Followers

Tuesday, April 5, 2011

TELUR REBUS MASAK REMPAH

Salam sejahtera semua... Hari ini menu ringkas je, tapi sedap taw... Senang nak buat, leh campak-campak je...cuba yea nanti... Selamat menjamu selera...

Bahan-bahan:
  • 6 biji telur ayam direbus, kemudian dikupas kulit dan digoreng sebentar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3 sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air panas
  • secubit halba campur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar (sederhana besar) - dihiris
Cara:
  1. Kisar atau tumbuk bawang merah n putih. Kemudian tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh. Kacau rata sehingga pecah minyak (boleh ditambah sedikit lagi air jika terlalu pekat).
  3. Tambahkan halba campur, garam, gula dan asam keping. Kacau lagi. Kemudian masukkan telur yang telah digoreng dan bawang besar. Kacau rata dan sedia dihidang...

Monday, April 4, 2011

VANILLA CUP CAKE - MAJLIS PERKAHWINAN, TUNANG n HARI LAHIR

Salam sejahtera semua... seperti yang berlaku semalam, hari ini saya masih membongkar gambar-gambar lama... Dan ini adalah antara hasilnya...

































Kalau anda pernah membaca entri saya sebelum ini, saya telah berkongsi resepi vanilla cup cake. Tetapi yang itu saya buat versi mini dan tanpa topping. Yang ini adalah rupanya kalau kita letak krim di atasnya. Corak boleh mengikut kreativiti masing-masing...dan bagi saya, bila dah letak krim dalam piping bag, terus je boleh mencorak-corak... Sebab dah biasa, idea selalunya mencurah-curah. Untuk anda yang selalu kekeringan idea, boleh la jadikan gambar-gambar di bawah sebagai rujukan...
Krim boleh dibeli yang dah siap bancuh punya. Kalau anda tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, boleh lah beli Krimwell. Krimwell ada dijual di rangkaian pembekal barangan membuat kek Yummie di 22 Jalan Medan Pb 2a 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kalau gunakan krimwell ni, anda cuma perlu campurkan gula ising sahaja. Sukatan yang biasa saya gunakan adalah 180 gram gula ising untuk 500 gram krimwell. Namun terpulang kepada masing-masing kerana munkin anda kurang suka manis atau mahu lebih manis. Kemudian putar krim dan gula tersebur sehingga kembang dan ringan. Selepas itu, bolehlah pilih tip yang sesuai dan mula mencorak...
Kalau anda tinggal di Melaka pula...boleh beli krim di kedai menjual barang kek yang terletak di Bukit China. Alamat atau nama kedainya saya tidak ingat, tetapi lokasinya berhampiran dengan Bank Simpanan Nasional. Kedai ini menjual krim yang telah siap dibubuh gula. Oleh itu anda tidak perlu tambah gula lagi...cuma perlu putar krim sehingga kembang dan ringan.
Anda boleh menambah decorating sugar, choc rice, colouful rice atau beads di atasnya juga. Seperti yang saya katakan tadi...mengikut kreativiti masing-masing. Yang saya paparkan di sini cuma untuk bahan rujukan dan penambah idea sahaja...
Ok lah, selamat mencuba....

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA....


Santai Bersama BEN ASHAARI


Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini yea...terima kasih...

Sunday, April 3, 2011

SAYA KE MAJLIS PERKAHWINAN LUAR NEGARA....


Salam sejahtera semua... Harap-harap semuanya sihat dan ceria belaka... Hari ini saya merajin- rajinkan diri membelek-belek gambar lama... tu yang terjumpa gambar majlis perkahwinan ni. Gambar perkahwinan siapakah ini? hehe...saya tak minta izin pun dari tuan punya gambar...tapi saya amat yakin yang tuan punya tu tak keberatan membenarkan saya berkongsinya dengan umum.
Ini adalah majlis perkahwinan adinda Rosli dengan pasangannya Jasnaini. Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Medan Indonesia pada tahun 2009. Banyak pengalaman yang saya kutip dari perjalanan majlis ini...dan yang pastinya banyak perbezaan disamping kesamaannya dengan majlis perkahwinan di sini.


Majlis akad nikah




Majlis nikah berlangsung di rumah pengantin perempuan selepas waktu maghrib...ramai tetamu yang hadir terdiri daripada jiran tetangga dan saudara terdekat. Pakaian yang dipakai semasa akad nikah dan upacara yang diadakan tidak banyak bezanya dengan di Malaysia. Cuma kali pertama menjejakkan kaki di sini, saya tertarik dengan langsir rumahnya...hehehe...kalau dah namanya perempuan...
Langsir di sana umpama langsir di rumah banglo 2 tingkat! Memang cantik paternnya dengan material yang saya kira mahal di sini. Tetapi menurut tuan rumah, memang mereka di sana biasa berlangsir cantik begitu kerana di sana material dan upah jahitnya murah...Ohh...patutlah saya selalu dengar org Mesia beli kain dan tempah baju bersulam-sulam di Indonesia...
Selepas pasangan pengantin selamat diijabkabulkan, tetamu dihidangkan dengan hidangan makan malam. Lauk pauknya berbagai...ada ayam, ikan, sayur, daging, cuma cara masakan agak berbeza dengan di sini. Cara makan lagi lah tak sama... Semua tetamu diberikan sudu dan garfu...kebiasaannya di sini kita makan pakai tangan je kan? Lebih-lebih lagi kami semua makan bersila... Selepas selesai menjamu selera pula, tetamu lelaki dengan selamba akan menghisap rokok di dalam rumah...
Ok, selesai sudah majlis akad nikah...soalan pertama yang saya tanyakan kepada tuan rumah adalah..."makcik, esok semasa majlis bersanding kena pakai baju kurung ke?"...maklumlah, memang saya bawa 2 pasang baju kurung, tetapi bila dikeluarkan dari beg...baju kurung saya habis kerenyuk...yang saya pakai masa majlis akad nikah tu je nampak elok sikit dan oleh kerana saya fikir majlis waktu malam, orang pasti tak perasan sangat... Jawab tuan rumah..."boleh pakai apa sahaja"...wah! mudahkan?..


Majlis bersanding

Perjalanan dari hotel penginapan kami ke rumah pengantin perempuan mengambil masa kira-kira 1 jam.. Setelah sampai, kami beristirehat dulu di rumah berdekatan sebelum menunggu majlis berarak. Di situ kami ditemani oleh beberapa anak gadis kampung tersebut. Mereka juga akan membantu kami membawa hantaran pihak lelaki...Masa itulah kali pertama saya melihat hantarannya kerana semua hantaran tersebut dibeli oleh pengantin lelaki di sana (terbang awal beberapa hari dari rombongan kami) dan dihias oleh pihak pengantin perempuan...


Hantaran



Hantaran terdiri daripada set cadar dengan comfeter, buah-buahan, pulut kuning yang dihiasi bendera dan telur, set dandanan diri dan 5 set pakaian dalam! Cuba anda lihat pada gambar di atas...kat depan pengantin tu lah barang-barang hantaran disusun. Cuba lihat cara ia dihias... Mereka membalut barang hantaran dengan plastik bunga-bunga yang macam kita biasa balut hamper tu...memang begitu cara mereka hias hantaran...mudahkan?
Di sisi pengantin tu pula adalah pulut kuning (warna coklat tu rendang atas pulut) dihiasi bendera yang saya maksudkan. Kiranya kalau kat sini, bendera tu macam bunga telur lah...


Pelamin


Cuba tengok gambar pelamin di atas... Perasan tak yang pelaminnya besar? Memanglah...kerana pelamin dibina di halaman rumah...di hadapan khemah makan. Pengantin akan duduk di situ dari selepas berarak (tengah hari) sehinggalah pukul 9 malam... Mereka akan turun sekejap untuk makan, urusan peribadi dan menukar baju sahaja. Kata pengantin lelaki "Macam nak patah pinggang, kat Mesia tak de macam ni de"...hehe...Tujuannya duk lama-lama kat pelamin tu, supaya tetamu yang hadir mudah untuk melihat pengantin, bersalaman dan bergambar...

Tengok gambar ini...ini adalah bahagian sisi pelamin...siap ada air terjun se
kali. Inilah pelamin pertama ever yang saya jumpa ada air terjun...


Di sana pun ada upacara merenjis renjis seperti kat sini. Namanya pun tepung tawar gak...



Antara pakaian yang dipakai pada majlis bersanding


Baju Minangkabau
Beratnya sanggul...hehe...



Baju Sunda



Baju Melayu

Dan ada 2 baju gaun, tapi dipakai selepas kami beredar dari majlis...so tak ada gambarlah yea...


Makanan, cara hidang dan khemah

Tetamu dihidangkan dengan nasi, lauk pauk seperti ayam goreng, sambal tempe, rendang daging dan bihun goreng! Memang pernah bibik saya beritahu "kalau di tempat saya, bihun ni untuk makanan kenduri kahwin"...bila dah alami sendiri terdetik dalam hati...memang betullah tu...cuma tak pernah dibuat di sini kan? Untuk pencuci mulut pula ada berbagai jenis kuih muih, wajik, tapai dan pisang.


Terdapat beberapa 'gerai' yang diletak berhampiran khemah makan...di sinilah makanan diletakkan... Kuih muih di gerai kuih, air di gerai air, lauk dan nasi pula di gerai berasingan... Di setiap gerai ada anak gadis yang cantik berdandan dan memakai kebaya cantik bersulam yang akan melayan tetamu yang ingin mengambil makanan. Pisang pula digantung di tepi gerai... nak makan, petik jer...
Cuba anda perhatikan betul-betul di atas meja gerai ada punch bowl... Ha...kat dalam tulah ada air...tak pernah jumpa kat sini kan? Airnye pun special...air timun yang disagat. Rasa sejuk dan nyaman je bila minum air tu, sampaikan saya berulang kali menambah air...hehe...
Khemah pula samalah lebih kurang macam kat sini punya... Cuma hanya beberapa meja bulat sahaja disediakan...yang selebihnya hanya kerusi yang disusun... Pihak sebelah lelaki makan di meja bulat ini dan kebanyakan tetamu yang lain memilih untuk makan di kerusi sahaja (pandai-pandailah nak pegang pinggan dan air tu...). Dan seperti hari sebelumnya, makan menggunakan sudu dan garfu taw...


Berzanji dan persembahan nyanyian

Berzanji dan kompang


Siap ada pentas untuk persembahan nyanyian!

Sepanjang majlis...memang tak pernah sunyi... Mula-mula kami didengarkan paluan kompang dan berzanji. Kemudian, setelah selesai berzanji, 2 orang penyanyi mengambil alih tugas menghiburkan tetamu. Mereka berganti-ganti menyanyi di atas pentas...ada lagu Indonesia, lagu inggeris, dangdut dan macam-macam lagi... Kanak-kanak pula ada yang menari di depan pentas!


Pakaian tetamu

Memang betul lah kata tuan rumah..."boleh pakai apa sahaja"... Memang dari apa yang saya perhatikan, ramai tetamu yang mengenakan kebaya yang bersulam cantik dengan kain batik lepas dan selendang di bahu... tetapi ramai juga yang memakai pakaian seperti pakaian harian kita di sini. Contohnya tetamu wanita, memakai seluar panjang, skirt atau jeans sahaja.


Hehehe...

Dan seperti yang biasa saya jumpa di majlis perkahwinan kat Mesia... penjual aiskrim pun ada kat sana... Sedang kami lepak-lepak, datang di sudut halaman, penjual ais krim dan sebuah van mini yang menjual barang-barang rencam (barang runcit dan mainan kanak-kanak). Inilah hasilnya...
Sebuah kamera digital kenangan untuk dibawa balik ke Mesia...

Sebenarnya majlis berakhir malam...kerana tiada had masa dikenakan kepada tetamu yang hendak datang (kalau kat sini, pukul 4 ptg, katering dan bungkus lauk dah. hehe...) Tetapi kerana keletihan, kami beredar pada waktu petang. Ketika itu, masih ramai tetamu yang baru sampai ke majlis tersebut. Saya sempat menjenguk ke dapur dan perhatikan, orang di dapur masih sibuk menyediakan makanan...
Menurut tuan rumah, majlis bersanding akan berakhir sekitar 9 malam dan selepas itu sehinggalah jam 12 tgh malam ada tarian pula... Saya kira macam majlis joget lambak sekitar zaman mak dan ayah saya kahwin dolu-dolu... Menurutnya lagi sekitar lepas maghrib, semakin ramai anak-anak muda dan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga yang datang...ooo...datang nak joget lah tu...hehe...

Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini...

Sesungguhnya, saya amat berterima kasih dengan layanan istimewa yang diterima dari tuan rumah sekeluarga.

Pengalaman ini amat berharga buat saya sekeluarga dan akan menjadi antara kenangan terindah buat kami.

Doa saya buat adinda Loli dan Eny, semoga kalian dimurahkan rezeki dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Juga buat anakanda Muhammad Haikal Zami, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Salam sayang dari LindaRahim...

Saturday, April 2, 2011

MINI CUP CAKE VANILLA

Salam sejahtera semua... ini cup cake yang saya buat dalam saiz mini... memang sengaja saya buat mini mini ni sebab macam best je nak makan bila saiznya kecil dan tidak ditambah krim di atasnya. Anak-anak saya pun suka. Oklah... anda pun boleh mencubanya..Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 1/2 cawan mentega - unsalted (jika mentega yang anda gunakan masin, tidak perlu ditambah garam)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2/3 cawan susu kotak - saya gunakan susu dutch lady
Cara:
  1. Ayak bersama tepung, baking powder dan garam halus. Ktepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan ringan.
  3. Tambahkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul hanya secukup sehingga semua bahan bergaul rata.
  4. Masukkan adunan tepung berselang seli dengan susu. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan 2/3 penuh ke dalam cup (anda boleh gunakan cup yang bersaiz besar).
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selcius selama 15 - 20 minit.

AYAM GORENG REMPAH

Ini pula resepi ayam goreng rempah saya...

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 3 inci kunyit
  • 4 inci halia
  • 6 batang serai
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 4 sudu teh garam
  • 2 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 12 biji bawang putih
Cara:
  1. Kisar semua bahan (tambahkan sedikit sahaja air semasa mengisar).
  2. Gaulkan bahan kisar pada ayam dan perap selama 2 jam. Kemudian goreng sehingga garing.
  3. Jika terdapat lebihan bahan kisar, jangan masukkan dahulu ke dalam kuali... tunggu sehingga ayam hampir masak, barulah dicampurkan ke dalam ayam yang sedang dimasak.
Selamat menjamu selera....

NASI LOBAK MERAH UDANG



Selamat berhujung minggu semua... Hari ini saya menerima tetamu, oleh itu memang saya begitu sibuk di dapur menyiapkan apa yang patut... saya masak nasi lobak merah udang, ayam goreng rempah, pajeri nanas dan cup cake vanilla. Dah dekat nak petang ni baru sempat nak post... Semoga anda bergembira di hujung minggu dan selamat menjamu selera...

Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras - saya gunakan beras biasa sahaja
  • 5 cawan air
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1 biji bawang besar (yang bersaiz besar - jika bawang anda agak kecil, boleh gunakan 2 biji)
  • 2 cubit halba
  • 3/4 batang lobak merah - disagat
  • 1 sudu teh garam
  • 1 paket kecil maggie cukup rasa
  • 20 ekor udang sederhana besar dibuang kepala sahaja
  • 5 sudu makan tomato sos
Cara:
  1. Cuci bersih beras dan toskan.
  2. Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang besar, goreng seketika sehingga naik bau. Masukkan pula halba dan tutup api.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, tambahkan bahan yang digoreng, lobak merah yang telah disagat, air, garam dan maggie cukup rasa. Gaul dan masak nasi seperti biasa.
  4. Ketika nasi hampir masak, masukkan udang dan tomato sos. Kacau supaya sos bergaul rata dan tutup kembali periuk nasi. Biarkan sehingga nasi masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...