Followers

Thursday, December 9, 2010

JEMPUT-JEMPUT GERAGAU

Jemput-jemput ni resepi mak saya. Memang nampak macam jemput-jemput biasa je tapi resepi mak saya ni lain dari yang biasa saya buat. Jemput-jemput ni sangat lembut dan gebu...sebab itulah saya hendak berkongsi resepi ini dengan anda semua. Emak saya juga menyediakan sos untuk cicah, dan saya ada memberi resepinya di bawah.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 100gm udang geragau
  • 2 kepal nasi dikisar (campurkan dengan sedikit air sebelum mengisar)
  • Garam secukup rasa
  • Air panas (air suam pun boleh)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul rata tepung, udang geragau, nasi kisar dan garam. Kemudian, campurkan air dan kacau sehingga adunan licin dan tidak berketul-ketul.
  2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak. Goreng sehingga jemput-jemput masak.


Ini pula resepi sos cicah.

Bahan-bahan:
  • 15 batang cili padi
  • 1 batang lada hidup
  • 2 biji bawang putih
  • 2 sudu besar sos tomato (atau boleh juga digantikan dengan air asam jawa)
  • 2 sudu teh garam
  • Semangkuk air (mangkuk kecil)
Cara:
  1. Cili padi, lada hidup dan bawang putih dikisar dan didihkan sebentar sahaja di dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan air, sos dan garam. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Selamat mencuba...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...