Followers

Sunday, May 8, 2011

AYAM MASAK SOS

Salam sejahtera semua... Inilah lauk ayam masak sos yang saya hidangkan dengan nasi tomato. Rasanya kalau dimakan dengan nasi putih ok juga...

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (saiz kecil) - dibersihkan
  • Garam dan serbuk kunyit untuk menggoreng ayam
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 labu bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia - dihiris
  • 1/2 cawan sos cili (saya gunakan Sos Cili Thai Kimball)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
Cara:
  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit dan goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul rata dan tambahkan sedikit air. Tambahkan pula garam secukup rasa dan tunggu sehingga sos mendidih.
  4. Campurkan ayam ke dalam sos dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

12 comments:

KiUk said...

adoi..tetibe pula lapar...huhu....

rara pinkmafia said...

ayam masak merah kan kak?same lah tu kan.

Odah + One = OdahOne said...

nyum2...slurp...yg ni lg best dr mekdi nmpknya...meleleh air liur...lunch nnti nk cr ayam masak sos ni lah...bleh try resepi ni nnti...thanx

chinta... said...

aduyaiiii...meleleh dah air liur ni...nak la ckit..dah lama x mkn ayam masak merah...yumyum..

noor said...

sdpnya linda..tq doakan aiman yer

@e_da said...

nampak sedap boleh try resepi ni...

salam kenal dr mamamika...

harrazdani said...

feberet saya ni......nak cuba laaaa ...tq

Shaherah said...

wah.. menyelerakan lar.. terliur tgk.. ^_^

kakngah said...

feveret anak2 gak ni.. kalau masak ayam gini.. laju jek diorg tambah...

wildorchid said...

kalau tukar pakai sos thai sedap tak?

shatooman said...

kenapa la sepanjang bw hari ni asyik jumpa makanan je nih~ dh la x makan lg hari ni..huhuhu...mintak sikit!!! ekekeke

LindaRahim said...

Kiuk, rara, OdahOne, chinta, noor, @e_da, harrazdani, shaherah, kakngah, wildorchird, shatooman....selamat petang semua...harap semua dah lunch...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...