Followers

Saturday, April 16, 2011

JEMPUT-JEMPUT LABU


Salam sejahtera... 2 hari saya tidak menyentuh PC dek kerana sibuk melayan anak-anak yang cuti sekolah... Hari ini (dah hampir petang), barulah saya kembali berkongsi resepi. Tetapi bukan itu sahaja, saya ingin bercerita sedikit bagaimana mulanya saya boleh menyediakan jemput-jemput labu ini.
Semuanya bermula kerana anak saya yang bersekolah tadika...kecik-kecik lagi cikgunya dah mengajar memasak di sekolah! Sebenarnya bagus juga, sebab pagi-pagi lagi anak saya dah teruja sangat nak ke sekolah sebab "hari ni cikgu nak ajar masak"...kali pertama tu... Seperti yang dipesan cikgunya, saya menyediakan bekas kecil untuk anak saya bawa ke sekolah...untuk diisi dengan hasil masakan mereka nanti...hihi...
Tiba masa saya ambil anak, masuk sahaja ke dalam kereta terus dia kata "Ummy, ahli keluarga kita ada 12 orang kan?"..."Hah! Kenapa ramai sangat?"...hairan saya sebab anak saya ada 3 orang je...jadi kalau termasuk saya dan suami mestilah 5 orang...Anak saya membalas..."Nenek, Wan, Datuk...........Pakcik Loli"...hihi, rupanya habis sekali dengan adik beradik saya dan suami dia senaraikan (walaupun ada yang tertinggal)..."Ok lah, kenapa Adik tanya?"..."Adik nak bagi jemput-jemput labu dengan mashroom goreng tepung kat semua"...
Huhuhu...sambil dia cakap, ditunjukkan kepada saya bekas isi jemput-jemput tu... Sekali tengok saya dah nampak ada 3 biji cekodok dengan 5 keping mashroom... Beria-ria anak saya ni nak bahagi-bahagikan makanan tu...sampaikan abang dan kakak yang baru balik sekolah pun disuapkannya seorang secubit sahaja... Hihihi... Itulah yang saya suruh dia ingatkan resepi jemput-jemput labu ni, boleh Ummy buat banyak-banyak...nanti barulah ramai yang boleh merasa...
Tajam juga ingatan anak saya ni...dia ingat bahan-bahan yang perlu ada cuma tak tahu jumlah je... Saya pun mencuba-cuba lah kiranya ni... Dapatlah hampir semua 12 orang ahli keluarga yang disebut tu merasa...hihi... Best tau kalau dimakan masa minum petang nanti, rasanya lemak-lemak manis... Selamat menjamu selera...


Bahan-bahan:
  • 1/2 biji labu
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu makan gula
Cara:
  1. Potong labu dan rebus sehingga empuk. Kemudian keluarkan labu tersebut dan dilenyek.
  2. Campurkan tepung, garam, gula dan air. Gaul rata.
  3. Goreng sehingga masak. Untuk menggoreng, lebih mudah menggunakan 2 batang sudu semasa hendak memasukkan adunan ke dalam kuali.


10 comments:

Aty Fared said...

waahh.. timer kasih.. saye ngan asben baru cari sumtin nak dimakan petang ni.. borink sok umah.. ley cube resipi ni.. tak susah pon kan..:)

Bee said...

wah bagus tu anak nya ingat semua habis :)

Unknown said...

u make my mouth watering now he he...nice blog good info.keep writing and sharing with ur followers.all the best Linda.

Henry Zackery said...

sy x pandai masak la... sedey wooo T__T

Kenapa Mereka Bersalah ?

chesakinah said...

yum yum... macam sedap je... nak kena cuba ni :))

kelibat said...

suka!

ILA HonEyBuNNy said...

sedapnya jemput2 labu.....

Mak anak tiga said...

oh nice one..harus cube nih..hehe pernah mkn jemput2 durian, sedap jgk considering I don't eat durian..such a lovely blog, I follow here..keep up the good work..I'll be surely to come back for more~

Cikgu Abah said...

nampak sgt sedap...nak-nak musim hujan nih...

PCL said...

emm, jemput2 labu....ingat labu ingat jiran sebelah yg tak sempat balas juadahnya.

@mamadiana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...