun-tahun tiap kalik jumpa reramai berkumpul...mesti ada kuar citer 'Dak Linda masak bontot ayam dengan taik taik e sekali'...

Warggghhh...sekarang satu Malaya sudah tahu cerite... Jangan bagitahu sesape ek... hihihi... Selamat Blogwalking...




Sunday, May 8, 2011

AYAM MASAK SOS

Salam sejahtera semua... Inilah lauk ayam masak sos yang saya hidangkan dengan nasi tomato. Rasanya kalau dimakan dengan nasi putih ok juga...

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (saiz kecil) - dibersihkan
  • Garam dan serbuk kunyit untuk menggoreng ayam
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 labu bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia - dihiris
  • 1/2 cawan sos cili (saya gunakan Sos Cili Thai Kimball)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
Cara:
  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul rata dan tambahkan sedikit air. Tambahkan pula garam secukup rasa dan tunggu sehingga sos mendidih.
  4. Campurkan ayam ke dalam sos dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Thursday, April 21, 2011

AYAM GAJUS SOS TIRAM


Salam sejahtera semua...diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu. Mesti semua dah makan tengah hari kan?... Hihi... Kebelakangan ini saya lambat sikit update entri...sebab sibuk sikit dengan rutin yang padat. Terkadang dah menyinggah blog kawan-kawan barulah balik blog sendiri untuk buat entri. Selalunya rasa macam-macam nak tulis sebab saya suka sangat membaca, jadi rasa banyak sangat nak dicurahkan di sini...akhirnya...yang ado... Tak sempat sempat...jadi letak resepi lah juga...hihi...

Ini menu makan tengah hari saya hari ni... Adalah juga lauk lain, tapi saya dah pernah letakkan resepinya kat sini... Resepi campak-campak je ni...tapi anak-anak saya makan bertambah. Hihi... Boleh lah anda cuba hujung minggu nanti ek...

Bahan-bahan:
  • 1/3 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih - dicincang kecil
  • 1/2 inci halia - dicincang halus
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 10 biji gajus - digoreng sekejap
  • 4 batang kacang panjang
  • 1/3 timun - dipotong dadu
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 3 tangkai lada hidup warna merah - dihiris
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul ayam dengan 2 sudu besar sos tiram dan sedikit garam. Perapkan selama 1/2 jam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Ketepikan.
  3. Masukkan pula bawang putih dan halia cincang dan goreng sebentar sebelum masukkan 3 sudu besar sos tiram dan kicap masin. Kacau rata.
  4. Tambahkan kacang panjang, timun dan gajus. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan tomato, lada merah dan garam. Kacau sebentar dan boleh tutup api.
Semasa mengangkat lauk dari kuali, akan ada banyak lebihan minyak. Saya biarkan minyak itu tinggal di dalam kuali... Selamat mencuba...


Monday, April 18, 2011

NASI AYAM


Selamat petang kawan-kawan... Dah petang ni saya nak berkongsi resepi nasi ayam yang saya masak untuk makan tengah hari tadi... Resepi ini asalnya dari Makcik saya yang saya dapat 10 tahun dulu. Sampai sekarang, walaupun telah mencuba resepi lain, saya tetap sukakan resepi ini... Selamat mencuba.


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam - dicuci bersih
Cara:
  1. Letakkan ayam di dalam periuk. Masukkan pula air melebihi sedikit paras ayam dan didihkan sebentar ayam tersebut.
  2. Asingkan ayam dari air dan toskan.


Bahan-bahan nasi:
  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air didihan ayam
  • 4 sudu besar (rata) marjerin @ mentega
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 4 sudu teh garam
Cara:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Di dalam kuali, panaskan magerin sehingga cair dan masukkan bawang besar serta halia. Goreng sebentar sehingga naik bau wangi. Tutup api.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk, campurkan air didihan ayam dan margerin dengan bawang dan halia. Tambahkan garam dan masak nasi seperti biasa.


Bahan-bahan perap ayam:
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/4 cawan kicap masin
  • 3 sudu besar madu
  • 1/2 sudu teh garam
Cara:
  1. Tuangkan semua bahan ke atas ayam.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tadi dan perapkan selama 30 minit.
  3. Goreng ayam menggunakan api perlahan.
  4. Tambahkan sedikit air pada lebihan bahan perap dan didihkan atas api. Kemudian tuang ke atas ayam yang telah digoreng.

Bahan-bahan kuah sos:
  • 6 biji lada hidup warna merah
  • 1 biji tomato
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Kisar semua bahan. Kemudian didihkan. Boleh tambah air dan sos lagi jika mahu lebih banyak kuah.

Bahan-bahan sup:
  • Lebihan air didih ayam tadi ditambah garam dan halia hiris. Masukkan kaki ayam dan leher jika suka.

Sayur ulam:
  • 1 batang timun
  • 4 biji tomato
  • salad
Cara:
  1. Bersihkan sayur dan hiris.

Saturday, April 2, 2011

AYAM GORENG REMPAH

Ini pula resepi ayam goreng rempah saya...

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 3 inci kunyit
  • 4 inci halia
  • 6 batang serai
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 4 sudu teh garam
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 12 biji bawang putih
Cara:
  1. Kisar semua bahan (tambahkan sedikit sahaja air semasa mengisar).
  2. Gaulkan bahan kisar pada ayam dan perap selama 2 jam. Kemudian goreng sehingga garing.
  3. Jika terdapat lebihan bahan kisar, jangan masukkan dahulu ke dalam kuali... tunggu sehingga ayam hampir masak, barulah dicampurkan ke dalam ayam yang sedang dimasak.
Selamat menjamu selera....

Thursday, March 31, 2011

BOJAH AYAM - LAUK UNTUK WANITA BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Salam sejahtera semua... terima kasih kerana memilih blog saya sebagai tempat untuk mencari resepi dan informasi. Saya sedaya upaya mempelbagaikan koleksi resepi saya untuk dikongsi bersama anda semua... Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
Kali ini saya ingin memberi respi bojah ayam yang amat sesuai untuk wanita di dalam tempoh berpantang. Resepi bojah yang sama boleh digunakan untuk ikan bilis, ikan dan daging. Lauk ini juga sesuai untuk dimasak sebagai hidangan harian dan sangat bagus untuk kesihatan.

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • Sedikit kunyit serbuk untuk menggoreng ayam
  • 1 sudu besar lada hitam - Bagi wanita yang menyusukan bayi dengan susu badan, jumlah ini boleh dikurangkan. Bagi yang memasak untuk lauk harian pula, jika ingin lebih pedas, jumlah ini boleh ditambah.
  • 8 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 2 inci halia - juga boleh dilebihkan
  • 1 inci kunyit
  • 2 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
Cara:
  1. Gaul ayam bersama kunyit serbuk dan sedikit garam, kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar semua bahan kecuali asam keping dengan pengisar kering.
  3. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan asamkaping, garam dan gula. Gaul rata.
  4. Akhir sekali, campurkan ayam dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.
Selamat menjamu selera...

Wednesday, December 8, 2010

RENDANG AYAM TANPA MINYAK


Apa khabar semua. Lama betul saya bercuti...maklumlah, cuti sekolah. Melayan anak-anak, sampai tak sempat nak menulis resepi baru. Hari ini saya akan cuba menulis sebanyak mungkin sebab banyak juga resepi yang saya dah kumpul.
Saya mulakan dengan resepi rendang ayam. Rendang ni saya masak tanpa minyak. Saja cuba-cuba...dan saya nak berkongsi dengan anda semua.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji kelapa - dikisar dan diambil santan pekat
  • 3 biji bawang besar (saiz sederhana) - kisar
  • 5 biji bawang putih - kisar
  • 3 batang serai - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 40 biji lada kering dikisar berasingan
  • 3 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit - hiris
  • 4 helai daun limau purut - hiris
  • garam
Cara:
  1. Di dalam kuali, kecutkan ayam. Caranya adalah dengan memasak ayam tanpa minyak di dalam kuali sehingga air yang dikeluarkan ayam tinggal sedikit sahaja. Keluarkan ayam dan letak di dalam mangkuk.
  2. Anda akan nampak ada air yang berminyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biar mendidih serta naik bau. Kemudian barulah dimasukkan lada kisar pula. Gaul rata dan biarkan sehingga bahan-bahan tersebut menjadi agak kering (kacau sekali sekala)
  3. Tambahkan santan dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ayam, asam keping dan garam. Gaul lagi dan tunggu sehingga kuah menjadi kering (kacau sekali sekali dan gunakan api sederhana).
  4. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata dan sedia dihidang.
Selamat menjamu selera.

Sunday, November 14, 2010

Ayam Sos BBQ

Salam semua. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Resepi pilihan saya untuk dikongsi pada kali ini adalah resepi ayam masak sos BBQ. Rasanya pedas-pedas manis.
Bahan-bahan:
  • Ayam - 1/2 ekor
  • Bawang putih - 5 biji (hiris)
  • Halia - 1 inci (hiris)
  • Cili padi - 8 biji (hiris kasar)
  • Sos BBQ - 5 sudu besar (pilihan saya BBQ sauce Life)
  • Sos tiram - 2 sudu besar (pilihan saya sos tiram Adabi)
  • Kicap - 2 sudu besar (pilihan saya Kicap manis cap Kipas Udang)
  • Air - 2 sudu besar
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kunyit serbuk
  • Garam
Cara:
  1. Bersihkan ayam dan gaul dengan kunyit serbuk dan garam. Kemudian goreng ayam sehingga garing. Alihkan.
  2. Keluarkan separuh minyak goreng ayam dan tinggalkan selebihnya di dalam kuali. Tumis pula bawang putih dan halia.
  3. Setelah naik bau, campurkan sos tiram, sos bbq dan kicap. Campurkan pula air dan cili padi. Gaul sehingga mendidih dan tambahkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan ayam dan gaul lagi sehingga rata. Sedia untuk dihidang.
Mudahkan? Selamat menjamu selera....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...