Followers

Friday, December 9, 2016

ONDE-ONDE LABU / BUAH MELAKA LABU...my style


Assalamualaikum..

Petang tadi saya dan mak mencuba satu resepi baru. Biasanya kalau ayah bawa balik labu, mesti kami buat masak lemak ataupun cekodok labu. Tetapi kali ini, kami cuba buat kuih onde-onde pula. Bila dah direbus, saya cuba rasa seketul labu tu...mak aihh manis lemak rasanya. Memang sedap betul...

Alhamdulillah..bila dah jadi ondeh-ondeh, lagilah bertambah sedapnya. Gabungan lemak manis labu, manis gula melaka asli dan lemak kelapa beserta teksturnya yang terasa lembut tetapi kasar bila digigit tu..memang best. Tak sempat sejuk pun kuih ondeh-ondeh ni dah selamat kami sekeluarga kerjakan..hihi

Korang pun boleh cuba, senang giler nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak..


Bahan-Bahan:

  • 1 paket tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji labu
  • Gula melaka dipotong kiub kecil
  • Kelapa parut - gaulkan bersama sedikit garam halus (2-3 cubit secukup rasa)

Cara:

  • Potong dadu labu dan rebus sehingga empuk. Kemudian tapis dan sejukkan.
  • Di dalam mangkuk besar, penyekkan labu dan campurkan tepung pulut serta tepung beras sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  • Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan leperkan di atas tapak tangan.
  • Ambil sedikit gula melaka dan letakkan di tengah-tengah adunan di tapak tangan. Tutup rapat dan bentukkan bulat semula.
  • Didihkan air di dalam periuk yang sesuai. Masukkan adunan yang telah siap diletak inti gula melaka ke dalam air didih.
  • Apabila adunan tersebut telah timbul, angkat dan toskan.
  • Akhir sekali, salut ondeh-ondeh dengan kelapa parut sehingga rata. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, December 6, 2016

ANDA BANGUN TIDUR DENGAN WAJAH YANG BURUK??...Tamatkan kengerian itu...



Assalamualaikum dear..
Saya ni kann memang selalu tak cukup tidur dek asyik mengadap pc & berlumba2 buat kerja rumah + bisness. I'm a woman with many hats!

Tapi saya memang sangat mementingkan kecantikan kulit wajah. Dulu saya percaya yang produk mahal akan membuatkan kulit wajah saya cantik...tetapi saya silap rupanya. Ada banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira dan habits yang perlu dilakukan.

Semenjak berkecimpung di dalam dunia kecantikan dan mengeluarkan produk sendiri, saya lebih bijak membuat pilihan. Tak semestinya produk yang mahal adalah yang terbaik, tetapi apa yang penting adalah menggunakan produk yang berkualiti dan sesuai dengan jenis dan masalah kulit kita. Ditambah pula dengan regim penjagaan kecantikan yang konsisten, pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Faktor-faktor ini adalah kunci untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan cantik.

Anda ingin rasa segar je bila bangun pagi? 

Anda ingin wajah yang ceria, kemerah merahan dan ceria sepanjang hari?

Tamatkan kengerian bangun pagi dengan wajah yang buruk! Jom lakukan tips di bawah...

1 - Pergi ke katil dengan muka yang bersih
2 - Pakai pelembap wajah, krim malam atau serum yang melembapkan kulit
3 - Sapukan lipbalm / pelembap bibir pada bibir uolls
4 - Berus gigi dan jangan lupa untuk flos selepas itu😁
5 - Berus rambut anda sebelum anda tidur (Inaz gunakan berus yang besar dan buat kiraan sehingga seratus)
6 - Ikat rambut anda pada waktu malam
7 - Elakkan tidur telungkup
Ini sangat2 penting ye dear..sebab kajian mendedahkan bahawa muka yang tersembam ke bantal menyebabkan kedutan dalam masa yang singkat!
8 - Tidur untuk sekurang-kurangnya 8 hingga 10 jam

Sekarang ni saya wajib tidur dengan cukup walaupun sangat sibuk dengan tugas harian. Bahagikan tugas dan susun jadual..take care of myself so that I can take care of others..


PERLUKAH MEMAKAI KRIM RAWATAN....Apa yang kulit wajah anda perlukan?

Krim Rawatan
Selain daripada essence dan serum, ada juga perawat kulit bermasalah yang berbentuk krim iaitu krim rawatan. Krim rawatan boleh dipakai bersama dengan essence ataupun serum kerana essence dan serum akan mengoptimumkan lagi manfaat krim rawatan.



Tips Memilih Krim Rawatan
Ada pelbagai jenis krim rawatan di pasaran yang mempunyai manfaat tertentu. Anda boleh memilih krim rawatan yang sesuai, bergantung kepada masalah kulit masing-masing. Untuk masalah jerawat dan parut jerawat, krim rawatan yang paling sesuai adalah krim kunyit dan untuk merawat masalah kulit kusam anda boleh mencuba krim sarang burung.



Contoh Krim Rawatan:

Krim kunyit
Krim kunyit sangat sesuai untuk merawat masalah jerawat dan parut jerawat jenis bertanda. Kunyit yang biasanya kita gunakan dalam masakan merupakan tanaman herbal dengan senyawa curcuminoid yang terdiri dari kurkumin desmetoksida dan bisdesmetoksikurkumin. Selain itu, ia juga mengandungi mineral (kalsium dan zat besi), Vitamin C, minyak atsiri, protein, lemak dan karbohidrat. Kandungan curcumin di dalam kunyit berfungsi sebagai anti inflamassi yang baik digunakan untuk mwrawat jerawat dan memudarkan parut jerawat.

Krim Sarang Burung
Krim sarang burung mengandungi glycoprotein yang diperlukan untuk pembinaan sel-sel baru. Sarang burung juga mampu membantu produksi Epidermal Growth Factor (EGF) yang boleh mencerah dan melambatkan penuaan kulit.

EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan kulit. Sama ada dimakan atau disapu secara langsung ke atas kulit, sarang burung merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan menggalakkan penyembuhan luka. Ia juga membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit, menjadikan kulit licin, anjal dan mengurangkan kedutan.



Cara Memakai Krim Rawatan
Cuci muka dengan bersih dan gunakan tuala bersih untuk mengeringkan kulit. Bagi yang mengalami masalah jerawat, jangan lap secara kasar, cuma tekap-tekap kulit wajah dengan tuala secara lembut.

Kemudian tepuk-tepukkan essence ataupun sapukan serum yang sesuai dengan masalah kulit yang dihadapi. Selepas itu, sapukan krim rawatan ke seluruh bahagian wajah. Krim rawatan boleh dipakai secara berselang seli dengan krim malam. Jangan memakai krim rawatan di waktu siang kerana untuk tujuan merawat, perlu ketika kulit berada dalam keadaan rehat.






Thursday, December 1, 2016

PANDUAN PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL

Memiliki kulit wajah yang bebas cela, cerah dan berseri adalah idaman setiap wanita kerana telah berabad lamanya, manusia mendefinisikan kecantikan seorang wanita adalah sebegitu. Maka lahirlah pelbagai produk kecantikan dan penemuan pelbagai jenis rawatan bagi memenuhi tuntutan kecantikan wanita.

Kadangkala kita sibuk mendapatkan produk terlaris atau rawatan terkini tanpa memikirkan apakah itu yang paling sesuai untuk keperluan diri kita. Sebenarnya apa yang diperlukan adalah ilmu atau Panduan Lengkap Penjagaan Wajah, supaya anda tidak tersilap membuat pilihan dan secara langsung dapat mengelakkan timbulnya masalah pada kulit wajah.

Di Lumiere Beauty, kami menyediakan produk bagi rawatan dan penjagaan kecantikan wanita terutamanya, tetapi masih sesuai untuk kegunaan lelaki. Rangkaian produk yang disediakan adalah penemuan yang terbaik setelah melalui beberapa percubaan dan kami sendiri menggunakannya serta mendapat hasil yang memberangsangkan.

Lumiere Beauty mempunyai rangkaian produk rawatan dan penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan kulit wanita dan lelaki Asia serta membantu merawat masalah kulit yang biasa dialami oleh orang-orang Asia.

Rangkaian Produk Lumiere Beauty juga dijual oleh Beauty Advisor kami yang mampu memberi konsultasi kecantikan bagi membantu anda membuat pilihan produk yang tepat. Kami juga menyediakan blueprint cara menjaga kulit wajah dengan betul supaya pelanggan kami akan mendapat hasil yang terbaik dari penggunaan Rangkaian Produk Lumiere Beauty.

Apa yang kami harapkan, semoga usaha kami ini akan memberi manfaat yang berguna kepada anda.
















1. Pencuci Muka

Tips Memilih Pencuci Muka
Tips yang paling utama sebelum anda membeli apa-apa produk pencuci muka ataupun facial cleanser adalah mengenalpasti jenis kulit wajah anda. Ini kerana setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza, oleh itu memerlukan rangkaian produk penjagaan yang berlainan. Begitu juga, pencuci muka antara wanita dan lelaki juga adalah dari jenis yang berlainan.

Cara Menggunakan Pencuci Muka
Seterusnya adalah panduan untuk mencuci muka, agar anda dapat membersihkan kulit wajah anda secara mendalam sebelum meletakkan apa-apa jenis krim selepas mencuci. Adalah disarankan terlebih dahulu membersihkan kulit wajah ataupun solekan dengan tisu basah (wet tissue), menggunakan make-up remover, ataupun baby oil. Bahagian wajah yang perlu diberi perhatian adalah sekitar mata, hidung, pipi dan dahi.

Bilas muka dengan air bersih, kemudian letakkan pencuci muka di tapak tangan, titiskan beberapa titik air dan buihkan sebelum disapu pada kulit wajah. Lakukan urutan lembut secara membulat dan tambahkan air jika terasa kering. Jangan sesekali terus meletakkan pencuci muka pada kulit wajah tanpa membuihkannya dahulu. Elakkan juga bahagian mata.

Selepas beberapa minit membersihkan kulit wajah termasuk bahagian leher, bilas dengan air bersih dan lap kering dengan tuala yang lembut dan bersih.



2. Essence
Essence digunakan selepas pencuci muka yang bertindak sebagai perawat kulit bermasalah dan pelengkap rangkaian penjagaan wajah. Essence berbentuk cecair sama seperti toner tetapi bertindak lebih efektif kerana molekulnya yang halus mampu meresap jauh ke dalam kulit sambil membekalkan ribuan nutrisi dan vitamin serta mengoptimumkan fungsi krim krim lain yang digunakan selepasnya untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Tips Memilih Essence
Tips memilih essence yang baik semestinya adalah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan alcohol-free. Pilih essence yang mengandungi Vitamin E untuk menambah kelembapan kepada kulit dan jauhkan dari yang mengandungi alcohol kerana boleh menyebabkan kekeringan. Selain dari itu, anda boleh memilih essence yang sesuai untuk tujuan merawat masalah kulit anda dengan mengenalpasti kandungan utamanya beserta fungsi.

Cara Menggunakan Essence
Cara yang betul untuk menggunakan essence adalah dengan meletakkan beberapa titik essence ke telapak tangan dan menepuk nepukkannya pada kulit wajah. Boleh juga hanya ditumpukan kepada kawasan bermasalah bagi tujuan rawatan. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan darah berjalan lancar dan membangkitkan saraf-saraf supaya bertindak terhadap essence dengan lebih berkesan.



3. Serum
Pada dasarnya, sel-sel kulit mati dapat melakukan regenasi sel sendiri, namun dengan bertambahnya usia proses itu menjadi lambat. Maka untuk menggalakkan regenasi sel agar kulit tetap awet muda, anda perlu memakai serum wajah secara rutin.

Berbeza dengan essence, serum berbentuk gel tetapi mempunyai tekstur bahan yang cepat meresap ke dasar kulit. Serum boleh mempunyai fungsi yang sama dengan essence bergantung kepada kandungan bahan aktifnya, tetapi memiliki daya kerja lebih kuat daripada moituriser kerana mempunyai bahan aktif konsentrasi tinggi.

Pemakaian serum adalah bertujuan untuk membekalkan ribuan nutrisi dan vitamin serta mengoptimumkan fungsi krim lain yang dipakai selepasnya namun tidak menggantikan peranan krim tersebut. Anda boleh memilih untuk menggunakan essence sahaja tanpa tambahan serum ataupun menggunakan kedua-dua essence dan serum bergantung kepada keperluan ataupun masalah kulit anda.

Tips Memilih Serum
Tips memilih serum yang tepat adalah dengan mencari yang sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda.

Untuk membantu melembutkan tekstur kulit, mempercepatkan regenerasi sel dan mencegah pori-pori tersumbat bagi kulit jenis berminyak, carilah serum yang diformulasi dengan glycolic acid atau retinol. Untuk kulit kering, carilah serum yang mengandungi bahan hydrating atau melembapkan seperti hyaluric acid.

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis essence yang mempunyai bahan aktif berlainan untuk merawat masalah kulit yang berlainan.

Contoh-contoh Serum

Serum Vitamin C
Serum Vitamin C adalah yang paling banyak didapati di pasaran. Serum ini berfungsi sebagai antioksidan dan bertindak mensintesis kolagen untuk melambatkan proses penuaan. Serum Vitamin C sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam dan penuaan. Kandungan Vitamin C dalam serum juga bersifat antiradang, oleh itu boleh digunakan untuk merawat radang kulit dan jerawat.

Serum Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan kerana Vitamin E mencegah terbentuknya lipofuscin, iaitu suatu lemak yang teroksida, yang menggalakkan penuaan. Selain itu Vitamin E juga berkhasiat sebagai pelembap kulit dan melindungi kulit daripada pencemaran seperti asap rokok dan sinar matahari. Penggunaannya yang berterusan pula akan membantu kulit pulih daripada parut bertanda dan jeragat.

Serum Kolagen
Kolagen merupakan komponen protein pembentuk struktur kulit, otot dan pembuluh darah. Secara semulajadi, kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurangan seiring bertambahnya usia.

Berdasarkan kajian pada usia 30 tahun, manusia akan kehilangan kolagen tubuhnya antara 15% sehingga 20%. Pada usia 50 tahun pula, tubuh manusia kehilangan 35% sehingga 40% kolagen. Ketika kolagen beransur-ansur berkurangan, kekenyalan dan keanjalan kulit juga akan berkurangan. Untuk itu, pengambilan kolagen secara oral ataupun sapuan luaran diperlukan untuk membantu membekalkan kolagen yang diperlukan kulit.

Serum Botox
Serum Botox mempunyai kandungan bahan aktif yang memberi manfaat untuk menegang dan menganjalkan kulit. Ia juga mampu mengurangkan kedutan dan anti penuaan tanpa perlu melakukan injection. Cara pemakaian adalah dipakai dari bahagian bawah wajah dan diurut secara lembut ke bahagian atas wajah, bertujuan untuk mengangkat dan membentuk semula pipi.

Serum Gold
Serum gold atau serum emas terdapat dalam bentuk serum yang keseluruhannya adalah emas ataupun serum yang mengandungi partikel emas. Serum ini berfungsi memperbaiki kerosakan sel serat induk dan menjadikan kulit wajah lebih tegang, bersinar, cerah, halus serta awet muda.

Cara Menggunakan Serum
Serum disapu rata ke seluruh wajah dan leher selepas pemakaian essence ataupun selepas mencuci muka dan sebelum menggunakan moisturiser, krim malam ataupun krim siang. Manfaat serum kepada wajah adalah bergantung kepada bahan aktifnya, sama ada bertujuan untuk melembap, menghaluskan tekstur kulit, menyamarkan noda, memudarkan tanda-tanda penuaan ataupun meningkatkan keanjalan kulit.



4. Krim Siang
Sinar UV pada siang hari akan memberikan kesan buruk terhadap kulit anda seperti timbulnya bintik-bintik hitam, kekusaman dan merosakkan kulit wajah sehingga menjadikannya kelihatan tua dari usia sebenar. Meskipun anda berada di bawah kawasan teduh, kulit tetap terdedah kepada sinaran UV. Oleh itu adalah penting ataupun wajib bagi anda yang mementingkan penjagaan wajah untuk memakai krim siang di waktu pagi sebelum keluar dari rumah.

Tips Memilih Krim Siang
Perkara paling penting ketika memilih krim siang adalah memastikan ianya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Mercury, Hydroquinon dll ataupun menggunakan bahan lain melebihi kadar maksima yang sepatutnya sehingga menimbulkan efek sampingan. Jangan mudah terpedaya dengan produk yang menjanjikan perubahan drastik dalam waktu singkat seperti pencerahan melampau dalam masa sehari dua.

Pada waktu siang, kulit wajah terdedah kepada sinaran UV dan radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Oleh itu, anda perlu memilih krim siang yang bersesuai dengan jenis dan masalah kulit anda serta mengandungi SPF dan antioksidan.

Tips seterusnya adalah pilih krim siang yang halus teksturnya, mudah meresap dan bebas minyak. Ini membolehkan kulit anda bebas bernafas walaupun memakai foundation ataupun make-up selepas krim siang.

Cara Memakai Krim Siang
Krim siang dipakai selepas mencuci muka dan meletak essence ataupun serum. Lakukan urutan lembut ketika memakai krim siang sehinga semua krim habis meresap. Gunakan jari manis dan ratakan krim siang dengan lembut di bahagian sensitif seperti mata kerana jika terlalu kuat menekan akan menyebabkan timbulnya lingkaran hitam sekitar mata.



5. Krim Malam
Kulit akan menyerap dengan lebih baik dan aktif pada waktu malam berbanding siang kerana ketika malam tidak bercampur dengan produk kosmetik ataupun make-up dan tidak terdedah kepada pencemaran. Kulit juga berada dalam keadaan rehat dan tenang ketika kita sedang tidur. Krim malam berfungsi untuk membantu menyuburkan semula kulit dan membaiki kerosakan sel kulit.

Krim malam hanya sesuai dipakai ketika malam kerana kebiasaannya ada beberapa bahan yang terkandung di dalam krim malam akan rosak ataupun akan menyebabkan iritasi kepada kulit jika terdedah kepada UV. Oleh itu, jangan sesekali memakai krim malam pada waktu siang walau dengan alasan apa sekalipun.

Tips memilih Krim Malam
Pilih krim yang berbeza untuk dipakai waktu siang dan malam, kerana masing-masing mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan waktu tersebut.

1. Untuk kulit normal, pilih krim malam yang mengandungi AHA, BHA, Vitamin E, Vitamin C dan bahan pencerah kulit seperti licorice, arbutin atau teh hijau.

2. Untuk kulit berminyak, pilih krim malam yang berbentuk lotion atau gel supaya tidak menyumbat kelenjar lemak sehingga menyebabkan bertambahnya jerawat.

3. Untuk kulit kering pilih yang mengandungi pelembap dan Vitamin E dan C.

4. Untuk kulit selepas usia 40 tahun, perlu ada tambahan retinol untuk merangsang pembentukan kolagen.

Cara Memakai Krim Malam
Cuci bersih muka dan lap kering dengan tuala lembut. Kemudian tepuk tepukkan Essence. Akhir sekali sapu rata Krim Malam dengan urutan lembut sehingga habis meresap. Lakukan sebelum anda tidur.

Wednesday, March 9, 2016

KEK KUKUS PANDAN KEJU & COKLAT





Bahan kek:
120gm tepung gandum
120gm gula kastor
6 biji telur gred A
20gm tepung jagung
50ml santan kotak
60gm butter cair
1sb pandan emulco
pewarna hijau

Bahan filling dan topping:
buttercream
keju parut
coklat masakan (diparut)

Bahan buttercream:
60gm butter
100gm creamwell
4sb susu pekat manis
2sb shortening
Esen vanilla


Cara membuat buttercream:
1. Campurkan semua bahan buttercream di dalam mangkuk adunan.
2. Putar sehingga sebati dan berkrim.

Cara membuat kek:
1. Panaskan kukusan. Guna loyang 9x9in, alaskan dengan baking paper dan gris dengan butter, ketepikan.
2. Di dalam mangkuk adunan, pukul gula dan telur hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Adun rata.
4. Masukkan santan, butter dan pandan emulco. Kacau rata, dan jika perlu, tambah pewarna hijau lagi.
5. Tuangkan adunan dalam loyang, tutup dengan kertas aluminium yang telah digris butter dan kukus adunan selam 25 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan kek.
7. Potong kek kepada 2 bahagian. Sapukan dengan butter cream, tabur keju parut ddan parutan coklat. Letak kes yang satu lagi di atasnya dan deko ikut citarasa.



Selamat mencuba..

Thursday, March 3, 2016

RAHSIA MILIKI WAJAH CERAH DAN BERSERI kini bukan lagi rahsia..



Jeles kan kita bila ada kawan yang tak payah nak bermekap bagai bila nak keluar rumah. Just pakai suunblock,celak dan tepek two way cake lebih kurang..nak solat nanti pun senang, tak yah nak menyental muka.

Memanglah ada orang boleh simple minima macamtu..sebab muka tu bebas cela, takde parut jerawat yang nak kena sorok..takde jeragat setepek yang nak kena tutup..takde kulit kusam yang nak kena cover. Tapi orang orang yang macam tu memang jarang jarang la yang ada, nak nak di usia hujung 20-an dan 30-an apatah lagi 40-an. Wah....kalau dah 40-an lagilah panjanggg citernya...

Tapi sis Nia kita ni memang bijak, membuat pilihan yang tepat dengan memberikan yang terbaik untuk kulit kesayangannya. Tengok ajelah glowing mowingnya kulit tu..pinky, bebas cela, halus dan memang nampak fresh. Tak payah pun nak mekap tebal, cuma berbedak nipis jer..

Kalau korang kata itu memang kulit original sis Nia..korang memang silap. Kalau korang kata sis Nia pakai produk yang menggelupas..korang double silap. Kalau korang kata sis Nia pakai 3 4 macam krim atau serum..korang triple silap! Sis Nia cuma pakai pencuci muka biasa jer dan ditambah dengan essence perawat kulit yang AJAIB. 

Wow!
Wow!
Wow!

Itu jer? Iya..cuma itu sahaja. Cuci muka dan rawat kulit dengan Lumiere Miracle Essence yang AJAIB. Kenapa AJAIB? Jawapannya adalah kerana essence ini mengandungi 6 bahan mewah iaitu Apple Stemcell, Alp Rose Stemcell, Orange Stemcell, Salmon Collagen, Vitamin C dan Vitamin E. Gabungan 6 Beauty Foods dalam satu essence bermaksud memberi sepenuh belaian dan kasih sayang kepada kulit wajah korang!




Tengok jer gambar sebelum dan selepas ni. Biar gambar yang berbicara... Yang paling penting, korang tak perlu kelihatan tua berbanding usia..tak perlu juga kelihatan seiring usia..kerana korang boleh jer kelihatan muda dari usia sebenar. Pilihan di tangan korang!




Korang dah tahu rahsia sis Nia..sekarang Kak Lin nak dedah satu lagi rahsia.. Jeng! Jeng! Jeng! Korang boleh dapatkan Lumiere Miracle Essence dengan cepat dan tak kira di mana korang berada! Ataupun korang masih ragu-ragu dan nak bersoal jawab dulu tentang essence AJAIB nih!

Sila WhatsApp @ Msg
Kak Lin - 017 271 2219

ataupun
dapatkan Lumiere Miracle Essence dari Team Lumiere Beauty yang berhampiran korang..

www.lumierebeauty.com.my/pengedar/

ataupun
korang boleh belek-belek dulu page dan IG Lumiere Beauty
(sila tengok sidebar yer..)

Sekian..Till fingger meet keyboard again..

Friday, February 19, 2016

NUTELLA OREO MOIST CAKE



Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan gula halus
250gm mentega
6 biji telur (gred A)
300gm kaya

Bahan B:
137gm biskut oreo dihancurkan (dihancurkan dengan inti sekali)
1 botol 200gm Nutella

Bahan C:
1 cawan tepung kek
1 cawan Horlicks
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
- ayak kesemua bahan bersama dan ketepikan

Cara:

1) Pukul mentega dengan gula hingga gebu.
2) Kemudian, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
3) Masukkan pula adunan tepung yang telah diayak (bahan C), putar perlahan hingga sebati.
4) Masukkan kaya dan putar sekejap hingga rata.
5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
6) Campurkan satu bahagian adunan dengan biskut Oreo yang telah dihancurkan.
7) Campurkan Nutellah pada satu lagi bahagian adunan.
8) Satu lagi adunan kek dibiarkan kosong (asal).
9) Tuangkan adunan Oreo ke dalam loyang 9" yang telah digris dan dilapik kertas minyak. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C (boleh tambah masa bakar jika kek masih belum masak).
10) Tuang adunan asal di atas kek adunan Oreo yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C.
11) Tuang pula adunan Nutella ke atas kek adunan asal yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C atau sehingga kek masak.

P/S: Kek ini juga boleh dikukus

Selamat mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...