Followers

Thursday, December 1, 2016

PANDUAN PENJAGAAN WAJAH YANG BETUL

Memiliki kulit wajah yang bebas cela, cerah dan berseri adalah idaman setiap wanita kerana telah berabad lamanya, manusia mendefinisikan kecantikan seorang wanita adalah sebegitu. Maka lahirlah pelbagai produk kecantikan dan penemuan pelbagai jenis rawatan bagi memenuhi tuntutan kecantikan wanita.

Kadangkala kita sibuk mendapatkan produk terlaris atau rawatan terkini tanpa memikirkan apakah itu yang paling sesuai untuk keperluan diri kita. Sebenarnya apa yang diperlukan adalah ilmu atau Panduan Lengkap Penjagaan Wajah, supaya anda tidak tersilap membuat pilihan dan secara langsung dapat mengelakkan timbulnya masalah pada kulit wajah.

Di Lumiere Beauty, kami menyediakan produk bagi rawatan dan penjagaan kecantikan wanita terutamanya, tetapi masih sesuai untuk kegunaan lelaki. Rangkaian produk yang disediakan adalah penemuan yang terbaik setelah melalui beberapa percubaan dan kami sendiri menggunakannya serta mendapat hasil yang memberangsangkan.

Lumiere Beauty mempunyai rangkaian produk rawatan dan penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan kulit wanita dan lelaki Asia serta membantu merawat masalah kulit yang biasa dialami oleh orang-orang Asia.

Rangkaian Produk Lumiere Beauty juga dijual oleh Beauty Advisor kami yang mampu memberi konsultasi kecantikan bagi membantu anda membuat pilihan produk yang tepat. Kami juga menyediakan blueprint cara menjaga kulit wajah dengan betul supaya pelanggan kami akan mendapat hasil yang terbaik dari penggunaan Rangkaian Produk Lumiere Beauty.

Apa yang kami harapkan, semoga usaha kami ini akan memberi manfaat yang berguna kepada anda.
















1. Pencuci Muka

Tips Memilih Pencuci Muka
Tips yang paling utama sebelum anda membeli apa-apa produk pencuci muka ataupun facial cleanser adalah mengenalpasti jenis kulit wajah anda. Ini kerana setiap orang mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza, oleh itu memerlukan rangkaian produk penjagaan yang berlainan. Begitu juga, pencuci muka antara wanita dan lelaki juga adalah dari jenis yang berlainan.

Cara Menggunakan Pencuci Muka
Seterusnya adalah panduan untuk mencuci muka, agar anda dapat membersihkan kulit wajah anda secara mendalam sebelum meletakkan apa-apa jenis krim selepas mencuci. Adalah disarankan terlebih dahulu membersihkan kulit wajah ataupun solekan dengan tisu basah (wet tissue), menggunakan make-up remover, ataupun baby oil. Bahagian wajah yang perlu diberi perhatian adalah sekitar mata, hidung, pipi dan dahi.

Bilas muka dengan air bersih, kemudian letakkan pencuci muka di tapak tangan, titiskan beberapa titik air dan buihkan sebelum disapu pada kulit wajah. Lakukan urutan lembut secara membulat dan tambahkan air jika terasa kering. Jangan sesekali terus meletakkan pencuci muka pada kulit wajah tanpa membuihkannya dahulu. Elakkan juga bahagian mata.

Selepas beberapa minit membersihkan kulit wajah termasuk bahagian leher, bilas dengan air bersih dan lap kering dengan tuala yang lembut dan bersih.



2. Essence
Essence digunakan selepas pencuci muka yang bertindak sebagai perawat kulit bermasalah dan pelengkap rangkaian penjagaan wajah. Essence berbentuk cecair sama seperti toner tetapi bertindak lebih efektif kerana molekulnya yang halus mampu meresap jauh ke dalam kulit sambil membekalkan ribuan nutrisi dan vitamin serta mengoptimumkan fungsi krim krim lain yang digunakan selepasnya untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Tips Memilih Essence
Tips memilih essence yang baik semestinya adalah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan alcohol-free. Pilih essence yang mengandungi Vitamin E untuk menambah kelembapan kepada kulit dan jauhkan dari yang mengandungi alcohol kerana boleh menyebabkan kekeringan. Selain dari itu, anda boleh memilih essence yang sesuai untuk tujuan merawat masalah kulit anda dengan mengenalpasti kandungan utamanya beserta fungsi.

Cara Menggunakan Essence
Cara yang betul untuk menggunakan essence adalah dengan meletakkan beberapa titik essence ke telapak tangan dan menepuk nepukkannya pada kulit wajah. Boleh juga hanya ditumpukan kepada kawasan bermasalah bagi tujuan rawatan. Ini bertujuan untuk memastikan perjalanan darah berjalan lancar dan membangkitkan saraf-saraf supaya bertindak terhadap essence dengan lebih berkesan.



3. Serum
Pada dasarnya, sel-sel kulit mati dapat melakukan regenasi sel sendiri, namun dengan bertambahnya usia proses itu menjadi lambat. Maka untuk menggalakkan regenasi sel agar kulit tetap awet muda, anda perlu memakai serum wajah secara rutin.

Berbeza dengan essence, serum berbentuk gel tetapi mempunyai tekstur bahan yang cepat meresap ke dasar kulit. Serum boleh mempunyai fungsi yang sama dengan essence bergantung kepada kandungan bahan aktifnya, tetapi memiliki daya kerja lebih kuat daripada moituriser kerana mempunyai bahan aktif konsentrasi tinggi.

Pemakaian serum adalah bertujuan untuk membekalkan ribuan nutrisi dan vitamin serta mengoptimumkan fungsi krim lain yang dipakai selepasnya namun tidak menggantikan peranan krim tersebut. Anda boleh memilih untuk menggunakan essence sahaja tanpa tambahan serum ataupun menggunakan kedua-dua essence dan serum bergantung kepada keperluan ataupun masalah kulit anda.

Tips Memilih Serum
Tips memilih serum yang tepat adalah dengan mencari yang sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda.

Untuk membantu melembutkan tekstur kulit, mempercepatkan regenerasi sel dan mencegah pori-pori tersumbat bagi kulit jenis berminyak, carilah serum yang diformulasi dengan glycolic acid atau retinol. Untuk kulit kering, carilah serum yang mengandungi bahan hydrating atau melembapkan seperti hyaluric acid.

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis essence yang mempunyai bahan aktif berlainan untuk merawat masalah kulit yang berlainan.

Contoh-contoh Serum

Serum Vitamin C
Serum Vitamin C adalah yang paling banyak didapati di pasaran. Serum ini berfungsi sebagai antioksidan dan bertindak mensintesis kolagen untuk melambatkan proses penuaan. Serum Vitamin C sesuai digunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam dan penuaan. Kandungan Vitamin C dalam serum juga bersifat antiradang, oleh itu boleh digunakan untuk merawat radang kulit dan jerawat.

Serum Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan kerana Vitamin E mencegah terbentuknya lipofuscin, iaitu suatu lemak yang teroksida, yang menggalakkan penuaan. Selain itu Vitamin E juga berkhasiat sebagai pelembap kulit dan melindungi kulit daripada pencemaran seperti asap rokok dan sinar matahari. Penggunaannya yang berterusan pula akan membantu kulit pulih daripada parut bertanda dan jeragat.

Serum Kolagen
Kolagen merupakan komponen protein pembentuk struktur kulit, otot dan pembuluh darah. Secara semulajadi, kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurangan seiring bertambahnya usia.

Berdasarkan kajian pada usia 30 tahun, manusia akan kehilangan kolagen tubuhnya antara 15% sehingga 20%. Pada usia 50 tahun pula, tubuh manusia kehilangan 35% sehingga 40% kolagen. Ketika kolagen beransur-ansur berkurangan, kekenyalan dan keanjalan kulit juga akan berkurangan. Untuk itu, pengambilan kolagen secara oral ataupun sapuan luaran diperlukan untuk membantu membekalkan kolagen yang diperlukan kulit.

Serum Botox
Serum Botox mempunyai kandungan bahan aktif yang memberi manfaat untuk menegang dan menganjalkan kulit. Ia juga mampu mengurangkan kedutan dan anti penuaan tanpa perlu melakukan injection. Cara pemakaian adalah dipakai dari bahagian bawah wajah dan diurut secara lembut ke bahagian atas wajah, bertujuan untuk mengangkat dan membentuk semula pipi.

Serum Gold
Serum gold atau serum emas terdapat dalam bentuk serum yang keseluruhannya adalah emas ataupun serum yang mengandungi partikel emas. Serum ini berfungsi memperbaiki kerosakan sel serat induk dan menjadikan kulit wajah lebih tegang, bersinar, cerah, halus serta awet muda.

Cara Menggunakan Serum
Serum disapu rata ke seluruh wajah dan leher selepas pemakaian essence ataupun selepas mencuci muka dan sebelum menggunakan moisturiser, krim malam ataupun krim siang. Manfaat serum kepada wajah adalah bergantung kepada bahan aktifnya, sama ada bertujuan untuk melembap, menghaluskan tekstur kulit, menyamarkan noda, memudarkan tanda-tanda penuaan ataupun meningkatkan keanjalan kulit.



4. Krim Siang
Sinar UV pada siang hari akan memberikan kesan buruk terhadap kulit anda seperti timbulnya bintik-bintik hitam, kekusaman dan merosakkan kulit wajah sehingga menjadikannya kelihatan tua dari usia sebenar. Meskipun anda berada di bawah kawasan teduh, kulit tetap terdedah kepada sinaran UV. Oleh itu adalah penting ataupun wajib bagi anda yang mementingkan penjagaan wajah untuk memakai krim siang di waktu pagi sebelum keluar dari rumah.

Tips Memilih Krim Siang
Perkara paling penting ketika memilih krim siang adalah memastikan ianya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Mercury, Hydroquinon dll ataupun menggunakan bahan lain melebihi kadar maksima yang sepatutnya sehingga menimbulkan efek sampingan. Jangan mudah terpedaya dengan produk yang menjanjikan perubahan drastik dalam waktu singkat seperti pencerahan melampau dalam masa sehari dua.

Pada waktu siang, kulit wajah terdedah kepada sinaran UV dan radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Oleh itu, anda perlu memilih krim siang yang bersesuai dengan jenis dan masalah kulit anda serta mengandungi SPF dan antioksidan.

Tips seterusnya adalah pilih krim siang yang halus teksturnya, mudah meresap dan bebas minyak. Ini membolehkan kulit anda bebas bernafas walaupun memakai foundation ataupun make-up selepas krim siang.

Cara Memakai Krim Siang
Krim siang dipakai selepas mencuci muka dan meletak essence ataupun serum. Lakukan urutan lembut ketika memakai krim siang sehinga semua krim habis meresap. Gunakan jari manis dan ratakan krim siang dengan lembut di bahagian sensitif seperti mata kerana jika terlalu kuat menekan akan menyebabkan timbulnya lingkaran hitam sekitar mata.



5. Krim Malam
Kulit akan menyerap dengan lebih baik dan aktif pada waktu malam berbanding siang kerana ketika malam tidak bercampur dengan produk kosmetik ataupun make-up dan tidak terdedah kepada pencemaran. Kulit juga berada dalam keadaan rehat dan tenang ketika kita sedang tidur. Krim malam berfungsi untuk membantu menyuburkan semula kulit dan membaiki kerosakan sel kulit.

Krim malam hanya sesuai dipakai ketika malam kerana kebiasaannya ada beberapa bahan yang terkandung di dalam krim malam akan rosak ataupun akan menyebabkan iritasi kepada kulit jika terdedah kepada UV. Oleh itu, jangan sesekali memakai krim malam pada waktu siang walau dengan alasan apa sekalipun.

Tips memilih Krim Malam
Pilih krim yang berbeza untuk dipakai waktu siang dan malam, kerana masing-masing mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan waktu tersebut.

1. Untuk kulit normal, pilih krim malam yang mengandungi AHA, BHA, Vitamin E, Vitamin C dan bahan pencerah kulit seperti licorice, arbutin atau teh hijau.

2. Untuk kulit berminyak, pilih krim malam yang berbentuk lotion atau gel supaya tidak menyumbat kelenjar lemak sehingga menyebabkan bertambahnya jerawat.

3. Untuk kulit kering pilih yang mengandungi pelembap dan Vitamin E dan C.

4. Untuk kulit selepas usia 40 tahun, perlu ada tambahan retinol untuk merangsang pembentukan kolagen.

Cara Memakai Krim Malam
Cuci bersih muka dan lap kering dengan tuala lembut. Kemudian tepuk tepukkan Essence. Akhir sekali sapu rata Krim Malam dengan urutan lembut sehingga habis meresap. Lakukan sebelum anda tidur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...