Followers

Thursday, October 28, 2010

PUDING KASTARD DENGAN SOS BUAH-BUAHAN


Salam. hari ni saya ingin berkongsi resepi puding kastard dengan sos buah-buahan. caranya cukup senang n boleh dimakan waktu petang atau sebagai pencuci mulut utk menjamu tetamu.


Bahan kastard:

  • Tepung kastard - 120gm
  • Air - 120 liter
  • Gula pasir - 120gm

Bahan sos:

  • Susu cair (1tin) - 400ml
  • Air - 250ml
  • Gula pasir - 120gm
  • Tepung kastard - 60gm
  • 1 tin buah-buahan dlm tin

Cara:

  1. Gaulkan tepung kastard, air dan gula pasir di dlm periuk. kemudian nyalakan api perlahan dan kacau sehingga menjadi likat.
  2. Tuang adunan di dalam acuan dan biarkan sejuk. (boleh diisi di dlm acuan kecil kecil atau di dlm acuan besar yg kemudiannya dipotong).
  3. Untuk sos, kacau semua bahan (kecuali buah di dlm tin) hingga mendidih. Kemudian campurkan buah di dlm tin. sejukkan di dlm peti sejuk.
  4. Untuk menghidang, letakkan puding kastard di dalam bekas dan tuangkan sos.

Selamat mencuba. Mudah tetapi enak.....

1 comment:

Puan Harlina said...

Assalam, betul k air untuk bahan kastard tu 120 liter ? Banyak tu..1 botol mineral besar aje dah 5 liter..120 ml kot..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...