Followers

Showing posts with label AGAR-AGAR. Show all posts
Showing posts with label AGAR-AGAR. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

AGAR-AGAR BERLAPIS MANGGA PANDAN



Selamat pagi dan salam sejahtera semua...Sarapan apa agaknya hari ni ye? Saya makan agar-agar je...hihi...ni yang dibuat semalam, tetapi sedap dimakan hari ni sebab dah sejukkan dalam peti sejuk... Ok, macam biasa, saya akan kongsikan dengan anda semua... Selamat mencuba yea...

Bahan-bahan:
  • 20 gm agar-agar kering
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji @ 250 gm buah mangga
  • 250 ml susu dalam kotak - saya guna susu dutch lady
  • 6 cawan air - untuk masak agar-agar
  • 3 sudu makan gula
  • Acuan agar-agar - saya gunakan acuan tupperware
  • Ceri atau mix fruit dalam tin untuk menambah rasa

ini acuan tupperware yang saya guna


Cara:
  1. Ambil isi mangga dan kisar bersama 1/2 cawan air. Ketepikan.
  2. Kisar pula daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapis untuk mengasingkan hampasnya. Ketepikan.
  3. Masak agar-agar bersama 6 cawan air hingga larut. Kemudian masukkan gula dan terus kacau sehingga gula larut.
  4. Akhir sekali masukkan susu dan kacau rata.
  5. Bahagikan agar-agar kepada 3 bahagian. Mula-mula tuangkan agar-agar adunan asal ke dalam semua acuan. (1/3 penuh).
  6. Satu bahagian agar-agar dicampurkan dengan air pandan dan satu lagi dicampurkan dengan pes mangga. Anda memerlukan 2 periuk kerana adunan yang telah dicampurkan air pandan dan pes mangga ini perlu sentiasa dipanaskan pada api perlahan supaya tidak mengeras.
  7. Apabila adunan asal hampir membeku, tuangkan adunan campuran pandan. Setelah adunan ini pula hampir membeku, tuangkan adunan campuran pes mangga.
  8. Biarkan sehingga agar-agar beku sebelum dihidang.

Saturday, December 18, 2010

PUDING ROTI AGAR-AGAR


Ini resepi puding roti saya yang terakhir setakat ini.

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 cawan air
  • 10 gm seruk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar milo
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
  1. Kisar roti bersama telur, susu pekat dan susu cair. Ketepikan
  2. Di dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dan gula. Masak di atas api sederhana sehingga semua gula larut.
  3. Tuangkan pula bahan kisar ke dalam adunan agar-agar.
  4. Teruskan mengacau seingga adunan agak pekat. Masukkan mentega dan gaul rata. Tunggu sehingga mendidih. Tutup api.
  5. Asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan milo.
  6. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang, kemudian tuang pula adunan milo. Buatkan berbelang-belang supaya nampak seperti marble. Sejukkan.
Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...