Followers

Tuesday, April 12, 2011

MARBLE CHEESE CAKE


Salam sejahtera semua....saya buat entri cheese cake ni khas bagi memenuhi permintaan Mica... Termasuk Marble Cheese Cake ni, ada 2 lagi resepi cheese cake yang telah saya buat sebelum ini... Sila rujuk Kek Keju Dingin Oreo dan Kek Keju Dingin Blueberry.

Bahan-bahan:
  • (A)
  • 1 kilo krim keju
  • 4 biji telur (saiz kecil)
  • 1 biji lemon - diparut kulitnya dan perah jusnya
  • 70 gm tepung serbaguna
  • 300 gm gula halus
  • 100 gm double cream - dipukul sedikit
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 20 gm koko

  • (B)
  • 120 gm biskut marie - ditumbuk kasar
  • 120 gm mentega cair

Cara:
  1. Satukan bahan (B) dan ratakan di dalam acuan bulat 'loose base'. Jadikan ini sebagai dasar kek.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul keju dan gula. Secara perlahan-lahan, tambahkan poula telur sebiji demi sebiji.
  3. Setelah semua bahan bergaul rata, masukkan kulit lemon beserta jusnya. Pukul rata.
  4. Akhir sekali, tambahkan double cream yang telah dipukul sedikit dan tepung.
  5. Tuang adunan ke atas dasar kek (bahan(B)). Tinggalkan sedikit adunan dan gaulkan bersama koko. Corakkan adunan koko ini di atas adunan plain.
  6. Bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 2 jam di atas dulang yang mempunyai air (steam). Caranya - sediakan dulang yang diletakkan air, letak pula acuan loose base yang telah diisi adunan kek di tengah-tengah dulang tersebut.
Selamat mencuba...

12 comments:

faryzh said...

waaa..kegemaran saya!!
sawan jap tengok gambar marble cheese cake tu.

Mica Gaja said...

tq akak.nak try niii..whooaaaa... :)

LindaRahim said...

hihihi...kamu nih...

Deqna said...

sedapnya!!!!

Nisa' Pasir Gudang said...

Kegemaran saya jugaaa!!

Linda , nak tag kamu di sini ye...
http://nisa-pasirgudang.blogspot.com/2011/04/ga-ourkizunastore.html

i am S!L4H.. said...

sekali gemok daaa makan mnde nih. hehe

diana said...

terima kasih..
rasa nak cuba la..
saya tak pernah buat kek..:p

faryzh said...

akak,ade entry berkenaan dengan SEO menjawab pertanyaan akak berkenaan permainan SEO.jom ke blog faryzh.

http://kugilablog.blogspot.com/2011/04/apa-itu-seo-tips-penggunaan-seo.html

Maya Mayana said...

la ni boleh hantar sini nih...

syufaa said...

waaa..cedapnye kakk!! syufa nk try la nti..hihi..skrg tgh nk try wt macarons dlu.. :D

Queen F said...

kebetulan tengah cari resipi kek ni.. :)

tanx akak! :D

nampak gambar tuh pon dah sedap dah.. :P

Miss Meen said...

sedapnya!!!! hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...