Followers

Thursday, April 7, 2011

KEK LAPIS PRUN

Salam sejahtera semua... Nampaknya tak habis lagi asam saya. Semalam kek asam, hari ini pun kek asam juga. Tapi hari ini kek lapis yang dikukus pula... Resepi saya ini ada disiarkan dalam Majalah Rasa Bulan Mac 2007 dengan tajuk 'kek lapis asam manis'. Masa tu saya gunakan asam haw flakes. Terpulanglah pada anda nak guna yang mana satu, tapi saya lebih sukakan prun sebab masamnya lebih terasa.
Sebenarnya saya juga pernah cuba gantikan asam dengan kismis, coklat chip dan pernah juga biarkannya kosong je... pun sedap juga. Anda cubalah sendiri...

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 350 gm biskut Marie dikisar halus (perasa original)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 125 ml susu pekat manis
  • 7 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • sedikit kuning
  • 20 gm serbuk koko
  • 1 1/2 paket buah prun tanpa biji
Cara:
  1. Hiris buah prun. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan ringan. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan pula susu, esen vanilla dan biskut Marie secara berselang seli. Kaup balikkan sehingga semua bergaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna kuning dan satu lagi dicampur serbuk koko dan gaul sehingga warna rata.
  5. Griskan acuan dengan mentega dan lapiskan dengan kertas. Panaskan acuan di atas kukus.
  6. Kukus kek selapis demi selapis. Letak prun diantara setiap lapisan. Caranya - Letakkan adunan warna coklat, kemudian taburkan prun. Kukus selama 10 minit. Pastikan lapisan itu benar-benar masak sebelum letakkan lapisan bewarna kuning pula dan tabur prun diatasnya. Kukus lagi dan lakukan langkah yang sama sehingga semua adunan habis.
Selamat mencuba...

8 comments:

uLan said...

wow... wonderfuL and cantek cake nie...suka sangat tengok cake lapis lapis... nak try gak lah... :-)

btw uLan follow ye :-)

LindaRahim said...

tq...

Mohd Ridhuan said...

casm sodap je...
kene tggu akak balik dr sarawak ni...
hgeheehehheeh

Ellen said...

wah..sedapnya ni..nak try lepas ni plak sis..thnks sharing ni..hehe

LindaRahim said...

kepada semua...tq...

suri solehah said...

salam..wah sedapnya kek..teringin pulak nak cuba..mintak copi resipi ye ...tq

Dinie Syasya said...

wah sedap ni...nk try buat juga...kalo kukus ada tak?..hihihi

NUR Azdatul Azween said...

terliur tgk kek tue...
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...