
Selamat sejahtera semua... Diharapkan anda semua sihat dan ceria selalu. Sebenarnya dah lebih seminggu saya masak ni, tetapi menghadapi masalah nak letak 'title'...hihi... Biasalah kalau dah masak campak-campak tu...tapi sedap tau... Ok je kan nama resepi ni seafood rangup? Boleh la anda cuba untuk hidangan lunch atau makan malam nanti... Selamat menjamu selera...
Bahan-bahan:
- 100 gm udang besar - dibuang kepala dan sedikit kulit sahaja
- 100 gm sotong - dipotong bulat tetapi besar besar...anggaran seekor sotong dipotong 2 @ 3 sahaja
- 50 gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh serbuk paprika (boleh lebihkan jika suka pedas)
- Garam secukup rasa
- 2 biji telur - dipukul sehingga kembang
- Serbuk roti
- Minyak untuk menggoreng
Cara:
- Gaul rata tepung gandum, serbuk paprika dan garam.
- Salutkan udang dan sotong dengan telur. Kemudian salutkan pula dengan adunan tepung.
- Celupkan udang dan sotong sekali lagi dengan telur dan salutkan dengan serbuk roti.
- Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga bewarna kuning keemasan. Angkat dan toskan.
P/S: Anda juga boleh menambah sedikit maggie cukup rasa semasa menggaul tepung. Rasanya akan lebih sedap...




