Followers

Tuesday, May 10, 2011

KUIH ABUK-ABUK SAGU



Selamat sejahtera semua...sarapan apa pagi ni? Hari ni saya nak berkongsi resepi kuih abuk-abuk. Masa mak mentua saya buat kuih ni, habis sepinggan saya makan, sebab memang dah lama tak jumpa abuk-abuk ni. Kat orang jual sarapan pagi pagi depan rumah saya ni pun tak de jual.

Sebab masih tak puas lagi makan kuih ni, tu lah saya buat sendiri. Sedap makan pagi-pagi hari sambil minum teh susu panas...hihi... Boleh la anda cuba nanti yea... Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 250 gm sagu
  • 220 gm kelapa parut - diambil yang putih sahaja
  • 1/2 sudu teh garam
  • 180 gm gula melaka - dihiris
  • Daun pisang - dipotong saiz 16cm x 28sm dan dibentukkan kon (sematkan dengan pencungkil gigi yg dipotong 3)
Cara:
  1. Basuh sagu dan letakkan di dalam tapis.
  2. Gaul bersama kelapa parut dan garam. Kemudian tambahkan sagu dan gaul rata.
  3. Ambil kon, masukkan 1 sudu besar sagu dan tekan hingga ke dasar kon.
  4. Letakkan sedikit gula melaka. Kemudian, tambahkan lagi sagu sebanyak 2 sudu besar.
  5. Tutup bahagian bawah kon dengan kemas dan susun di dalam pengukus. Lakukan langkah 3 & 4 sehingga semua adunan sagu habis.
  6. Kukus sehingga masak selama 10 - 15 minit.
P/S: Jika tidak menggunakan daun kelapa, anda juga boleh gunakan loyang untuk mengukus. Letakkan selapis adunan sagu di dasar loyang, kemudian gula melaka dan tutup dengan adunan sagu lagi. Kukus sehingga masak...

21 comments:

safurara said...

hmmm mkn pagie ke ni kak?hmm tak pnh dgr.

Isteri Encek Bard said...

linda sodap tu nampaknyer

Mak Jemah said...

kueh ape nie dear..x penah plak tgk!...erkkk!!!..

Linda Rahim said...

kuih abuk-abuk...tp x tahu la kalau kat negeri lain dipanggil lain...sedap...lemak manis...

Dhea Ahmad said...

wahhh menyelerakan betul....

Anonymous said...

first time tengok kuih ni..nampak sedap..nak try buat juga.tq

KiUk said...

adeh...sedap nye...
mana nak cari ni???

Linda Rahim said...

sy pun x penah jumpa jual kat kedai...tetiba balik kg mak mentua buat...hihi...sampai x cukup...

Sarah and Fad said...

mmg susah nak jumpa org jual kuih ni lg skrg. tp kak Linda dh letak resepi ni, blh la nak try buat sendiri pas ni. macehhh kak!!!

EzayHadry said...

best ye nampak..ezay tak pasti penah makan ke tak..atau orang kat kampung ezay panggil ni nama lain..hehe

aanie said...

sy xpenah jumpa la kuih ni..dari negeri mana kuih ni ek??

Ariana said...

macam best jer.. nnt bolehla buatkan yer..

CIK TOM said...

first time cik tom tgk kuih ni..cam best je..tlg buatkan utk cik tom boleh??hehehe

Jahirah said...

mmg susah nak jumpa org jual kuih ni...sedap ni..nyum2

Linda Rahim said...

buleh buatkan utk semua...open haus raye nanti la...yea x?

odahonebizz said...

wah...kuih otai ni...my mum mmg suka buat...rasa pun best & klasik...boleh cuba try buat nanti nk compare dgn my mum & buat surprise kat dia smpena hr Ibu...hoho...tqvm

deeya said...

dya ingat abuk2 nie untuk orang jawa jerp .. sbb kat mane2 pegi ta p'nah jumpe org jual kueh nie selain msyrkat jawa .. hehe ~

♥MiZz-siHa♥ said...

nak try la..suke jgk kuih nie..

alexayussida said...

alahai akk..buat yus terliur..hehe..tgk je laa jwbnyee:)

Abu Bagi said...

argummm!! apa ni nampak sedap..nak!!

CtMastura M-Elvin said...

Kuih ni popular kt Singapore!! My favourite, dulu nk mkn slalu suruh mak buat, skarang dah duduk overseas terpaksalah buat sendiri. Thanks for the resipi!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...