Followers

Showing posts with label SOTONG. Show all posts
Showing posts with label SOTONG. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

SEAFOOD RANGUP

Selamat sejahtera semua... Diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu. Sebenarnya dah lebih seminggu saya masak ni, tetapi menghadapi masalah nak letak 'title'...hihi... Biasalah kalau dah masak campak-campak tu...tapi sedap tau... Ok je kan nama resepi ni seafood rangup? Boleh la anda cuba untuk hidangan lunch atau makan malam nanti... Selamat menjamu selera...

Bahan-bahan:
  • 100 gm udang besar - dibuang kepala dan sedikit kulit sahaja
  • 100 gm sotong - dipotong bulat tetapi besar besar...anggaran seekor sotong dipotong 2 @ 3 sahaja
  • 50 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur - dipukul sehingga kembang
  • Serbuk roti
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaul rata tepung gandum, serbuk paprika dan garam.
  2. Salutkan udang dan sotong dengan telur. Kemudian salutkan pula dengan adunan tepung.
  3. Celupkan udang dan sotong sekali lagi dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti.
  4. Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga bewarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.
P/S: Anda juga boleh menambah sedikit maggie cukup rasa semasa menggaul tepung. Rasanya akan lebih sedap...

Tuesday, November 23, 2010

SOTONG MASAK LADA HITAM

Salam sejahtera semua. Resepi saya kali ini adalah sotong masak lada hitam. Sotong ni saya masak sekali dengan sayur. Jadi amat sesuai bagi anda yang hendak menyediakan hidangan ringkas dan cepat.

Bahan-bahan:
  • Sotong - 4 ekor
  • Kacang panjang - 4 tangkai (dipotong)
  • Bawang besar - 1/2 biji (dihiris)
  • Bawang putih - 2 biji (dihiris)
  • Sos tiram - 3 sudu besar
  • Lada hitam - 10 biji (ditumbuk halus)
  • Air - 2 sudu besar
  • Kunyit serbuk
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Gaulkan sotong dengan kunyit dan sedikit garam. Kemudian goreng seketika.
  2. Semasa menggoreng sotong, masukkan bawang putih, sos tiram, lada hitam dan air. Gaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan kacang panjang, bawang besar dan garam. Kaup balikkan lauk tetapi jangan terlalu lama kerana kacang akan layu.
Selamat mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...