Followers

Wednesday, December 8, 2010

LEPAT UBI

Salam sejahtera rakan-rakan...Bertemu kembali di blog resepi saya. Kali ini saya ingin berkongsi kuih tradisional yang saya pelajari dari emak saya, kuih lepat ubi. Saya sediakan banyak gambar-gambar untuk memudahkan anda mengikuti cara penyediaannya langkah demi langkah.

Bahan-bahan:
  • 1kg ubi kayu
  • 500gm gula pasir
  • 1 biji kelapa
  • 3 pelepah daun pisang
Cara:
  1. Selepas dikupas kulitnya, rendam ubi selama 2 jam.
  2. Kemudian parut ubi (boleh menggunakan parut kelapa).
  3. Ubi yang telah diparut dimasukkan sedikit ke dalam kain untuk tujuan memerah airnya (sediakan kain kasa yang memang khas untuk kegunaan memerah ubi). Asingkan ubi yang telah diperah daripada air perahan. Lakukan hingga kesemua ubi telah habis diperah.
  4. Biarkan seketika air perahan ubi kerana sagu ubi akan mendap ke dasar mangkuk. Campurkan sagu tadi ke dalam ubi yang telah diperah manakala airnya boleh dibuang.
  5. Kemudian campurkan kelapa dan gula ke dalam adunan ubi. Gaul rata menggunakan tangan.
  6. Setelah siap diadun, anda bolehlah menyediakan daun pisang untuk membalut pula.
  7. Layuh daun pisang di atas api sederhana.
  8. Selepas dilayuh, lap pula.
  9. Kemudian gunting daun. Saiznya lebih kurang 5x6 inci.
  10. Sudukan adunan lepat sebanyak 2 sudu. Letakkan di atas daun pisang (bahagian bawah daun).
  11. Kemudian anda boleh melipat daun mengikut langkah demi langkah di bawah.
  12. Daun pisang mestilah berkeadaan selisih seperti di dalam gambar. Bahagian bawah daun lebih panjang berbanding atas.
  13. Kelim bahagian daun yang berlebih tadi.
  14. Kemudian lipat sekali lagi.
  15. Akhir sekali lipatkan ke bawah bahagian hujungnya. (ke dua-dua bahagian). Kuih lepat anda akan kelihatan seperti ini.
  16. Susun kuih lepat di dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...