
Selamat petang semua... Petang tadi sempat saya buatkan dadih untuk anak-anak. Lama dah sebenarnya tak buat dadih ni sebab mim alif lam sim...hihi... Senang je nak buat sebenarnya... Selamat mencuba...
Bahan-bahan:
- 1 liter air
- 1 liter susu cair @ susu segar pun boleh
- 1 cawan gula
- 2 sudu besar serbuk agar-agar
- Secubit garam
- Perisa (jagung, strawberi, coklat, sirap - nanti akan jadi dadih bandung @ milo @ apa-apa pun boleh)
Cara:
- Masak air dan gula di dalam periuk sehingga air mendidih dan gula hancur.
- Masukkan susu, serbuk agar-agar dan garam. Teruskan memasak sambil kacau semua bahan sehingga bergaul rata.
- Tutup api dan tambah perisa. Jika anda ingin membuat pelbagai perisa, asingkan adunan ke dalam mangkuk berbeza dan campur perisa.
- Tuang adunan ke dalam bekas-bekas kecil yang sesuai. Biarkan sejuk sedikit sebelum disimpan di dalam peti sejuk.