Followers

Showing posts with label KELEDEK. Show all posts
Showing posts with label KELEDEK. Show all posts

Monday, April 25, 2011

ONDE-ONDE KELEDEK

Selamat pagi semua...semoga anda semua sihat dan ceria selalu... Sarapan apa agaknya pagi tadi ek? ...hihi... Saya sarapan kuih onde-onde... Dah kenyang ni n comfirm sedap, boleh lah kongsi resepi dengan anda semua. Mungkin boleh buat untuk minum petang nanti...betul tak? Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 300 gm keledek - direbus sehingga empuk dan dilenyek
  • 250 gm tepung pulut
  • 3 helai daun pandan - dikisar bersama 100 ml air suam dan ditapis airnya (jika tiada daun pandan, boleh gunakan sedikit pewarna hijau dicampur dengan 100 ml air)
  • Secubit garam
  • 3 buku gula melaka - dicincang kecil-kecil
  • 1 periuk air dididihkan selepas siap membentuk doh
  • 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja) - digaul dengan secubit garam
Cara:
  1. Gaul bersama keledek lenyek, tepung pulut, air pandan dan garam. Uli sehingga menjadi doh.
  2. Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil mengikut saiz kesukaan anda. Setelah selesai, penyekkan doh bola tersebut dengan ibu jari dan letakkan 2 sudu teh gula melaka ditengah-tengah. Bentukkan semula doh menjadi bola.
  3. Kemudian, setelah semua doh bola diletakkan gula melaka, masukkan ke dalam air yang mendidih. Jangan masukkan semua sekali, masukkan secara berperingkat-peringkat.
  4. Apabila onde-onde terapung, angkat dan ketepikan.
  5. Akhir sekali golekkan onde-onde di atas kelapa parut. Sedia dihidang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...