Followers

Tuesday, May 10, 2011

SENANG KE KAHWIN MASA BELAJAR NI?.....


Selamat sejahtera semua... Harap anda semua sihat dan ceria selalu... Nak cerita apa lagi yea?...hihi... Banyak ceritera saya ni sebenarnya...cuma sempat x sempat, malas x malas nak update je...

Ni nak cerita fasal hobi sepupu sepapat saya lately ni...ada yg terasa ke? Hihi...Kak Long dah minta izin kan? Nun kat atas tu...my sweet kezen Anis dan anakanda Damia.

Alkisahnya... Saya kahwin 4 bulan selepas konvokesyen...maknanya saya dah habis belajar dan dah memanjat tangga pentas untuk mengambil Degree... Selama 8 tahun, me the only sibling, kezen dan 2nd kezen yg dah kahwin (sebelah mak yea).

Apa jadi selepas tu? Berderet deret dik beradik, kezen dan 2nd kezen yang kahwin...kejap-kejap nak kena tempah baju kurung baru...hihi... Kalau masa zaman saya dulu, mesti nak kena habiskan belajar, baru leh kahwin. Tapi la ni...dah jadi hobi memasing...tak habis belajar pun dah nak kahwin...ngee... Tapi senang ke kahwin masa belajar ni?

Berkisar fasal Anis dulu yea. Saya hadir sama semasa majlis merisik di rumah wan... Susah taw kedua dua pihak nak memberi restu...maklumlah Anis dan suami masih belajar lagi...medical student lak tu. Semua orang rasa tanggungjawab yang bakal digalas nanti terlalu berat. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan mereka, akhirnya impian ke jenjang pelamin tercapai juga.

Apa yang mereka lakukan untuk menggoda hati kedua-dua pihak yea? Hihi...ni ada beberapa tips untuk anda yang mempunyai cita-cita yang sama...
  1. Buktikan kepada keluarga masing-masing bahawa pilihan yang dibuat adalah tepat.
  2. Tunjukkan bahawa cinta anda teguh...sanggup menghadapi apa juga dugaan dan rintangan terutama dari segi pengorbanan masa dan wang ringgit.
  3. Saling memberi sokongan supaya masing-masing tidak mudah berputus asa...stick kepada keputusan yang telah dibuat dan berusaha ke arah itu.
  4. Dan yang paling perlu diberi perhatian adalah keputusan peperiksaan yang cemerlang... Bagi Anis dan suami, kedua-duanya menunjukkan prestasi akademik yang membanggakan bagi meyakinkan bahawa hubungan mereka tidak mengganggu pembelajaran mereka.
Alhamdulillah...sekarang suaminya sudah bergelar doktor dan Anis pula di akhir tahun pengajian... Mereka dikurniakan anak yang comel dan sangat rajin bercakap...mungkin sebab masa dalam perut maknya, hari-hari dia dengar lecture...ngee...

Haaa...jangan ingat tu je syaratnyer... Jangan pulak lupa dugaan selepas berkahwin...
  1. My sweet kezen F, kena tinggal berjauhan dari twin sebab masih belajar dan tempat tinggalnya sekarang tidak sesuai untuk twin yang masih kecil...
  2. My 2nd kezen M, kena tolak wheel chair isterinya sebab nak ambil exam sewaktu dalam pantang...
  3. My sweet kezen D, kena drive sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby sulung sebab nak attend kelas tutorial...
  4. B pula mengambil keputusan berhenti kerja kerana perlu mengikut sweet kezen N menyambung pelajaran ke New Zealand...
  5. Selain daripada itu... Perlu tolak perasaan cemburu kerana pasangan masing-masing punya rakan kuliah atau study group yang mungkin berlainan jantina. Masing-masing perlu menjaga peri laku dalam pergaulan.
  6. Dan akhirnya... Kenalah faham-faham kedudukan kewangan masing-masing. Belajarlah berjimat cermat dan berbelanja mengikut keperluan.
Masih ada yang nak berkahwin masa belajar? hihi... Tepuk dada tanyalah kemampuan...






14 comments:

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

banyak cabaran kahwin masa belajar. hanya orang-orang sabar dan tabah jer
boleh harungi alam rumah tangga semasa belajar pening tu...kawan saya pun ader yang berhenti blajar dan ader gak exstand pengajian coz nak bersalin n menguruskan anak2 dan ader yang bercerai tak tahan dengan pasangan kesian kat kawan saya tu...

Jahirah said...

mmg ramai yg kawen masa stadi skang ni.da jd mcm trend pulak...

apapun blaja n kawen 2 benda yg berbeza tp saling berkaitan sebb dua2 kena komitmen.pandai2 la handle n bkorban...:)

nurul said...

salam.betul2..tapi saya rasa sebab orang kahwin awal ni antaranya, nak mengelak fitnah..selaintu,nk ada iktn sah cepat2 takut diambil orang..he2..

Lelord said...

btul kena byk tolak ansur....

Oh Lady said...

susah kot..hehe :)

Oh Lady said...

susah kot..hehe :)

Nur Hawa Mohd Zin said...

kawan-kawan awe ramai gak kawin waktu study...mula2 jelez..hehe..tapi lama2 ok sebab bila pkr kewagan terus tak jadi :)

Linda Rahim said...

org yg betul2 sabar menghadapi dugaan dan sanggup memikul tanggungjawab yg berat je yg mampu lalui...

mynamealiaa said...

waaaa~ mcm susah ja kawen masa study. bnyk dugaan tp bile tgk dorang kwen muda, mcm sweet ja..hihi :)

Maya Mayana said...

oo kalau mak saya memang membangkang keras soal ni :)

♥MiZz-siHa♥ said...

ye la..skrng mmg rmai gak tgk xhbs blaja lg dah kawen..klau kt dl mmg kena hbskan blaja n dpt keje br la pikir..kekeke

Ayie said...

nak kawin tapi takde awek.. =.=''

~MAWAR~ said...

salam..saya juga seorang pelajar..berkahwin pada usia yg sgt muda..pada tahun 1 pengajian saya di universiti..kini alhamdulillah telah pun mempunyai sorang cahaya mata ajaib..=)

Alhamdulillah..setakat ni,tanggungjawab sebagai sorang pelajar,ibu dan isteri amatlah mematangkan diri saya sebagai hamba Allah..jodoh,ajal dan maut ditangan tuhan..setiap ape yang berlaku merupakan hikmah yang tidak ternilai buat kita semua..=)

nurul said...

<.hu2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...