Followers

Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

KAMBING BBQ


Daging kambing diperap selama 5 jam


Alas bahagian bawah daging dengan aluminium foil semasa membakar



Salam sejahtera semua... Hari ini saya nak kongsi resepi kambing bbq dengan anda semua. Sebenarnya resepi ini adalah atas permintaan seseorang...kira-kira seminggu yang lalu. Permintaan ini dibuat di shout saya, tetapi sebabkan susah sangat nak cari resepi yang sedap, dah tu pula mengambil masa untuk saya try satu persatu...akhirnya saya dah tak dapat menjejak tuan yang meminta tu... Shout saya dah penuh...tak dapat nak cari balik mesej yang ditinggalkan... Sungguh saya betul-betul terkilan dan sedih... Cuma saya berharap adalah kiranya empunya badan datang melawat laman saya lagi dan dapat resepi ini...

Bahan-bahan:
  • 15 keping daging kambing (saya gunakan daging kambing yang siap dipek dan dijual di pasar raya)
  • 1/2 botol sos HP
  • 1/2 botol sos salsa
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 5 biji bawang merah - dikisar
  • 5 biji bawang putih - dikisar
  • 2 kuntum bunga lawang - dikisar
  • 3 sudu besar lada hitam
  • gula dan garam secukup rasa
Cara:
  1. Gaul semua bahan kisar, garam dan gula beserta sos. Selepas cukup rasa masin dan manisnya, barulah dimasukkan daging kambing.
  2. Perap daging selama 5 jam sebelum dibakar... Saya menggunakan aluminium untuk mengalas daging semasa membakar.
  3. Kuah yang berlebihan boleh dididihkan di atas api untuk dijadikan cicah...
Terima kasih kepada Puan Sue kerana berkongsi resepi ini dengan saya...
Selamat mencuba....

Thursday, December 23, 2010

TIPS TIPS - DAGING


MEMILIH DAGING
  • Keseluruhan daging baru dan segar.
  • Bewarna merah dan tidak nampak lebam.
  • Terdapat ssedikit lemak sahaja pada daging tersebut.

CARA SIMPAN DAGING SEGAR (Sejuk atau yang dimasak dengan betul)

Daging tidak kira sama ada yang sudah dimasak atau belum sememangnya mudah rosak. Daging harus disimpan pada suhu di antara 0 darjah C (32 dajah F) hingga 4 darjah C (39 darjah F) atau simpan di dalam peti sejuk pada suhu kurang dari 18 darjah C (0 darjah C) atau lebih sejuk. JIka tidak, bakteria yang mengakibatkan keracunan makanan akan membiak dengan lebih cepat dan berlipat kali ganda. Pembiakan akan berlaku lebih cepat selepas 2 jam atau lebih daging berkenaan dibiarkan pada suhu persekitaran. Untuk menyimpan anda perlu meletakkan daging di dalam bekas bertutup atau pembalut makanan terlebih dahulu.

CARA MENGHIRIS DAGING

ikuti cara di bawah bagi memudahkan anda menghiris daging.
  1. Bersihkan daging dan toskan airnya.
  2. Kemudian bungkus daging menggunakan plastik.
  3. Masukkan daging tersebut didalam peti sejuk beku (freezer) dan biarkan selama 1/2 jam.
  4. Setelah dikeluarkan, hirislah mengikut jalur melintang daging tersebut.
MELEMBUTKAN DAGING

Ada pelbagai cara untuk melembutkan daging yang dimasak.
  • Buah keras - Tumbuk lumat buah keras dan masukkan ke dalam lauk daging yang sedang dimasak.
  • Betik muda - Buang kulit betik muda yang masih kecil. Kemudian dihiris dan masukkan ke dalam lauk yang sedang dimasak.
  • Sudu - Masukkan sebatang sudu yang dibuat daripadatembikar ke dalam lauk yang sedang dimasak.
  • Tepung dan kicap - Sebelum dimasak, gaulkan terlebih dahulu daging dengan tepung dan kicap selama 1/2 jam. Setelah itu bilas dan barulah dimasak.
  • Tempe - Masukkan sepotong tempe ke dalam lauk daging yang sedang dimasak.
Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana cara di atas untuk melembutkan daging yang anda masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...