Followers

Showing posts with label KEK OREO. Show all posts
Showing posts with label KEK OREO. Show all posts

Monday, March 21, 2011

KEK KEJU DINGIN OREO


Salam buat Scha.. Kek keju dingin ini permintaan kawan baru saya Scha.
Sebelum ini saya ada post kek keju dingin bluberry, dan ini saya tambah satu lagi resepi kek yang tak perlu dibakar...cuma sejukkan sahaja. Diharap anda dan Scha dapat menyediakannya...Selamat mencuba...

Bahan-bahan lapisan tapak:
  • 120 gram biskut oreo - diasingkan inti dan dihancurkan (tidak perlu terlalu halus)
  • 60 gm mentega cair
Cara:
  1. Campurkan biskut oreo hancur dengan mentega cair. Gaul rata.
  2. Buatkan lapisan tapak di dalam acuan bulat 9" loose base. Sejukkan di dalam peti sejuk chill sementara anda membuat kek.
acuan bulat 9" loose base

Bahan-bahan kek:
  • (a) 2 biji kuning telur
  • 120 gm gula ising
  • 160 gm susu kotak
  • (b) 2 1/2 sudu besar gelatin dilarutkan dalam 6 sudu besar air didih
  • (c) 250 gm krim keju
  • 1250 gm double krim (dipukul sedikit)
  • (d) 1/2 sudu besar jus lemon
  • (e) 2 keping biskut oreo - hancurkan
  • Inti biskut oreo yang diasingkan tadi
Cara:
  1. Pukul krim keju sehingga licin. Kemudian tambahkan bahan (a), (b), (d) dan double krim yang telah dipukul sedikit.
  2. Tambahkan oreo hancur dan inti, kemudian gaul rata semua bahan.
  3. Tuangkan di atas lapisan tapak biskut oreo yang telah disejukkan tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk chill selama 3 - 4 jam.
Selamat menjamu selera...


Sunday, March 13, 2011

KEK OREO KUKUS

Salam semua... Kek oreo kukus ni saya cuba-cuba buat sebab dah selalu sangat buat kek coklat. Perbezaan ketara yang saya mula-mula nampak ialah warnanya...kalau kek coklat warnanya coklat, tapi bila saya gunakan biskut oreo, warnanya lebih hitam. Tapi jangan bimbang, sebab rasanya tetap sedap...Oleh kerana ini percubaan pertama saya, jadi saya cuma guna adunan 2 biji telur je. Kalau anda nak buat kek yang lebih besar, boleh lah gandakan adunan. Tetapi kukusnya juga harus besar ya...

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 125 ml susu dipanaskan sebentar ( boleh gunakan susu kotak ataupun bancuhan susu tepung)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak
Cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo kisar dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikt sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
  3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas. Kukus selama 45 minit.
Bahan toping:
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 60 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar air masak
Cara:
  1. Campur semua bahan didalam mangkuk yang sesuai dan masak secara double boiler.
  2. Setelah kek sejuk, bolehlah curahkan toping dan hias mengikut suka.
Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...