Followers

Showing posts with label AWET MUDA. Show all posts
Showing posts with label AWET MUDA. Show all posts

Thursday, December 1, 2016

PANDUAN PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL

Memiliki kulit wajah yang bebas cela, cerah dan berseri adalah idaman setiap wanita kerana telah berabad lamanya, manusia mendefinisikan kecantikan seorang wanita adalah sebegitu. Maka lahirlah pelbagai produk kecantikan dan penemuan pelbagai jenis rawatan bagi memenuhi tuntutan kecantikan wanita.

Kadangkala kita sibuk mendapatkan produk terlaris atau rawatan terkini tanpa memikirkan apakah itu yang paling sesuai untuk keperluan diri kita. Sebenarnya apa yang diperlukan adalah ilmu atau Panduan Lengkap Penjagaan Wajah, supaya anda tidak tersilap membuat pilihan dan secara langsung dapat mengelakkan timbulnya masalah pada kulit wajah.

Di Lumiere Beauty, kami menyediakan produk bagi rawatan dan penjagaan kecantikan wanita terutamanya, tetapi masih sesuai untuk kegunaan lelaki. Rangkaian produk yang disediakan adalah penemuan yang terbaik setelah melalui beberapa percubaan dan kami sendiri menggunakannya serta mendapat hasil yang memberangsangkan.

Lumiere Beauty mempunyai rangkaian produk rawatan dan penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan kulit wanita dan lelaki Asia serta membantu merawat masalah kulit yang biasa dialami oleh orang-orang Asia.

Rangkaian Produk Lumiere Beauty juga dijual oleh Beauty Advisor kami yang mampu memberi konsultasi kecantikan bagi membantu anda membuat pilihan produk yang tepat. Kami juga menyediakan blueprint cara menjaga kulit wajah dengan betul supaya pelanggan kami akan mendapat hasil yang terbaik dari penggunaan Rangkaian Produk Lumiere Beauty.

Apa yang kami harapkan, semoga usaha kami ini akan memberi manfaat yang berguna kepada anda.
















1. Pencuci Muka

Tips Memilih Pencuci Muka
Tips yang paling utama sebelum anda membeli apa-apa produk pencuci muka ataupun facial cleanser adalah mengenalpasti jenis kulit wajah anda. Ini kerana setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza, oleh itu memerlukan rangkaian produk penjagaan yang berlainan. Begitu juga, pencuci muka antara wanita dan lelaki juga adalah dari jenis yang berlainan.

Cara Menggunakan Pencuci Muka
Seterusnya adalah panduan untuk mencuci muka, agar anda dapat membersihkan kulit wajah anda secara mendalam sebelum meletakkan apa-apa jenis krim selepas mencuci. Adalah disarankan terlebih dahulu membersihkan kulit wajah ataupun solekan dengan tisu basah (wet tissue), menggunakan make-up remover, ataupun baby oil. Bahagian wajah yang perlu diberi perhatian adalah sekitar mata, hidung, pipi dan dahi.

Bilas muka dengan air bersih, kemudian letakkan pencuci muka di tapak tangan, titiskan beberapa titik air dan buihkan sebelum disapu pada kulit wajah. Lakukan urutan lembut secara membulat dan tambahkan air jika terasa kering. Jangan sesekali terus meletakkan pencuci muka pada kulit wajah tanpa membuihkannya dahulu. Elakkan juga bahagian mata.

Selepas beberapa minit membersihkan kulit wajah termasuk bahagian leher, bilas dengan air bersih dan lap kering dengan tuala yang lembut dan bersih.



2. Essence
Essence digunakan selepas pencuci muka yang bertindak sebagai perawat kulit bermasalah dan pelengkap rangkaian penjagaan wajah. Essence berbentuk cecair sama seperti toner tetapi bertindak lebih efektif kerana molekulnya yang halus mampu meresap jauh ke dalam kulit sambil membekalkan ribuan nutrisi dan vitamin serta mengoptimumkan fungsi krim krim lain yang digunakan selepasnya untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Tips Memilih Essence
Tips memilih essence yang baik semestinya adalah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan alcohol-free. Pilih essence yang mengandungi Vitamin E untuk menambah kelembapan kepada kulit dan jauhkan dari yang mengandungi alcohol kerana boleh menyebabkan kekeringan. Selain dari itu, anda boleh memilih essence yang sesuai untuk tujuan merawat masalah kulit anda dengan mengenalpasti kandungan utamanya beserta fungsi.

Cara Menggunakan Essence
Cara yang betul untuk menggunakan essence adalah dengan meletakkan beberapa titik essence ke telapak tangan dan menepuk nepukkannya pada kulit wajah. Boleh juga hanya ditumpukan kepada kawasan bermasalah bagi tujuan rawatan. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan darah berjalan lancar dan membangkitkan saraf-saraf supaya bertindak terhadap essence dengan lebih berkesan.



3. Serum
Pada dasarnya, sel-sel kulit mati dapat melakukan regenasi sel sendiri, namun dengan bertambahnya usia proses itu menjadi lambat. Maka untuk menggalakkan regenasi sel agar kulit tetap awet muda, anda perlu memakai serum wajah secara rutin.

Berbeza dengan essence, serum berbentuk gel tetapi mempunyai tekstur bahan yang cepat meresap ke dasar kulit. Serum boleh mempunyai fungsi yang sama dengan essence bergantung kepada kandungan bahan aktifnya, tetapi memiliki daya kerja lebih kuat daripada moituriser kerana mempunyai bahan aktif konsentrasi tinggi.

Pemakaian serum adalah bertujuan untuk membekalkan ribuan nutrisi dan vitamin serta mengoptimumkan fungsi krim lain yang dipakai selepasnya namun tidak menggantikan peranan krim tersebut. Anda boleh memilih untuk menggunakan essence sahaja tanpa tambahan serum ataupun menggunakan kedua-dua essence dan serum bergantung kepada keperluan ataupun masalah kulit anda.

Tips Memilih Serum
Tips memilih serum yang tepat adalah dengan mencari yang sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda.

Untuk membantu melembutkan tekstur kulit, mempercepatkan regenerasi sel dan mencegah pori-pori tersumbat bagi kulit jenis berminyak, carilah serum yang diformulasi dengan glycolic acid atau retinol. Untuk kulit kering, carilah serum yang mengandungi bahan hydrating atau melembapkan seperti hyaluric acid.

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis essence yang mempunyai bahan aktif berlainan untuk merawat masalah kulit yang berlainan.

Contoh-contoh Serum

Serum Vitamin C
Serum Vitamin C adalah yang paling banyak didapati di pasaran. Serum ini berfungsi sebagai antioksidan dan bertindak mensintesis kolagen untuk melambatkan proses penuaan. Serum Vitamin C sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam dan penuaan. Kandungan Vitamin C dalam serum juga bersifat antiradang, oleh itu boleh digunakan untuk merawat radang kulit dan jerawat.

Serum Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan kerana Vitamin E mencegah terbentuknya lipofuscin, iaitu suatu lemak yang teroksida, yang menggalakkan penuaan. Selain itu Vitamin E juga berkhasiat sebagai pelembap kulit dan melindungi kulit daripada pencemaran seperti asap rokok dan sinar matahari. Penggunaannya yang berterusan pula akan membantu kulit pulih daripada parut bertanda dan jeragat.

Serum Kolagen
Kolagen merupakan komponen protein pembentuk struktur kulit, otot dan pembuluh darah. Secara semulajadi, kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurangan seiring bertambahnya usia.

Berdasarkan kajian pada usia 30 tahun, manusia akan kehilangan kolagen tubuhnya antara 15% sehingga 20%. Pada usia 50 tahun pula, tubuh manusia kehilangan 35% sehingga 40% kolagen. Ketika kolagen beransur-ansur berkurangan, kekenyalan dan keanjalan kulit juga akan berkurangan. Untuk itu, pengambilan kolagen secara oral ataupun sapuan luaran diperlukan untuk membantu membekalkan kolagen yang diperlukan kulit.

Serum Botox
Serum Botox mempunyai kandungan bahan aktif yang memberi manfaat untuk menegang dan menganjalkan kulit. Ia juga mampu mengurangkan kedutan dan anti penuaan tanpa perlu melakukan injection. Cara pemakaian adalah dipakai dari bahagian bawah wajah dan diurut secara lembut ke bahagian atas wajah, bertujuan untuk mengangkat dan membentuk semula pipi.

Serum Gold
Serum gold atau serum emas terdapat dalam bentuk serum yang keseluruhannya adalah emas ataupun serum yang mengandungi partikel emas. Serum ini berfungsi memperbaiki kerosakan sel serat induk dan menjadikan kulit wajah lebih tegang, bersinar, cerah, halus serta awet muda.

Cara Menggunakan Serum
Serum disapu rata ke seluruh wajah dan leher selepas pemakaian essence ataupun selepas mencuci muka dan sebelum menggunakan moisturiser, krim malam ataupun krim siang. Manfaat serum kepada wajah adalah bergantung kepada bahan aktifnya, sama ada bertujuan untuk melembap, menghaluskan tekstur kulit, menyamarkan noda, memudarkan tanda-tanda penuaan ataupun meningkatkan keanjalan kulit.



4. Krim Siang
Sinar UV pada siang hari akan memberikan kesan buruk terhadap kulit anda seperti timbulnya bintik-bintik hitam, kekusaman dan merosakkan kulit wajah sehingga menjadikannya kelihatan tua dari usia sebenar. Meskipun anda berada di bawah kawasan teduh, kulit tetap terdedah kepada sinaran UV. Oleh itu adalah penting ataupun wajib bagi anda yang mementingkan penjagaan wajah untuk memakai krim siang di waktu pagi sebelum keluar dari rumah.

Tips Memilih Krim Siang
Perkara paling penting ketika memilih krim siang adalah memastikan ianya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Mercury, Hydroquinon dll ataupun menggunakan bahan lain melebihi kadar maksima yang sepatutnya sehingga menimbulkan efek sampingan. Jangan mudah terpedaya dengan produk yang menjanjikan perubahan drastik dalam waktu singkat seperti pencerahan melampau dalam masa sehari dua.

Pada waktu siang, kulit wajah terdedah kepada sinaran UV dan radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Oleh itu, anda perlu memilih krim siang yang bersesuai dengan jenis dan masalah kulit anda serta mengandungi SPF dan antioksidan.

Tips seterusnya adalah pilih krim siang yang halus teksturnya, mudah meresap dan bebas minyak. Ini membolehkan kulit anda bebas bernafas walaupun memakai foundation ataupun make-up selepas krim siang.

Cara Memakai Krim Siang
Krim siang dipakai selepas mencuci muka dan meletak essence ataupun serum. Lakukan urutan lembut ketika memakai krim siang sehinga semua krim habis meresap. Gunakan jari manis dan ratakan krim siang dengan lembut di bahagian sensitif seperti mata kerana jika terlalu kuat menekan akan menyebabkan timbulnya lingkaran hitam sekitar mata.



5. Krim Malam
Kulit akan menyerap dengan lebih baik dan aktif pada waktu malam berbanding siang kerana ketika malam tidak bercampur dengan produk kosmetik ataupun make-up dan tidak terdedah kepada pencemaran. Kulit juga berada dalam keadaan rehat dan tenang ketika kita sedang tidur. Krim malam berfungsi untuk membantu menyuburkan semula kulit dan membaiki kerosakan sel kulit.

Krim malam hanya sesuai dipakai ketika malam kerana kebiasaannya ada beberapa bahan yang terkandung di dalam krim malam akan rosak ataupun akan menyebabkan iritasi kepada kulit jika terdedah kepada UV. Oleh itu, jangan sesekali memakai krim malam pada waktu siang walau dengan alasan apa sekalipun.

Tips memilih Krim Malam
Pilih krim yang berbeza untuk dipakai waktu siang dan malam, kerana masing-masing mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan waktu tersebut.

1. Untuk kulit normal, pilih krim malam yang mengandungi AHA, BHA, Vitamin E, Vitamin C dan bahan pencerah kulit seperti licorice, arbutin atau teh hijau.

2. Untuk kulit berminyak, pilih krim malam yang berbentuk lotion atau gel supaya tidak menyumbat kelenjar lemak sehingga menyebabkan bertambahnya jerawat.

3. Untuk kulit kering pilih yang mengandungi pelembap dan Vitamin E dan C.

4. Untuk kulit selepas usia 40 tahun, perlu ada tambahan retinol untuk merangsang pembentukan kolagen.

Cara Memakai Krim Malam
Cuci bersih muka dan lap kering dengan tuala lembut. Kemudian tepuk tepukkan Essence. Akhir sekali sapu rata Krim Malam dengan urutan lembut sehingga habis meresap. Lakukan sebelum anda tidur.

Saturday, January 30, 2016

KULIT YANG CANTIK BERMULA DENGAN LUMIERE MIRACLE ESSENCE - ATASI KULIT BERMINYAK


Siapa yang tak stress bila pagi-pagi lagi dah mekap cantik-cantik n selang 1/2 jam tacap elok-elok, tapi kulit muka still berminyak-minyak. Pastu menjelang tengah hari je, di kala matahari tegak atas kepala, pori-pori dah nampak ternganga. Bila pori-pori terbuka, kulit muka dah tentu nampak kasar. Mekap toksah cerita ler...mulalah bercapuk, lagi kita tacap, lagi nampak tak tentu arah..

Dengan Lumiere Miracle Essence yang AJAIB nih, korang hanya perlu bermmekap nipis atau tayangkan jer bare skin korang yang flawless. Kak yakin, bila korang dah guna Miracle Essence..korang will be BEAUTIFUL with make up and PRETTY without. 

Sebab apa? Kerana tak sampai 5 minit selepas diaply, Essence yang ringan dan halus molekulnya ini akan meresap terus ke dalam kulit dan membekalkan ribuan nutrisi, vitamin, antioksidan dan mineral yang kulit wajah korang perlukan. Lumiere Miracle Essence mengandungi Apple Stemcell, Orange Stemcell, Alp Rose Stemcell, Salmon Collagen, Vitamin C dan Vitamin E - all in 1 bottle. Yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia!

Jadi bila digunakan...kulit wajah korang dibelai kaw kaw dengan kasih sayang! Yang paling BEST sekali...Lumiere Miracle Essence tak melekit dan cepat meresap - korang akan rasa seolah-olah tak memakai apa-apa krim pun! Nah..bagi korang yang suka bermekap, tepeklah apa nak tepek kat muka korang, for sure akan nampak sekata dan tak selekeh. Bagi korang yang suka bare skin pula, inilah Essence terBEST untuk kulit korang kerana kulit yang CANTIK bermula dengan Lumkiere Miracle Essence.

Selepas 5 hari penggunaan berterusan, korang akan mendapat kulit baru yang yang lebih SIHAT, BERSIH dan BERSERI. Selepas 2 minggu pula, parut jerawat dan jeragat semakin PUDAR dan kulit menjadi lebih TEGANG dan ANJAL. Dengan kata yang lebih simple..korang akan CANTIK!




Cantikkan kulit wajah selepas 5 hari jer gunakan Lumiere Miracle Essence. Masalah kulit berminyak settle! Rasa lebih selesa sepanjaang hari dengan kulit wajah yang baru dan dah tak perlu nak tacap selalu. Pori-pori semakin mengecil, white head dan blackhead pun semakin berkurang. BEST!

Harga pasaran Lumiere Miracle Essence 15ml adalah RM110 dan tahan selama 4 minggu - 6 minggu. Jadi jangan kata mahal ye..sebab korang takkan dapat kat mana-mana, sebotol Essence dengan kandungan 6 bahan aktif yang seluxury Lumiere Miracle Essence dan tahan sehingga 1 setengah bulan!

Lumiere Miracle Essence selamat digunakan bersama skin care lain kerana ianya 100% natural ingredients. Janji skin care lain tu bukanlah dari jenis yag menggelupas atau mengandungi bahan beracun. Nanti korang salahkan Miracle Essence pula bila ada masalah kat kulit korang! Lumiere Miracle Essence bebas silikon, paraben, petrolatum, steroid dan PEG, lulus KKM, HALAL dan merupakan produk muslimah tempatan.

Kak komfirm ramai yang melopong tengok perubahan ketara kulit korang n ramai yang nanges sebab terlambat merebut peluang CANTIK dengan Lumiere Miracle Essence. Pilihan di tangan korang..nak berada di golongan yang mana.. 

Korang dah terasa nak cuba Lumiere Miracle Essence? WhatsApp jer kat 017 271 2219 (Lin Malyn) - mengaku jer kat Kak Lin yang korang nak CANTIK..Dia COMFIRM bantu korang from A to Z. Till fingers meet keyboard again..bye!


Monday, December 28, 2015

It's Miracle Essence By Lumiere Beauty

Assalamualaikum dan hai semua... Kak nak syer dengan korunk produk terbaru di pasaran sekarang ni. Miracle Essence By Lumiere Beauty. Produk Bumiputra, lulus KKM, Halal dan berkualiti.


Miracle Essence By Lumiere Beauty


Tengok botol pun dah berair kannn.. memang kualiti tip top, tak malu lah kalau nak usung dalam beg mekap. Memang best sebab Kak pun dah pakai..Kak tak suka nak sembang kosong yerr. Kak kasi cun muka Kak dulu.. Kak suka Kak syer..

Kak suka, Kak syer..

Ingat senang ke WANITA seusia Kak ni nak dapat kulit yang bebas parut, bebas jerawat, bebas kerut, berseri, halus dan tegang? Berapa ramai yang kita tengok wajahnya jadi kelabu selepas ditepek foundation dan bedak? Ni rupa Kak yang dah nak masuk 4 siries yer...jadi Kak faham kalau awak kata kulit awak lagi cantik! Awak pun kenalah faham apa akan jadi pada kulit muda remaja awak tu bila dioles Miracle Essence. Kembali BABY mungkin??


Miracle Essence By Lumiere Beauty



Miracle Essence By Lumiere Beauty



Hehehe...Bagi korunk tengok lagi dan lagi..Till fingers meet keyboard again..

Selamat Malam...


Wednesday, March 30, 2011

IKLAN IKLAN - AWET MUDA GOLD PUTERI ALYA

Awet Muda Gold
Glutathione + Astaxanthin + Mutiara
SS : RM 140.00
SS : RM 150.00

Salam semua... semoga anda semua sihat sejahtera... Hari ini saya hendak bercerita sedikit tentang Produk Awet Muda Gold Puteri Alya keluaran Q Raz Herbal Marketing. Tentu ramai yang berpendapat sudah terlalu banyak produk di pasaran, termasuklah produk untuk meremajakan diri atau awet muda. Ini menjadikan anda sukar untuk memilih dengan tepat yang mana produk yang betul-betul berfungsi seperti diiklankan, begitu juga memilih produk yang berbaloi dengan nilai RM yang anda belanjakan.
Saya sudah semestinya mengesyorkan anda mengamalkan Awet Muda Gold Puteri Alya. Terutamanya kerana produk ini menggabungkan 24 ramuan termasuk air yang ditapis menjadikannya mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Bagi anda yang sangat sibuk dan tidak sempat untuk mengamalkan 2, 3 atau lebih produk untuk kesihatan diri, anda hanya perlu mengamalkan Awet Muda Gold sahaja. Ia merangkumi bahan-bahan untuk penjagaan kulit, wajah, payudara, punggung, kuku, alat sulit, tenaga batin, masalah dalaman, angin dan toksin. Bayangkan dengan berbelanja cuma RM 140.00 sebulan, anda mendapat faedah yang begitu banyak ditawarkan oleh hanya satu produk sahaja... Saya sendiri begitu menyukainya dan berdasarkan pengalaman mencuba pelbagai jenis produk kesihatan yang lain... Awet Muda Gold Puteri Alya ini adalah yang terbaik....
Anda boleh layari sendiri laman web rasmi Puteri Alya dan dapatkan maklumat lanjut tentang produk ini dan beberapa lagi produk keluaran Puteri Alya. Di situ juga anda boleh dapatkan senarai pengedar berdaftar yang terdekat dengan anda... Semoga perkongsian maklumat ini memberi banyak manfaat kepada kita semua... Sekian wasallam dan selamat mancuba...

KAK LINA, IBU GORGEOUS BERANAK ENAM

Kak Lina dengan anak sulung, Byla

Saya bukanlah peminat setia kak Lina, kak Lina pun bukanlah selebriti yang punya album lagu atau filem mencecah box office... bukan juga pengacara tv atau deejay radio yang menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian... Tapi suka bila tengok kak Lina layan anak-anak, suka tengok kak Lina berjaya dalam bisnes, suka tengok kak Lina bersiap ala kadar tapi sedap mata memandang, suka macam-macam bila masuk bab kak Lina ni...
Iya... anak kak Lina ada 6 orang, yang sulung dah 20 tahun, yang bongsu pula baru 3 tahun... Tapi pipi kak Lina tak kendur, kulit kak Lina tak kering, susuk tubuh yang sedang-sedang, tenaga kak Lina menjaga anak-anak dan berbisnes tak pernah habis minyak... Memang banyak petua yang kak Lina amalkan... memang tak ramai yang orang luar tahu...
Kak Lina tak pernah menolak makan nasi (tapi tak gemuk gemuk pun), kak Lina juga tak takut mandi manda di Tanjung Bidara (tapi kulit kak Lina tak teruk terbakar), kak Lina memasak di dapur (tapi tangan kak Lina tak kasar, kuku kak Lina pun sihat dan berkilat), kak Lina juga tak kisah bersengkang mata... Tapi suka bila tengok kak Lina tak nampak stress dan selalu tersenyum... itu antara petua awet muda kak Lina... macam yang saya katakan, banyak petua yang kak Lina amalkan... kak Lina pun tak pernah menyentuh minuman berais... boleh ke orang macam saya nak ikut??... macam susah sikit la.... kak Lina pakai tudung koleksi Ariani sahaja sebab potongan awning Ariani menjadikan potongan muka kita pun nampak elok je... boleh ke orang macam saya nak ikut??... beli sehelai 2 boleh la... lepas tu tak kan nak ulang tayang tudung yang sama je...
Tetapi ada sesuatu yang istimewa kak Lina amalkan... mudah untuk diikuti, harga yang berpatutan dan insyaAllah berkesan kepada semua. Kak Lina amalkan makan Awet Muda Gold Puteri Alya.... Patutlah walaupun umur dah 40-an dan beranak 6, tapi kak Lina tetap gorgeous dan sentiasa bertenaga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...