Followers

Sunday, December 18, 2016

OMBRE CAKE...kali ini ku pilih blue & purple







Bahan kek:
  • tepung gandum - 3 cawan
  • baking powder - 4 st
  • secubit garam
  • mentega - 1 cawan (suhu bilik)
  • gula kastor - 2 cawan
  • putih telur - 5 biji
  • esen vanilla - 2 st
  • susu segar - 1 1/2 cawan (suhu bilik)
  • pewarna - biru & unggu

Cara:
  1. Sediakan 2 loyang bulat 8 inci. Sapukan sedikit mentega dan alas dengan baking paper dan sapukan sedikit mentega.
  2. Panaskan oven pada suhu 170C
  3. Ayak tepung bersama baking powder ddan garam (saya ayak 3 kali). Kemudian ketepikan. 
  4. Di dalam mangkuk mixer, adun mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan putih telur dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan pula esen vanilla.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu. Mulakan dengan tepung dan akhirkan dengan tepung juga. Kali ini tak perlu mixer, cuma kaup balikkan adunan menggunakan spatula.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (boleh bahagi kepada beberapa bahagian jika anda mahu kek yang banyak warna / mempunyai loyang yang cukup)
  8. Letakkan pewarna dan adun perlahan guna spatula.
  9. Tuangkan ke dalam loyang (1 loyang 1 warna) dan bakar sehingga masak. 
  10. Setelah masak, sejukkan dan letakkan di atas relai. Kemudian saya bahagikan setiap kek kepada 2 bahagian. (supaya saya ada 4 keping kek yang boleh dilapiskan biru, unggu, biru, unggu)
 PS: Jika anda gunakan 4 warna berlainan, adunan akan nipis dan lebih cepat masak. Anda juga boleh gunakan 1 loyang untuk membakar beberapa adunan berlainan warna. Anda boleh tunggu kek sejuk, keluar dan bersihkan loyang, kemudian bakar adunan yang berlainan warna.



Bahan Frosting:
  • krimwell - 1 cawan
  • shortening - 1 cawan
  • gula icing - 4 cawan (ayak)
  • susu UHT - 4 sb
  • esen vanilla - 1 st
  • perasa badam - 1 st

Cara:
  1. Putar krimwell dan shortening sehingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan perisa badam. Pukul lagi.
  3. Masukkan gula dan susu sedikit demi sedikit. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga adunan gebu.


Cara hias kek:

  1. Setelah kek sejuk, lapiskan satu demi satu kek dengan cara kek biru, frosting, kek unggu, frosting, kek biru, frosting, kek unggu, frosting.
  2. Buat frosting tepi pula. 
  3. Kemudian baki frosting dibahagi 2 dan warnakan 1 biru, 1 unggu.
  4. Hias kek menggunakan frosting bewarna mengikut kreativiti anda.



Lama giler saya tak buat kek dek kerana kesuntukan masa. Tapi kali ni sebab cuti sekolah dan anak-anak buah nak datang, terpaksalah merajinkan diri. Seronok dapat menjamu diorang ni dengan air tangan sendiri..kot kalau nak beli, tak berbaloi, sebab ramai..hihi

Alhamdulillah..sedap. Anda pun boleh cuba, senang je. Kuning telurnya saya gunakan untuk buat tat telur. Memang meriah betul kami hari ni..

Selamat mencuba..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...