Followers
Showing posts with label KEK COKLAT. Show all posts
Showing posts with label KEK COKLAT. Show all posts
Friday, February 19, 2016
NUTELLA OREO MOIST CAKE
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 cawan gula halus
250gm mentega
6 biji telur (gred A)
300gm kaya
Bahan B:
137gm biskut oreo dihancurkan (dihancurkan dengan inti sekali)
1 botol 200gm Nutella
Bahan C:
1 cawan tepung kek
1 cawan Horlicks
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
- ayak kesemua bahan bersama dan ketepikan
Cara:
1) Pukul mentega dengan gula hingga gebu.
2) Kemudian, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
3) Masukkan pula adunan tepung yang telah diayak (bahan C), putar perlahan hingga sebati.
4) Masukkan kaya dan putar sekejap hingga rata.
5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
6) Campurkan satu bahagian adunan dengan biskut Oreo yang telah dihancurkan.
7) Campurkan Nutellah pada satu lagi bahagian adunan.
8) Satu lagi adunan kek dibiarkan kosong (asal).
9) Tuangkan adunan Oreo ke dalam loyang 9" yang telah digris dan dilapik kertas minyak. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C (boleh tambah masa bakar jika kek masih belum masak).
10) Tuang adunan asal di atas kek adunan Oreo yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C.
11) Tuang pula adunan Nutella ke atas kek adunan asal yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C atau sehingga kek masak.
P/S: Kek ini juga boleh dikukus
Selamat mencuba..
Sunday, February 14, 2016
KEK COKLAT CLOUD 9 CLASSSIC
Bahan A
300gm tepung gandung
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B
3 biji telur A saiz
400gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250ml susu cair
250ml minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis
Bahan D
250ml air panas
Bahan E
6 paket Cloud 9 Classic dipotong dadu
Cara:
1) Satukan semua bahan A, ayak dan ketepikan.
2) Satukan semua bahan B di dalam mangkuk pembancuh. Pukul sehingga putih
3) Masukkan minyak, susu cair dan susu pekat manis. Pukul sehingga sebati.
4) Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
5) Tambahkan air panas dan gaul rata.
6) Tambahkan pula Cloud 9 Classic yang telah dipotong dadu. Gaul rata.
7) Tuang adunan ke dalam loyang bulat atau 4 segi ukuran 9 inci yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak.
8) Bakar adunan di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 - 1 1/2 jam atau sehingga kek masak.
9) Sejukkan kek di atas redai.
Topping
200gm coklat masakan dipotong dadu
100ml susu cair
1 sudu besar butter
6 paket Cloud 9 Classic dipotong dadu
Cara:
1) Panaskan susu cair secara double boiler.
2) Masukkan coklat masakan dan butter. Gaul sehingga semua coklat cair.
3) Padamkan api dan sejukkan sebentar.
4) Tuang topping di atas kek dan hias dengan coklat Cloud 9 Classic.
Selamat mencuba...Yummy
Friday, December 17, 2010
KEK COKLAT PISANG

Bahan-bahan:
- 1/2 cawan mentega
- 1 1/4 cawan gula perang
- 2 biji telur
- 1/2 cawan serbuk koko
- 2 cawan tepung serbaguna
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking powder
- 1 1/2 cawan pisang lenyek (pisang masak)
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3/4 cawan air
- Ayak tepung, baking soda, baking powder, garam dan koko bersama. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk lain, lenyek pisang dan tambahkan esen vanilla. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun,adun mentega bersama gula sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan telur satu persatu.(pukul sehingga adunan rata setiap kali memasukkan telur)
- Kemudian, tambahkan pisang lenyek dan adunan kering secara berselang seli. Gaul sekadar untuk meratakan bahan. Jangan telebih pukul.
- Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah digris dan dialas kertas.
- Bakar pada suhu 180 darjah C selama 50 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan cake tester untuk memastikan kek telah masak.
Thursday, December 16, 2010
KEK CIP COKLAT OAT
Bahan-bahan:
- 1 3/4 cawan air didih
- 1 cawan oat
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan gula kastor (putih)
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 cawan mentega
- 2biji telur
- 1 3/4 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu teh baking soda
- 1 sudu besar serbuk koko
- 300gm cip coklat
- Campurkan oat ke dalam air didih, gaul rata dan ketepikan.
- Ayak bersama tepung, baking soda dan koko. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul gulaperang, gula kastor , garam dan mentega sehingga gebu.
- Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga bahan bergaul rata setiap kali memasukkan telur.
- Masukkan adunan tepung dan oat secara berselang seli sehingga semuanya habis. Pukul sehingga semua bahan bergaul rata. Akhir sekali masukkan cip coklat dan kaup balikkan adunan menggunakan senduk.
- Griskan loyang berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 60 minit. Periksa kek dengan cake tester untuk memastikan kek sudah masak.
AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan:
- 250gm mentega
- 300gm gula kastor
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 50gm serbuk koko dilarutkan di dalam 150ml air suam
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam
- Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk adunan, adun mentega bersama gula kastor sehingga gebu.
- Kemudian masukkan telur satu demi satu dan esen vanilla. Pukul selamat 30 saat pada kelajuan sederhana.
- Akhir sekali, masukkan larutan koko dan adunan tepung secara berselang seli. Pukul sekadar untuk meratakan adunan sahaja. Janga terlebih pukul.
- Tuang di dalam loyang bulat 9 inci yang telah digris dengan mentega. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 60 minit. Cucuk dengan cake tester untuk memastikan kek telah masak.
- 1 cawan gula kastor
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1/4 cawan mentega
- 1/4 cawan susu cair
- 1 sudu teh vanilla
- Campurkan semua bahan dan gaul rata.
- Masak di atas api selama 1 minit, kemudian biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, pukul dengan mesin pengadun selama 3 minit.
- Setelah kek sejuk, potong kek kepada 2 bahagian. Guna pisau yang panjang.
- Lapiskan kek dengan frosting coklat, dan tuang selebihnya di atas kek.
Tuesday, December 14, 2010
KEK COKLAT
Bahan-Bahan:- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula kastor
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- 3/4 cawan air
- 3/4 cawan susu (pilihan saya susu penuh krim duth lady di dalam kotak)
- 1/2 cawan mentega
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan serbuk koko
Cara:- Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan. Pukul selama 1 minit pada kelajuan rendah.
- Kemudian pukul lagi selama 3 minit pada kelajuan sederhana.
- Gris loyang bulat berukuran 8 inci dan tuang adunan. Panaskan oven dan bakar kek pada suhu 180 darjah C selama 60 minit atau lebih. Cucuk kek dengan cake tester untuk memastikan kek telah masak sempurna.
- 100gm coklat masakan
- 200gm susu cair
- 1 sudu besar mentega
- Campurkan kesemua bahan di dalam loyang dan masak secara double boil atau kukus.
- Setelah coklat menjadi cair, kacau rata kesemua bahan. Matikan api setelah adunan rata.
- Tunggu sehingga sejuk.
- Bahagikan kek kepada 2 bahagian (gunakan pisau yang panjang untuk memotong kek)
- Lapiskan kek dengan adunan coklat dan tuang selebihnya di atas kek.
Subscribe to:
Posts (Atom)

