Followers

Tuesday, April 5, 2011

LAKSA ASAM PULAU PINANG


Salam sejahtera pembaca dan sahabat...Hari ini saya sediakan laksa asam yang popular di Pulau Pinang tu... (Kalau dulu, saya pernah buat entri laksa Johor). Seperti biasa kalau dah rasanya sedap, mesti nak kongsi ramai-ramai... Nak kasi sorang sepinggan tak logik la pulak... Jadi saya kongsi resepi ni...anda buat la sendiri di rumah... Best kalau buat hidangan hujung minggu nanti... Selamat menjamu selera...

Bahan-bahan:
  • 500 gram laksa - ada dijual yang kering (perlu direbus sehingga lembut) dan ada juga yang dijual basah.
  • 200 ml air
  • 150 gm ikan kembung (mambung pun sama juga) - dikukus
  • 90 gm pes asam jawa
  • 10 kuntum daun kesom
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 5 batang serai
  • 4 keping asam keping
  • 30 gram bawang putih - kisar
  • 90 gram bawang kecil - kisar
  • 90 gram lada kering - kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
  • 1/2 biji timun
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 biji nenas - saiz kecil
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 6 biji cili api
  • 10 helai daun pudina
  • 2 biji telur - direbus
Cara:
  1. Semua bahan untuk hiasan, kecuali telur dihiris. Telur pula dibelah 2 setelah direbus. Ketepikan.
  2. Ikan kembung yang telah dikukus, diasingkan isi daripada tulang dan kepala. Kemudian, kisar isinya (tambah air untuk mengisar).
  3. Setelah itu, kisar pula tulang dan kepala ikan dan ditapis. Ambil airnya sahaja. Ketepikan.
  4. Di dalam periuk, rebus air bersama semua bahan-bahan kuah kecuali ikan kembung selama 1/2 jam.
  5. Masukkan ikan kembung dan biarkan kuah mendidih seketika. Tambahkan garam dan gula.
  6. Selesai...

2 comments:

jura said...

wahhh sedapnyerr terus rasa lapar....nama kita seakan sama belakangnyerrr

nurulfzz said...

wahh..serius lapa bile tgk laksa ni..
nak pi carik laksa kejapp!!=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...