Followers

Monday, April 25, 2011

ONDE-ONDE KELEDEK

Selamat pagi semua...semoga anda semua sihat dan ceria selalu... Sarapan apa agaknya pagi tadi ek? ...hihi... Saya sarapan kuih onde-onde... Dah kenyang ni n comfirm sedap, boleh lah kongsi resepi dengan anda semua. Mungkin boleh buat untuk minum petang nanti...betul tak? Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 300 gm keledek - direbus sehingga empuk dan dilenyek
  • 250 gm tepung pulut
  • 3 helai daun pandan - dikisar bersama 100 ml air suam dan ditapis airnya (jika tiada daun pandan, boleh gunakan sedikit pewarna hijau dicampur dengan 100 ml air)
  • Secubit garam
  • 3 buku gula melaka - dicincang kecil-kecil
  • 1 periuk air dididihkan selepas siap membentuk doh
  • 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) - digaul dengan secubit garam
Cara:
  1. Gaul bersama keledek lenyek, tepung pulut, air pandan dan garam. Uli sehingga menjadi doh.
  2. Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil mengikut saiz kesukaan anda. Setelah selesai, penyekkan doh bola tersebut dengan ibu jari dan letakkan 2 sudu teh gula melaka ditengah-tengah. Bentukkan semula doh menjadi bola.
  3. Kemudian, setelah semua doh bola diletakkan gula melaka, masukkan ke dalam air yang mendidih. Jangan masukkan semua sekali, masukkan secara berperingkat-peringkat.
  4. Apabila onde-onde terapung, angkat dan ketepikan.
  5. Akhir sekali golekkan onde-onde di atas kelapa parut. Sedia dihidang...

19 comments:

aneyda said...

thx ya for this info nk buat onde2. nk try buat la nanti. like it~ :D

LindaRahim said...

senang jer aneyda...cuba la...

echaRierie said...

waaa..lm x buat..hehe
lapar pula..
;)

::nuRuLaDHar:: said...

InsyaAllah..nak cuba buat..ngeeee~

~dah nak cuti sem ni nak blaja masak ngan mama rasa nye...hik3

♥MiZz-siHa♥ said...

xpenah try lg la...br je dgr nie..nnt try la..
u mmg orng mlk ke??sm la kite..

Syuxer said...

ni kalau makan time berbuka pasti menyelerakan..satu kemestian juadah time berbuka..:)

sYaFiQa said...

Salam....wow, nampak sedap...

CT NoArIzAh ArIs said...

Klu sy wat kuih ni msti nk ltk kaler hijau gak klau putih je mcm x cun lak... tekak pun nk rupa yg cntik jugak baru leh telan..hehe!!

LindaRahim said...

Betul tu CT...mesti kaler hijau...hihi...x penah lg jumpe kaler lain kan..

= d = said...

sdap..!!
:)

aisyah ahmad said...

alamak..telan air liur tengok ni...
konpem best ni..
kene terai ni..tapi bukan nak terai buat..nak terai rase yang dah buat..boleh??
;p

Siti Nurhayati Dollah said...

Buat minum petang sodap ni ^_^

Nur Ardilla Najwa said...

wah sedapnya...boleh cuba neyh...=)

ummiross said...

waa mesti sedap ni,lama tak makan onde2..

ucu keyna said...

onde-onde = kuih gule make ke?
hehe ^_^
konfius2

Shafiq Hashim said...

Lame xmkn onde2 nie, lapor plk, sabor je la..

LindaRahim said...

Sabo jela Shafiq..hihi..

CIK TOM said...

wah nampak sedap..boleh cuba ni..thanks ye..

tokwan muda said...

perghhh sedapnyer..makanan kegemaran sy nie...lame dah xmkm sbb xblik kmpg lagi huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...