Followers

Showing posts with label PUDING. Show all posts
Showing posts with label PUDING. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

PUDING ROTI AGAR-AGAR


Ini resepi puding roti saya yang terakhir setakat ini.

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 cawan air
  • 10 gm seruk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar milo
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
  1. Kisar roti bersama telur, susu pekat dan susu cair. Ketepikan
  2. Di dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula. Masak di atas api sederhana sehingga semua gula larut.
  3. Tuangkan pula bahan kisar ke dalam adunan agar-agar.
  4. Teruskan mengacau seingga adunan agak pekat. Masukkan mentega dan gaul rata. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api.
  5. Asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan milo.
  6. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang, kemudian tuang pula adunan milo. Buatkan berbelang-belang supaya nampak seperti marble. Sejukkan.
Selamat mencuba...

PUDING ROTI


Salam sejahtera semua... Ini resepi puding roti yang ringkas dan sesuai untuk hidangan sarapan atau minum petang. Kalau anda gunakan resepi ini, puding roti yang dihasilkan lebih lembut berbanding puding roti caramel.

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti disapu mentega dan dicarik-carik (terus disusun di dalam loyang 8 inci yang telah digris mentega)
  • 450ml susu segar dipanaskan sebentar (tidak sehingga mendidih)
  • 3 biji telur
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar tepung kastard
Cara:
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Kemudian tambahkan susu yang telah dipanaskan dan tepung kastard. Pukul sehingga semua bahan bergaul rata.
  2. Tuang adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang. Biarkan selama 10minit supaya roti kembang.
  3. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.
Selamat mencuba....

PUDING ROTI CARAMEL


Salam sejahtera semua. Kali ini saya ingin berkongsi resepi puding roti bersama anda. Saya telah mencuba beberapa resepi kerana kebetulan adik beradik saya berkumpul di rumah mak...jadi kalau masak apa pun pasti akan habis. Cuma saya tak dapat nak load gambar sebab terlupa bawa balik kabel kamera. Sebab itulah kalau anda ikuti blog resepi saya, ada beberapa entri terbaru yang tidak bergambar. Saya akan upload kemudian ye....
Kita mulakan dengan resepi puding roti caramel dulu...

Bahan-bahan:
  • 2 cawan susu cair @ susu segar
  • 1/4 cawan mentega
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis (anda juga boleh menumbuk kayu manis hingga hancur)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 7 keping roti dipotong kiub
  • 1/2 cawan kismis
Cara:
  1. Masukkan susu dan mentega dalam periuk dan panaskan atas api sederhana sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, satukan gula, telur, serbuk kayu manis, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama seminit.
  3. Perlahan-lahan tuang adunan susu yang telah suam dan pukul sebentar sehingga adunan bergaul rata.
  4. Susun roti di dalam loyang 8 inci yang telah digris dengan mentega. Tuang adunan susu dan taburkan kismis di atasnya.
  5. Kemudian, bakar pada suhu 180 darjah C selama 45 minit. (saya tak tunggu hingga roti kembang dan bakar pada jangkamasa lebih lama- hasilnya, puding menjadi garing di bahagian atas. Anak lelaki saya suka jenis puding ini kerana dia lebih suka yang rangup berbanding lembik)
Bahan caramel:
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu makan mentega
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung gandum.
Cara:
  1. Satukan semua bahan di dalam periuk dan gaul rata.
  2. Kemudian panaskan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan sebelum dihidang bersama puding roti.
Selamat mencuba...

Thursday, October 28, 2010

PUDING KASTARD DENGAN SOS BUAH-BUAHAN


Salam. hari ni saya ingin berkongsi resepi puding kastard dengan sos buah-buahan. caranya cukup senang n boleh dimakan waktu petang atau sebagai pencuci mulut utk menjamu tetamu.


Bahan kastard:

  • Tepung kastard - 120gm
  • Air - 120 liter
  • Gula pasir - 120gm

Bahan sos:

  • Susu cair (1tin) - 400ml
  • Air - 250ml
  • Gula pasir - 120gm
  • Tepung kastard - 60gm
  • 1 tin buah-buahan dlm tin

Cara:

  1. Gaulkan tepung kastard, air dan gula pasir di dlm periuk. kemudian nyalakan api perlahan dan kacau sehingga menjadi likat.
  2. Tuang adunan di dalam acuan dan biarkan sejuk. (boleh diisi di dlm acuan kecil kecil atau di dlm acuan besar yg kemudiannya dipotong).
  3. Untuk sos, kacau semua bahan (kecuali buah di dlm tin) hingga mendidih. Kemudian campurkan buah di dlm tin. sejukkan di dlm peti sejuk.
  4. Untuk menghidang, letakkan puding kastard di dalam bekas dan tuangkan sos.

Selamat mencuba. Mudah tetapi enak.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...