Followers

Saturday, March 19, 2011

BIHUN KARI

Salam sejahtera semua...Hari ini saya masak bihun kari dan ingin berkongsi resepi di sini. Anak-anak saya memang suka kalau saya masak selain daripada nasi putih. Makan bihun kari ni untuk makan tengah hari dan makan malam pun ok...Tak perlu nak masak yang lain-lain lagi...Jadi boleh la saya buat biskut raya pula...Dapatkan resepi biskut raya saya di beberapa entri blog ni ya....

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun
  • 30 gram bawang goreng (saya buat sendiri)
  • 1 biji tauhu - digoreng
  • 20 gram daun bawang dan daun sup
  • Sayur sawi - dicelur
  • 50 gram taugeh - dicelur
  • 2 biji lada hidup merah - dihiris
  • 2 biji telur rebus
Bahan kuah:
  • 200 gram udang
  • 200 gram kerang - rebus dan keluarkan isinya
  • 200 gram sotong
  • 2 biji tauhu kosong
  • 1 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan air panas dan 1/2 sudu teh asam jawa tanpa biji
  • 1 biji kelapa - diperah santannya
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 2.5 sm halia
  • 2 sm lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari dan lada kisar. Kacau rata sehingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan udang, kerang, sotong, tauhu dan santan. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan biarkan kuah mendidih.
  5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan-bahan lain.

7 comments:

topimagine said...

suka makan tapi malas nak masak n xreti memasak.. hahaha

nora3347 said...

Nampak sedap resepi ni, satu kelainan sebab byk resepi guna ayam.

nora3347 said...

Sedap resepi ni, selalu resepi guna ayam je. Terima Kasih share resepi

norazsecretleaf said...

Sedap resepi ni, selalu resepi guna ayam je. Terima Kasih share resepi

norazsecretleaf said...

Sedap nampak resepi ni. Guna seafood insyead of chicken. Terima kasih share

norazsecretleaf said...

Testing

norazsecretleaf said...

Sedap nampak resepi ni. Guna seafood instead of chicken. Terima kasih share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...