Followers

Monday, March 21, 2011

SWEET STRAWBERRY COOKIES



Salam sejahtera semua..Strawberry cookies ni sebenarnya saya buat semasa cuti sekolah tempoh hari. Ini adalah untuk hantaran perkahwinan Narul dan Ide dari Seri Kembangan. Saya buat tiga jenis, strawberry, carrot dan apple. Semua menggunakan resepi yang sama tetapi filling dan bentuk yang berbeza... Anda juga boleh menggunakan resepi yang sama ini dan mereka sendiri bentuk yang anda suka. Pasti kuih raya anda akan nampak lebih meriah dan lain dari yang lain...Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega
  • 35 gm tepung jagung
  • 100 gm gula ising
  • 250 gm tepung gandum
  • 100 gm serbuk badam
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh strawberry pes
  • 1 sudu teh pewarna rose pink
Filling:
  • Jem strawberry (boleh didapati di kedai menjual bahan kek - bukannya jem yang biasa dimakan dengan roti tau....) -bentukkan bulat-bulat kecil supaya mudah untuk diisi ke dalam doh.
Hiasan:
  • Badam batang
  • Pewarna hijau epal
  • Bijan
Cara:
  1. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega, kuning telur dan gula ising sehingga bergaul rata. Tidak perlu pukul terlalu lama.
  2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul menggunakan tangan sehingga adunan menjadi doh.
  3. Asingkan sedikit doh (kira-kira sebesar penumbuk) untuk diwarnakan hijau. Doh yang banyak dicampurkan pes strawberry dan juga pewarna rose pink. Anda juga boleh mengasingkan sedikit doh tanpa warna untuk diwarnakan kemudian jika tidak cukup.
  4. Ukur adunan bewarna rose pink dengan pengukur 1/2 sudu besar. Masukkan jem strawberry dan bentukkan strawberry. Susun di dalam dulang pembakar.
  5. Setelah selesai, gentel panjang-panjang doh bewarna hijau dan bentukkan seperti daun pada strawberry.
  6. Akhir sekali cucukkan badam batang untuk membentuk tangkai dan letakkan bijan pada atas strawberry.
  7. Bakar pada suhu 160 darjah selcius selama 20 - 25 minit.
Di bawah ini ada gambar Sweet Carrot dan Green Apple yang saya buat. Anda boleh mencuba bentuk ini juga...



SWEET CARROT

Bahan lain:
  • 1 sudu teh carrot pes
  • 1 sudu teh pewarna oren
Filling:
  • Saya menggunakan inti kacang merah yang di pek.
Hiasan:
  • Badam batang - diwarnakan dengan warna hijau epal dan dijemur sehingga pewarna kering sebelum digunakan.


GREEN APPLE:

Bahan lain:
  • 1 sudu teh apple pes
  • 1 sudu teh pewarna hijau apple
Filling:
  • Jem apple - boleh didapati di kedai menjual bahan kek
Cara membuat daun:
  1. Pekatkan warna hijaunya.
  2. Bentukkan daun dengan menggunakan penerap bentuk daun untuk fondant.



Akhirnya...inilah dia biskut hantaran yang ditempah oleh pasangan Narul dan Ide pada majlis perkahwinan mereka. Kepada mereka...Semoga berbahagian hingga ke akhir hayat.


Biskut Hantaran 3 jenis - Sweet strawberry, Green apple, Sweet carrot.
Harga: RM 50.00


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...