Followers

Wednesday, April 6, 2011

PRUNS DELITE


Hmmm...rasa nak makan kek lah. Dah nak menjenguk petang ni kan... hujan pula tu. Macam biasa, saya tak naklah makan sorang sorang... Nak ajak kawan-kawan join sekali... Tapi saya punya dah siap... Anda semua sediakanlah bahan-bahannya, nanti leh buat juga. Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 1 uncang teh
  • 250 ml air didih
  • 200 gm buah prun tanpa biji
  • 250 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 5 biji telur
  • 250 gm tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan krim:
  • 125 gm mentega
  • 50 gm gula ising
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara:
  1. Rendam uncang teh ke dalam air didih. Masukkan pula prun dan biarkan terendam selama 2 jam. Angkat prun, cincang dan ketepikan.
  2. Ayak tepung tiga kali bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga bergaul sebati.
  4. Masukkan pula tepung yang telah diayak dan gaul rata.
  5. Akhir sekali tambahkan prun bersama airnya sekali dan kaup balikkan sehingga semuanya bergaul rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris mentega dan dialas kertas. Bakar pada suhu 180 darjah selcius selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Sementara itu, untuk membuat krim, putar semua bahan krim sehingga gebu.
  8. Setelah kek masak, sejukkan dan hiaslah dengan krim...

3 comments:

dja_amiensukhri said...

oke, termasuk dalam list pasti akan dibuat!! huhu..

Tok Esah said...

wah, beshnye!!! huhu

kak, yg sal nak hantar ticket nuff dan UV tu kak dah tahu ke lom??

sowi, entry tu tok tak sempat buat agy!!
kalau blom tok buat!!

Sogeking Kun said...

tiba2 rasa nak berbini. nak buat sendiri, malas. hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...