Followers

Friday, May 20, 2011

KUIH KOCI



Selamat sejahtera semua... Ingat pagi ni nak letak resepi nasi lemak kukus yang saya buat semalam...tapi entah anak yang mana satu lah dah terdeletekan gambar nasik tu. Nasinye pun dah habis...kot tak, leh gak amek gambar lain...

Tapi takpe lah... Jom tengok resepi kuih koci... Sarapan apa sedara? Saya sarapan kuih koci...hihi...layann...


Bahan-bahan inti:
  • 1 biji kelapa parut yang tidak terlalu tua (putih sahaja)
  • 1 ketul gula melaka - dihiris
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan disiat dan disimpulakan
Cara:
  1. Di dalam periuk, satukan gula melaka, gula pasir dan air. Masak di atas api sederhana sehingga semua gula hancur.
  2. Angkat air gula dan tapiskan pula ke dalam kuali.
  3. Masukkan kelapa parut dan daun pandan ke dalam air gula. Gaul rata.
  4. Nyalakan api sederhana dan masak sehingga inti menjadi kering. Angkat dan sejukkan.


Bahan-bahan doh:
  • 250 gm tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam.
  2. Kemudian, tuang air sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga menjadi doh. Doh yang baik mesti tidak melekat pada mangkuk (anda boleh tambah lagi sedikit air jika tidak cukup).
  3. Bentukkan doh bulat bulat sehingga semua doh habis. Ketepikan.


Bahan-bahan lain:
  • Daun pisang - dipotong empat segi ( 5 x 5 inci)...bahagian bucu dipotong melengkung dan dilap
  • Sedikit minyak
  • 1 cawan pati santan dicampur dengan secubit garam

Cara membuat kuih koci:
  1. Ambil sehelai daun pisang dan sapukan dengan minyak pada permukaannya.
  2. Ambil sebiji doh bulat dan leperkan di atas daun pisang.
  3. Gunakan sudu besar untuk meletak inti di tengah-tengah doh leper. Kemudian, tutup doh (bentuk bulat semula).
  4. Tuangkan 1 sudu besar pati santan ke atas doh dan bungkus doh tersebut.
  5. Lakukan sehingga semua doh habis.
  6. Panaskan kukus dan susun kuih. Kukus selama 15 - 20 minit.
Selamat mencuba...




6 comments:

azie said...

sy suka beli kuih koci, tp nk buat xpandai huhu

SITI NOARIZAH ARIS said...

Ermm sy suka koci pulut hitam tu...smlm anak2 dah memekak lak suh buat badak berendam... nk beli dyorang x nak nak aku gak buat tak tahulah bila nk berendamnya si badak2 tu !!

qellissa said...

sedapnya kuih koci, tp malas nak buat sendiri coz husband x suka sgt..nt buat kang mkn sendiri pulak..hihihi..(sebenarnya takut tak jadi klu buat sendiri...hahaha)

wildorchid said...

perhhh...dah lama tak makan kuih koci ni...

♥MiZz-siHa♥ said...

hsbnd suke btl mkn kuih koci nie...nak try wat la..resepi nie senang faham..

Anonymous said...

wah!sy suka kuih koci tp xtau buat..huhuhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...