Followers

Sunday, June 5, 2011

DARI KOTAK MENJADI RUMAH




Selamat sejahtera semua...harap anda semua sihat dan ceria selalu. Hari ini saya nak menyentuh sedikit tentang kehidupan seorang saudara merangkap jiran mak saya di kampung. Mereka adalah pasangan suami isteri Sin dan Siah.

Saya rasa saya perlu berkongsi kisah mereka kerana setiap kali balik kampung, saya pasti akan lalu di hadapan rumah mereka...dan sejak akhir-akhir ini, setiap kali lalu di situ saya pasti dapat lihat perubahan demi perubahan yang berlaku pada kediaman mereka...

Pasangan ini mempunyai 3 orang anak lelaki yang masih bersekolah rendah dengan seorang dari mereka mempunyai masalah kesihatan. Sin bekerja sebagai pembantu di kebun sayur, manakala Siah pula suri rumah sepenuh masa yang turut menjaga ibu Sin yang uzur. Mereka telah menetap di sini selama lebih kurang 10 tahun.

Walaupun Sin buta huruf, tetapi bab mengira duit...dia memang cekap. Begitu juga dengan mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga. Selain daripada bekerja di kebun sayur, Sin juga mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung. Apa sahaja kerja yang disuruh oleh orang kampung, akan dilakukannya dengan mengambil upah yang sangat berpatutan. Antaranya, Sin menjadi orang tetap yang akan mengelap kipas dan dinding di rumah wan saya setiap tahun sebelum tiba hari raya...

Selain dari itu, Sin dan Siah sama-sama mengumpul tin, botol, kotak, kertas surat khabar atau apa-apa sahaja barangan yang boleh dikitar semula dari rumah penduduk kampung. Kebiasaannya, penduduk kampung tidak mengenakan bayaran, kerana kalau tak diambil mereka pun, barangan tersebut akan dibakar atau ditanam sahaja... Biasalah di kampung, tak ada lori sampah yang datang mengambil sampah...semuanya dilupus sendiri.


Barangan kitar semula diasingkan mengikut kategori dan dibungkus sebelum dijual...



Hasil jualan barangan kitar semula inilah yang digunakan oleh Sin untuk membina rumah mereka. Dari sebuah rumah berbentuk empat segi yang mempunyai hanya 2 bilik, kini rumah mereka semakin membesar... Semuanya memang hasil dari jualan barangan terpakai yang baru diusahakan mereka semenjak 2 tahun lalu...

Menariknya...kerana selalu membantu orang membina rumah, Sin belajar dan hasilnya...rumahnya yang sedang dalam pembinaan sekarang ini adalah 100% dari air tangannya sendiri. Dia membeli barang pembinaan sedikit demi sedikit dan menyambung rumahnya juga sedikit demi sedikit...



Bahagian rumah yang masih dalam pembinaan...



Menurut Siah...kalau dulu, Sin akan berbasikal menghantar barangan kitar semula ini ke pusat kitar semula...tetapi sekarang ada lori yang akan datang dan mengambil barangan tersebut kerana jumlahnya yang semakin meningkat... Mungkin selepas siap menyudahkan rumah mereka, Sin pun boleh beli van atau lori sendiri bagi memudahkannya untuk mengumpul dan menghantar barangan kitar semula... Siapa tahu kan? Berkat kesungguhan Sin dan Siah, tuah terus menyebelahi mereka.

Tanpa berpelajaran tinggi, Sin dan Siah mampu mengharungi kehidupan di sebuah kampung dengan cara mereka sendiri. Apa yang penting adalah usaha dan kesungguhan...Allah menyediakan banyak rezeki di muka bumi ini...terpulang kepada masing-masing untuk mencarinya atau hanya berserah dan bergantung kepada nasib semata-mata...

Kepada Sin dan Siah...mungkin mereka tidak akan terbaca pun coretan saya ini...tetapi saya mendoakan semoga mereka tidak mudah putus asa dan terus meningkatkan ekonomi keluarga mereka... Dan semoga kita semua mendapat manfaat yang berguna dari secebis kisah mereka ini...

11 comments:

Srikandi Cinta said...

Kisah yg menarik, sgt bagus utk dijadikan pengajaran bagi memotivasikan diri :)

rara pinkmafia said...

usaha mcm ni lah yg kite nk tgk,bukan nk tunggu bersamamu dtg tolong.btol tak kak.

Syuxer said...

saya kagum dengan usaha keras sin dan siah..ini boleh dijadikan idola untuk berusaha tanpa jemu..:)..

kak kabo je kat dorang tuh..cakap dorang dah jadi femes dalam blog akak hehehe..

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

satu perkongsian yang best dan berusaha dengan titik peluh sendiri itu yang pentingkan...

HAFIZAL said...

rezki ada di mana-mana tak kira di kampung atau di bandar...yang penting kita kena usaha dengan gigih untuk melepaskan diri dari kesempitan hidup

alongxp said...

tu la org ckp, nak seribu daya, taknak, banyak pulak bunyik... hehehe

Ms. Littlewing said...

rezeki Tuhan ada di mana-mana terpulang pada diri masing2 macam mana nak mencariknyer....semoga kehidupan Sin dan Siah akan lebih baik dan baik berkat kesungguhan dan semangat mereka yang tinggi...semoga Allah sentiasa membuka peluang dan rezeki kepada keluarga ini. Amin. Linda sy suka sangat dgn entri ini. thanks for sharing ya.all the best my dear friend.

qellissa said...

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Walaupun xde pendidikan, tapi semangat nak ubah kehidupan tu yg bagus..

Cik Tqah said...

alhamdulillah..memabg berkat rezeki keluarga tu.. sedikit sedikit lama-lama jadi bukit. berusaha sendiri tanpa bantuan org lain..

LadyBird said...

jarang yang rajin macam mereka.. berdikit dikit lama2 menjadi bukit.. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan kehidupan dr sehari ke sehari.. ameenn.. kagum sgt2 dgn keluarga ini..

BELAJAR MASAK2 said...

berkat dia berbakti kepada ibu in sha ALLAH MURAH REZEKI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...