Followers

Monday, April 11, 2011

CHICKEN BALL MASAM MANIS

Hmmm...kesukaan anak-anak saya... Dah lama sebenarnya tak masak lauk macam ni. Tapi memang kalau buat, malam nak kena masak lauk lain lah pulak...sebab dah habis sepinggan anak-anak belasah...hihi... Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 1/2 paket bebola ayam bersalut istimewa - jenama Ayamas
  • 4 sudu besar lada kering kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Goreng chicken ball sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan sedikit minyak untuk menggoreng tadi dan tumis bawang putih .
  3. Masukkan pula lada kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan sos cili, tomato dan tiram. Gaul rata dan masukkan asam keping, bawang besar, garam, gula dan chicken ball yang telah digoreng tadi. Gaul rata, angkat dan hidang.

9 comments:

Nisa' Pasir Gudang said...

kecuuuurrrr...
sedapnye!!

nice sharing :)

Puanbee2 said...

uii tk pernah buat lagi nih insyallah sy buat nanti tungguu!!!

s.u.h.a said...

air liur dah meleleh. haha

kulop ludin said...

kompom sedap nie.....

T'nie on the Blog said...

wah.....dh lah ngah laporrr..huhu

GiveAsh said...

wah sedapnya..meleleh leleh dah air liur aku ni..^^

::contengan hati::)) said...

oh sis realy like this miahahaa,,
ingat lg time sekolah mak cik kantik suka masak nie sangup merajuk dengan ibu sbb nak duit lebih beli benda nie hhehhe ;)

nak try buat sdri lah wink2

uLan said...

yummy... suka sangat mam chickenball... even rebus mix ngan sayur je pun uLan ratah abes abes.. hehehe

daylachan said...

yg ni nmpk sedap!nk cubelah!^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...