
Selamat sejahtera semua... Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak berkongsi resepi nasi goreng butter...nasi goreng yang mempunyai sejarahnya sendiri...
Beberapa tahun yang lalu...hihi...se saya sedang tunggu keputusan SPM...saya menjaga Makcik di dalam pantang. Makcik saya ni tinggal di Alor Setar. Oleh kerana saya ni sangat terro memasak pada ketika itu...hihi..., maka makcik ajar la saya masak nasi goreng butter ni.
Hampir tiap-tiap hari mesti saya masak ni...sampaikan saya pernah g beli lada sulah 1 plastik (bukan sebesar plastik shoping Jusco yea). Sib bek sepupu dan pakcik tak kesah...hihi... Tapi sekarang ni, nasi goreng butter dah jadi favourite anak bujang saya. Sesekali mesti dia minta saya buatkan...tapi kitorang panggil 'nasik goreng telo' je...Kalau orang bujang, sesuaiilah sangat masak nasi goreng butter ni. Selamat menjamu selera...
Bahan-bahan:
- 1 cawan beras - masak jadi nasi dulu
- garam secukup rasa
- 2 biji telur
- 2 sudu besar mentega
- lada sulah secukup rasa
Cara:
- Gaulkan garam pada nasi.
- Panaskan kuali dan masukkan mentega. Biar sehingga mentega cair, kemudian pecahkan telur dan kacau dengan senduk supaya telur bergentel-gentel.
- Campurkan nasi dan lada sulah, kemudian gaul rata. (lada sulah diletak bergantung kepada anda...jika mahu pedas, letakkan lebih)
- Angkat dan hidang sewaktu panas.