Followers

Showing posts with label KULIT SENSITIF. Show all posts
Showing posts with label KULIT SENSITIF. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

TIPS MENGATASI JERAWAT PADA KULIT KERING DAN SENSITIF



Langkah paling utama untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik adalah dengan makan makanan yang berkhasiat dan mengamalkan detoks seperti air lemon dan teh hijau. Langkah seterusnya adalah dengan penjagaan dan perawatan kulit wajah dari luar iaitu denggan menggunakan set skin care yang sesuai.
.
Antara langkah seterusnya yang boleh diamalkan adalah:
1. Guna skin care yang sesuai
Silalah guna skin care yang khas untuk kulit sensitif sahaja. Pastikan ianya dapat mengatasi masalah jerawat sis disamping tidak pula menambah kekeringan pada kulit wajah.
.
Set Mira L'Skin Beauty Series adalah set penjagaan dan perawatan wajah untuk kulit sensitif yang terbaik bagi mengatasi kekeringan dan masalah yang timbul akibat kulit sensitif. Daripada pencuci muka, sehinggalah krim siang, krim malam dan krim rawatannya adalah yang dirumus khas untuk pemilik kulit sensitif.
.
.
2. Elakkan memakai produk whitening
Sis yang BERKULIT SENSITIF, awak jangan amek produk whitening taw! Sis kena rawat dahulu jerawat awak. Whitening tu tak bagus untuk muka yang berjerawat. Malah ia akan memburukkan lagi keadaan.
.
Sis mungkin terkeliru antara Whitening dan BRIGHTENING. Produk L'Skin mempunyai Intensive Brightening Night Cream. Ianya bukan bertujuan untuk memutihkan kulit ye sis. Ianya bekerja di waktu malam untuk memudarkan parut, jeragat, bintik hitam dan segala macam cela di kulit wajah.
.
Night Cream ini juga akan mencerahkan wajah, bermaksud menjadikan kulit kusam lebih berseri dan glowing jika dipakai secara berterusan. Semakin lama dipakai, kulit wajah sis akan nampak lebih cerah dan bebas cela daripada sebelumnya.
.
.
3. Lap muka guna tuala muka
Jangan sesekali menggunakan tuala lap badan untuk lap muka. Sis perlu khaskan satu tuala yang lembut untuk lap muka sahaja dan pastikan tuala itu bersih ataupun kerap dibasuh.
.
.
4. Jangan scrub muka
Tolonglah jangan gunakan scrub muka! Walaupun scrub itu sesuai untuk kulit kering, dapat melembapkan kulit dan sebagainya, tetapi scrub muka memang tidak sesuai untuk kulit yang berjerawat. Scrub akan menyebabkan jerawat lebih mudah merebak dan luka jerawat pula akan menjadi lebih parah.
.
.
5. Jangan sentuh muka menggunakan jari
Ini bermaksud, jika sis bukan dalam keadaan untuk mencuci muka, elakkan secara sengaja menyentuh jerawat atau parut jerawat di wajah sis. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria yang mungkin terdapat pada jari jemari sis dipindahkan pula pada jerawat dan akan memburukkan lagi keadaan jerawat itu.
.
Parut jerawat pada kulit kering dan sensitif pula kebiasaannya akan terasa gatal dan berkuping. Elakkan sama sekali untuk menyentuh atau mengopeknya. Sapukan L'Skin Bird's Nest Treatment Cream pada parut tersebut. Ia akan melembapkan kuping dan menjadikannya mudah tertanggal dengan sendiri.
.
.
6. Picit jerawat dengan ilmu
Ramai antara kita yang gemar memicit jerawat dan ramai juga yang beranggapan memicit jerawat adalah cara yang salah untuk merawat jerawat pada kulit wajah. Sebenarnya, sis boleh memicit jerawat, tetapi perlu dengan cara yang betul.
.
Picit jerawat tu dari keluar nanah, darah, sampailah sehingga keluar air putih jernih. Selagi tak keluar air tu, maknanya masih tak bersih lagi. Bila tak picit habis, kemungkinan besar jerawat itu akan tumbuh semula sebab ada lagi kotoran dibawah lapisan kulit muka.
.
Selepas dah picit sehingga keluar air jernih, sis perlu cuci bersih muka, lap kering dan sapukan pula L'Skin Acne Cream pada jerawat sahaja. Jangan sesekali melapisinya dengan krim lain ataupun mekap tebal. Seeloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
.
.
7. Pakai sunblock dan moisturiser
Pada waktu siang, sis wajib memakai sunblock dan moisturiser. Paling senang kalau sis guna L'Skin Multi Corrector Day Cream, sebab krim siang ini melembapkan kulit disamping mempunyai SPF50 yang sangat diperlukan untuk kita yang duduk di bumi Malaysia yang bercuaca panas kering di siang hari ni.
.
Dengan melindungi kulit dari terdedah terus kepada cahaya matahari, sis dapat mengelakkan masalah jeragat yang biasanya dialami oleh pemilik kulit jenis kering.
.
Ingat ye sis..pakai pelembap yang melembaplan kulit wajah, bukannya meminyakkan kulit wajah. L'Skin Multi Corrector Day Cream melembapkan kulit wajah dan mampu memadam garis-garis halus taw! Suka tak?
.
.
8. Minum air masak
Kalau baca tips tentang kesihatan dan kecantikan, mana-mana pun akan suruh kita amalkan minum air masak sekurang kurangnnya 8 gelas sehari bermula dari bangun tidur sehinggalah sebelum tidur.
.
Dengan minum air masak secukupnya, badan sis akan mudah untuk proses toksin. Semuanya akan dikeluarkan melalui peluh, air kencing dan tinja. Ini akan memudahkan lagi kerja-kerja untuk mencantik dan menyihatkan kulit sis.
.
.
9. Jus tomato
Tips ni sangat berguna bagi sis yang rajin mahupun malas sebab senang je nak buatnya. Sis hanya perlu blend tomato, susu pekat dan air masak secukupnya dan perlu diminum terus selepas diblend. Murah, mudah dan berkesan sis..
.
.
Apa yang penting, sis ikut step by step apa yang Beauty Advisor kami ajar. Insha Allah..sis akan dapat atasi masalah kulit yang sis hadapi, sama ada kering mengelupas, kering dan berjeragat ataupun kering tetapi berjerawat.
.
Selamat mencuba sis..
.
.
#Tips
#LumiereBeauty
#RealBeautyShine

Sunday, January 8, 2017

TIPS ATASI GEJALA KULIT SENSITIF





1. Gunakan pembersih wajah yang dikhususkan untuk kulit sensitif ataupun gunakan tuala yang lembut.
.
.
2. Hindari daripada menggunakan penyegar wajah yang mengandung alkohol kerana sangat merbahaya terhadap kulit sensitif. Alkohol akan mengeringkan kulit dan ini akan menjadikan kulit lebih mudah rosak.
.
.
3. Ketika berada di luar pada waktu siang, pakai sun block yang mengandung Vitamin E agar kulit kekal lembap dan dapat mencegah iritasi pada kulit wajah akibat terdedah kepada sinar matahari.
.
.
4. Ketika membersihkan wajah, jangan gunakan air terlalu sejuk atau air suam kerana suhu ekstrem dapat mengiritasi kulit secara cepat. Gunakan air bersuhu normal.
.
.
5. Amalkan diet yang tepat merupakan peranan penting dalam perawatan kulit sensitif. Makanlah buah-buahan dan sayuran yang membantu dalam menjaga kesihatan kulit.
.
.
6. Banyak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C. Ini berguna sebagai antioksidan dan menambah gizi pada kulit sensitif.
.
.
7.Pengunaan Set Mira L'Skin Beauty Series dapat membantu masalah kulit sensitif anda. Moisturising Daily Cleanser adalah pencuci wajah yang dirumus khas untuk anda yang mempunyai kulit normal, kering dan sensitif. Ia membersih dengan mendalam tanpa mengeringkan kulit wajah.
.
.
8. Kulit sensitif ini amat berkait dengan kelembapan kulit. Apabila kulit tak cukup lembab ,maka paras kesensitifan kulit anda akan meningkat. Multi Corrector Day Cream mampu memberi kelembapan kepada kulit wajah dan merawat masalah akibat terdedah kepada cahaya matahari tanpa menghakis kulit.
.
.
9. Kulit sensitif juga berlaku akibat dari lapisan kulit yang menipis, maka anda perlukan set penjagaan atau perawatan wajah yang mempunyai produk yang mampu membina semula sel untuk melindungi kulit anda. Bird's Nest Treatment Cream dan Intensive Brightening Night Cream melegakan dan menyembuhkan anda daripada gejala akibat kulit sensitif.
.
.
10. Bagi anda yang mempunyai kulit jenis sensitif, anda harus menjaga kulit anda dengan mengamalkan Set Mira L'Skin kerana set ini terdiri daripada rangkaian produk yang mampu melembap dan mengekalkan kelembapan kulit serta merawat masalah yang timbul akibat kulit sensitif

Saturday, January 7, 2017

CIRI KHAS KULIT SENSITIF...kenalpasti kulit anda supaya mudah untuk menjaganya




CIRI KHAS KULIT SENSITIF
=======================
Kulit manusia terdiri daripada pelbagai jenis dann dapat diklasifikasikan melalui ciri-ciri yang terdapat pada kulit tersebut. Jika ingin menggunakan perawat atau bahan penjagaan kulit, anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti jenis kulit anda.
.
.
Merawat jenis kulit yang sensitif memang susah. Jika tersalah merawat, kulit mungkin menjadi makin kering, berjerawat, atau timbul masalah baru. Oleh itu, anda perlu hindari hal tersebut dengan mengenali ciri khasnya dan melakukan perawatan yang tepat.
.
.
 Kulit sensitif sering dipengaruhi oleh faktor genetik. Lapisan kulit yang paling sensitif terhadap perubahan sekeliling, perawatan kulit, dan produk kosmetik adalah lapisan pelindung kulit (stratum korneum) iaitu lapisan paling luar kulit.
 .
.
Ciri-ciri yang sering terlihat pada kulit sensitif adalah kulit mudah kering dan mudah terjadi iritasi kerana sistem perlindungan kulit kurang baik terhadap faktor sekeliling dan pencemaran. Supaya lebih jelas, amati kulit wajah anda baik-baik. Jika mengalami kondisi seperti berikut ini, mungkin kulit anda termasuk jenis yang sensitif.
.
.
1) Kulit sensitif mudah bereaksi dengan faktor sekeliling, seperti sinar matahari, pencemaran, cuaca sejuk, dan bahan-bahan kimia yang terdapat pada kosmetik atau kelengkapan mandi.
.
2) Kulit sensitif dapat dirasakan dengan iritasi, rasa menyengat, gatal-gatal, rasa seperti terbakar, dan terlalu tegang.
.
3) Perhatikan keadaan kulit anda di siang hari. Jika kulit terlihat bersisik dan sangat kering, kemungkinan besar kulit Anda termasuk jenis kulit sensitif.
.
4) Biasanya, noda yang ada pada kulit seperti bekas luka, bintik-bintik hitam atau bekas jerawat sukar dihilangkan.
.
5) Kulit nampak sangat nipis sehingga garis-garis halus pembuluh darah dapat dilihat dengan jelas.
.
6) Setelah membersihkan wajah dengan sabun pembersih wajah dan mengeringkannya dengan tuala, wajah nampak memerah selama beberapa saat. Ini terjadi kerana kulit sensitif sangat peka terhadap tekanan walaupun kecil.
.
7) Sering terkena alergi seperti gatal, bintik-bintik hitam dan jerawat.
.
8) Jika selepas anda makan makanan pedas, minuman berkafein atau beralkohol, kulit anda menjadi kemerahan dan terasa panas, kulit anda juga tergolong dalam jenis sensitif.
.
.
Semoga panduan ini memberi manfaat buat kita semua.

SKIN CARE KHAS UNTUK WANITA BER "KULIT SENSITIF"




Sis ada masalah berikut:

- Rasa pedih2 bila guna skin care?

- Kulit kemerahan?

- Kulit rasa gatal2?
- Kulit nipis sampai nampak urat darah?
- Kulit mengelupas?




 Set Mira L'Skin merawat jeragat



Set Mira L'Skin merawat kulit kering



Kalau ada, sis terus baca tau..Lin nak kongsi satu produk yang baru yang Lumiere nak keluarkan..produk ni kami da buat R&D selama setahun..khas untuk atasi masalah kulit SENSITIF macam sis ada..
.
Lin nk bagi 1 set L'skin PERCUMA kepada sis. Nak bagi sis cuba dan Lin akan guide step by step sampai sis BERJAYA!!
.
Okay, Lin nak citer ckit kenapa sis perlu cuba produk ni.
.
1) L'SKIN MOUSTURISING DAILY CLEANSER
- Ia dilengkapi dengan kandungan protein, vitamin, lemak sihat dan mineral mineral penting untuk kulit CANTIK & SIHAT serta diperkaya dengan minyak Almond.
.
- Minyak almond adalah cara yang baik untuk melindungi kulit anda dari kerosakan akibat sinar matahari serta membantu meremajakannya.
.
- Kandungan vitamin B dan E dalam minyak almond pula berfungsi sebagai pelembab yang bagus bagi kulit dan mampu mengatasi kulit gatal, kering, garis halus, parut & jeragat.
.
- Dengan penggunaan berterusan, kulit anda akan menjadi lembap & lebih halus serta awet muda.
.

.
2) L'SKIN MULTI CORRECTOR DAY CREAM
- Mengandungi SPF50 yang mampu melindungi kulit dari sinaran UV
.
- Ia juga mengandungi antioksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas.
.

.
3) L'SKIN INTENSIVE BRIGHTENING NIGHT CREAM
- Krim malam ni kaya dengan Grape Seed Extract yang mampu mencerakan kulit serta memudarkan parut.
.
- Ia mampu mngurangkan radang kulit dan kedutan di wajah..
.
- Waaa~~ boleh anjalkan kulit la..
.

.
4) L'SKIN BIRD'S NEST TREATMENT CREAM
- Nama pon bird's nest kan mestilah bahan utama dia ekstrak sarang burung juga serbuk mutiara.
.
- Ia mampu mngecutkan jerawat dan memudarkan parut bertanda serta menstabilkan pH kulit, juga mampu merawat kulit mengelupas
.



=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
MACAM MANA YE NAK DAPATKAN SET NI? SIS NAK CUBALAH
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


Senang jer sis.. sis WA jer Lin di
> +6.017 271 2219
> +6.017 271 2219
> +6.017 271 2219
.
.
Atau dtg jer ke kedai kami di Sharleen Shoppe di Taman Desa Molek.. alamat penuh kat bawah tau..
No.8, Lorong 1,
Jalan Desa Molek 11,
Taman Desa Molek, 75460 Melaka.
Tel : 06-2679867
WA : 017-2712219







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...