Followers

Thursday, April 14, 2011

KAMBING BBQ


Daging kambing diperap selama 5 jam


Alas bahagian bawah daging dengan aluminium foil semasa membakar



Salam sejahtera semua... Hari ini saya nak kongsi resepi kambing bbq dengan anda semua. Sebenarnya resepi ini adalah atas permintaan seseorang...kira-kira seminggu yang lalu. Permintaan ini dibuat di shout saya, tetapi sebabkan susah sangat nak cari resepi yang sedap, dah tu pula mengambil masa untuk saya try satu persatu...akhirnya saya dah tak dapat menjejak tuan yang meminta tu... Shout saya dah penuh...tak dapat nak cari balik mesej yang ditinggalkan... Sungguh saya betul-betul terkilan dan sedih... Cuma saya berharap adalah kiranya empunya badan datang melawat laman saya lagi dan dapat resepi ini...

Bahan-bahan:
  • 15 keping daging kambing (saya gunakan daging kambing yang siap dipek dan dijual di pasar raya)
  • 1/2 botol sos HP
  • 1/2 botol sos salsa
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 5 biji bawang merah - dikisar
  • 5 biji bawang putih - dikisar
  • 2 kuntum bunga lawang - dikisar
  • 3 sudu besar lada hitam
  • gula dan garam secukup rasa
Cara:
  1. Gaul semua bahan kisar, garam dan gula beserta sos. Selepas cukup rasa masin dan manisnya, barulah dimasukkan daging kambing.
  2. Perap daging selama 5 jam sebelum dibakar... Saya menggunakan aluminium untuk mengalas daging semasa membakar.
  3. Kuah yang berlebihan boleh dididihkan di atas api untuk dijadikan cicah...
Terima kasih kepada Puan Sue kerana berkongsi resepi ini dengan saya...
Selamat mencuba....

17 comments:

Far8 budak baik said...

hahaha ak menyampah ar msk memasak ni..
mak je pandai hihi =p

LindaRahim said...

jadi komfirm bukan kamu yg minta resepi ni...hihi...

Henry Zackery said...

cedapnye........ :)

GEMPAR !! Blackberry Terbaru Boleh Baca Isi Hati

missSenget said...

sedapnye...

tapi tak tahan dengan daging kmbing.. T__T

|| a - j . E . E || said...

aduhhh lapa..

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)


http://www.zuwairiaiman.com

anamizu said...

sedapnye BBQ kambing ^^

cik cahaya said...

nampak sedappppppp .

Atiey said...

makn sedap tapi nak wat hu rumit jugak..lgi2 kambin.

kelibat said...

halamak..sedapnya. tapi..kambing. haha. tak pernah makan kambing yang kena dengan tekak ni.

| gad1s s0ypans | said...

x maw buat......

maw makan jew.....

bley ke....???
c(:

xazryx said...

mcm lamb chop . :D

zora said...

pehhh..trliur nengok..nnti nak suh mak masak...:)

misz sheyla said...

perghhhhhhh........shatapnye nengok....tapi nak wat nye problem sikit..nk mkn je..huwuwuwuwuwuwuuwuuuuu order je bleh??

Anep said...

walaweh. sedapnye. XD

zam harirah said...

nak jgak !!

zaly said...

NAMPAK BEST..... TERUS TERASA LAPAR PLAK..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...