Followers

Showing posts with label OREO. Show all posts
Showing posts with label OREO. Show all posts

Friday, February 19, 2016

NUTELLA OREO MOIST CAKE



Bahan-bahan:

Bahan A:
1 cawan gula halus
250gm mentega
6 biji telur (gred A)
300gm kaya

Bahan B:
137gm biskut oreo dihancurkan (dihancurkan dengan inti sekali)
1 botol 200gm Nutella

Bahan C:
1 cawan tepung kek
1 cawan Horlicks
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
- ayak kesemua bahan bersama dan ketepikan

Cara:

1) Pukul mentega dengan gula hingga gebu.
2) Kemudian, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
3) Masukkan pula adunan tepung yang telah diayak (bahan C), putar perlahan hingga sebati.
4) Masukkan kaya dan putar sekejap hingga rata.
5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
6) Campurkan satu bahagian adunan dengan biskut Oreo yang telah dihancurkan.
7) Campurkan Nutellah pada satu lagi bahagian adunan.
8) Satu lagi adunan kek dibiarkan kosong (asal).
9) Tuangkan adunan Oreo ke dalam loyang 9" yang telah digris dan dilapik kertas minyak. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170C (boleh tambah masa bakar jika kek masih belum masak).
10) Tuang adunan asal di atas kek adunan Oreo yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C.
11) Tuang pula adunan Nutella ke atas kek adunan asal yang telah masak. Bakar selama 20 minit pada suhu 170C atau sehingga kek masak.

P/S: Kek ini juga boleh dikukus

Selamat mencuba..


Monday, May 16, 2011

KEK BATIK OREO



Selamat sejahtera semua... Sarapan apa pagi ni? Saya tinggal berdua je dengan anak sulung hari ni. 2 orang anak dara saya dah diculik Zanaishi... Yelah, hari ni kan cuti...petang semalam lagi dah diambilnya anak saya tu bawak g jalan-jalan, langsung balik kampung. Malam nanti lah kot balik sini semula. Suami pulak kerja...

Bila dah tinggal berdua je ni, nak buat sarapan pun malas je rasanya... Makan je la apa-apa yang ada dalam peti ais tu. Ada lagi la kek batik yang saya buat hujung minggu lepas. Baru perasan tak letak lagi resepi ni dalam belog.

Resepi ni pernah kuar dalam majalah Rasa bulan Mac 2007...lahai dulu-dulu memang saya rajin kuar masuk majalah n paper ni sebab masa tu saya memang ambil tempahan dan buat kelas masak memasak, kukus mengukus, bakar membakar kat rumah... Dah tua tua ni dah malas lah pulak... Bukan malas nak mengajar...tapi malas nak mengemas pas habis mengajar...hihi...

Ok lah pada sesiapa yang nak mencuba, leh la amek resepi ni. Sama je kalau letak koko atau milo pun...saje je saya letak serbuk oreo tu...biar warnanya hitam...ngee...

Bahan-bahan:
  • 125 gm mentega
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan serbuk oreo
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 300 gm biskut marie - dipatah 2 bahagian (saya guna perasa original)
Cara:
  1. Di dalam periuk yang sesuai, satukan mentega, telur, serbuk oreo dan susu. Kacau rata, kemudian hidupkan api.
  2. Terus mengacau sehingga adunan menjadi pekat dan tutup api.
  3. Susun selapis biskut marie di dalam loyang, kemudian tuang adunan oreo tadi. susun lagi selapis biskut dan tuang lagi adunan. Lakukan sehingga biskut dan adunan habis.
  4. Sejukkan dan boleh dihidang setelah kek keras.
P/S: Jika anda mahu biskutnya lembut, masukkan biskut di dalam adunan oreo. Kacau rata kemudian baru dituang ke dalam loyang.

Selamat mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...