Followers

Friday, April 29, 2011

SPIRALS GORENG SIMPLE


Salam sejahtera, selamat pagi dan semoga ceria selalu... Hari ini saya nak kongsikan menu sarapan pagi kami sekeluarga. Kalau anda sudah bersarapan, mungkin boleh cuba resepi ini untuk minum petang atau sarapan esok. Simple je resepinya sebab saya nak cepat siap masak...maklumlah semua cuti, jadi pagi-pagi lagi dah kena sediakan sarapan yang best untuk mereka.

Bahan-bahan:
  • Sebungkus spirals (375gm) - direbus (titikkan sedikit minyak semasa merebus)
  • 3 biji bawang putih - dicincang kecil
  • 1 cm halia - dicincang kecil
  • 4 ketul ayam - dihiris
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 3 sudu besar lada kering kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia. Kemudian, masukkan lada kisar dan masak sehingga lada garing.
  2. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, tomato dan ayam. Gaul rata sehingga ayam masak.
  3. Tambahkan garam dan masukkan spirals. Gaul rata dan rasa garamnya. Tutup api dan boleh dihidang...
Selamat menjamu selera...

3 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Boleeee cuber nikh linda kan...kan... Tp tkut tak jdik ehehehehe

cikida said...

emm..nak cube la nanti..sedapnyee..=)

cikpuanhady said...

nyum..nyum..my fav ni..

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...