Followers

Showing posts with label BIHUN. Show all posts
Showing posts with label BIHUN. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

BIHUN KARI

Salam sejahtera semua...Hari ini saya masak bihun kari dan ingin berkongsi resepi di sini. Anak-anak saya memang suka kalau saya masak selain daripada nasi putih. Makan bihun kari ni untuk makan tengah hari dan makan malam pun ok...Tak perlu nak masak yang lain-lain lagi...Jadi boleh la saya buat biskut raya pula...Dapatkan resepi biskut raya saya di beberapa entri blog ni ya....

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun
  • 30 gram bawang goreng (saya buat sendiri)
  • 1 biji tauhu - digoreng
  • 20 gram daun bawang dan daun sup
  • Sayur sawi - dicelur
  • 50 gram taugeh - dicelur
  • 2 biji lada hidup merah - dihiris
  • 2 biji telur rebus
Bahan kuah:
  • 200 gram udang
  • 200 gram kerang - rebus dan keluarkan isinya
  • 200 gram sotong
  • 2 biji tauhu kosong
  • 1 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari - dibancuh dengan air panas dan 1/2 sudu teh asam jawa tanpa biji
  • 1 biji kelapa - diperah santannya
  • 1 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 2.5 sm halia
  • 2 sm lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari dan lada kisar. Kacau rata sehingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan udang, kerang, sotong, tauhu dan santan. Kacau rata.
  4. Masukkan garam dan biarkan kuah mendidih.
  5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan-bahan lain.

Monday, November 22, 2010

SOTO BIHUN

Salam sejahtera rakan-rakan semua. Hari ini saya sediakan resepi soto ayam dengan bergedil untuk anda semua cuba. Resepi sup ayam ini saya belajar dari wan saya di kampung. Wan saya tidak menggunakan rempah sup atau rempah soto. Dia menggunakan rempah kurma, dan saya sememangnya setuju dengan pilihannya kerana kuah sup lebih berasa... cubalah sendiri.

Bahan-bahan sup:
  • Ayam - 1/2 ekor
  • Bawang merah - 5 biji (kisar)
  • Bawang putih - 3 biji (kisar)
  • Halia - 1 inci (kisar)
  • Rempah kurma - 1 paket kecil (pilihan saya rempah kurma adabi)
  • Sup bunjut - 1
  • Daun bawang dan daun sup
  • Air -3 liter
  • Minyak untuk menumis
Cara membuat sup:
  1. Kecutkat ayam. Caranya, masukkan ayam di dalam periuk dan hidupkan api sederhana. Biarkan ayam seketika di dalam periuk sambil dikacau sehingga air ayam kering. Keluarkan ayam dari periuk.
  2. Tambahkan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kurma, gaul rata dan campurkan air serta sup bunjut.
  3. Masukkan pula ayam dan biarkan sup mendidih, kemudian tambahkan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali, asingkan ayam dari sup dan siat-siat isinya. Letakkan di dalam mangkuk berasingan.
Bahan bergedil:
  • Ayam - 1 ketul isi ayam
  • Daun sup dan daun bawang - 10gm (dihir halus)
  • Ubi kentang - 2 biji
  • Bawang merah - 3 biji (dihiris)
  • Garam - 1 sudu teh
  • Telur - 1 biji (dipukul-boleh gunakan garfu)
Cara membuat bergedil:
  1. Rebus isi ayam (gunakan isi ayam sup yang telah dibuat tadi).
  2. Potong kasar ubi kentang kemudian digoreng. Selepas digoreng, lenyek ubi kentang tersebut.
  3. Gaulkan isi ayam, ubi kentang lenyek, daun bawang, daun sup, hirisan bawang merah dan garam.
  4. Bentukkan bergedil dan salutkan dengan telur yang telah dipukul. Goreng di dalam minyak panas sehingga garing.
Bahan kicap pedas:
  • Kicap (pilihan saya kicap manis cap kipas udang)
  • Limau kasturi - 1 biji (diperah dan diambil airnya)
  • Bawang putih - 1 biji
  • Cili padi - 20 biji (atau mengikut suka)
  • Garam - 1/2 sudu teh (jika anda menggunakan kicap masin, tidak perlu menambah garam)
Cara membuat kicap pedas:
  1. Campurkan kesemua bahan di dalam mesin kisar dan kisar sehingga hancur.
Bahan lain:
  • Nasi himpit - direbus awal dan disejukkan kemudian dipotong kiub. Saya memilih pek ekonomi (6 bungkus) nasi ketupat NONA, dan untuk resepi ini saya menggunakan 1 bungkus nasi ketupat.
  • Suhun - 1 paket (digoreng dengan minyak)
  • Pucuk tauhu - 1 paket (dibasuh dan digoreng dengan minyak)
  • Kacang tanah - 200gm (dibasuh dan digoreng dengan minyak)
  • Taugeh - 200gm (dibasuh dan dicelur seketika dengan air panas)
  • Bawang goreng - 1 paket kecil
Setelah siap semua bahan anda bolehlah menikmati soto bihun ini. Selamat menjamu selera....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...